Part 19

432 59 7
                                    

"Fiuhh.."

Gempa hela nafas sebaik sahaja keluar daripada kotak lift. Dia baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya. Hari ini dia pulang lebih awal, kerana tubuhnya berasa tidak enak. Seperti mahu demam.

Kakinya membawa langkah menuju ke arah rumah flatnya. Setiba dia di hadapan rumah. Kunci rumah dikeluarkan dari poket seluar. Baru sahaja dia mahu masukkan kunci kedalam tombol pintu, terbantut.

Cleak...

Bunyi pintu dibuka dan bunyi itu berasal daripada rumah jirannya.

Gempa berpaling. Dia tersenyum sambil menunggu jirannya keluar. Jarang dan sepertinya dia tidak pernah menyapa jiran-jiran tetangga. Ini adalah peluang emas untuknya menyapa jirannya.

Namun, jirannya tak kunjung keluar. Dahi Gempa berkerut.

"Kenapa dia tak keluar? Pintu rumah dia terbuka.Tak jadi keluar ke?" monolog Gempa kehairanan.

"Biarlah. Mungkin tak ada rezeki nak beramah mesra dengan jiran."

Bahu dijongket acuh. Belum sempat dia mahu buka kunci rumah, satu bunyi hempasan yang kuat seperti benda jatuh ke lantai dan bunyi itu berasal dari rumah sebelah.

Gempa berpaling cepat. Pintu rumah jirannya masih terbuka. Dia mula ragu-ragu mahu mendekat. Jantungnya berdegup laju tatkala mendengar suara tangisan bayi dan juga suara orang gaduh.

"Sepertinya mereka bertengkar, ish. Ni mesti bergaduh depan anak ni. Orang tua jaman sekarang."

Gempa mengambil keputusan untuk mendekati rumah jiran.

Pintu rumah diketuk dan disertai salam. Dari celah pintu yang terbuka sedikit, Gempa hanya dapat melihat kesamaran sahaja ruangan dalam rumah itu, kerana disebabkan gelap padahal hari dah petang.

"Assalamualaikum. Ada orang tak?"

Sepi. Hanya angin sejuk berhembus yang menjawab salam Gempa. Suara gaduh dan tangisan bayi sudah tidak kedengaran.

Gulp..

Gempa telan liur, apabila suasana di sekitarnya terasa berubah. Sejuk semacam dan seram.

Degupan jantungnya seperti menggila. Gempa berpikir, sepertinya dia harus pergi cepat-cepat daripada situ.

Tidak sempat Gempa pergi daripada situ, tubuhnya seperti ditarik masuk ke dalam rumah itu. Dan blam!

Pintu rumah itu tertutup dengan sendiri.

Gempa meringis pelan apabila dia tersungkur di lantai rumah. Dia terbatuk kerana debu yang hinggap masuk ke dalam rongga hidungnya.

Pandangan matanya diedarkan. Suasana gelap dan suram, menyukarkan Gempa untuk melihat isi dalaman rumah tersebut.

"Hello? Ada orang? Kenapa tarik aku masuk dengan cara kejam ha? Tak boleh kejam lagi ke? Heloo!!!"

Brak!!

"Uaahhh!! Astagfirullah! Ya Allah! MasyaAllah!" latah Gempa kerana kaget dengan bunyian kuat itu. Bunyi seperti benda jatuh, tapi dia tidak tahu apa yang jatuh.

Gempa mencari suara jatuh tersebut. Dahinya berkerut dan kemudian terkaku apabila satu kelibat putih melintasi dihadapannya.

"A..apa tu?"

Fushh!

Gempa melompat kaget apabila ada yang meniup telinganya. Sejenak pendengarannya menjadi berdesing. Gempa menekup kedua telinganya sambil mengerang.

Hiks... Hiks... Hiks...

Suara tangisan seseorang memenuhi ruangan rumah itu. Menggema setiap penjuru. Tubuh Gempa menggigil. Mulutnya kumat-kamit membaca surah pendinding.

Tes.. Tes..

Gempa memegang kepalanya apabila merasakan ada yang menitis di atas kepalanya. Dahinya berkerut sebaik sahaja jari jemarinya bersentuhan dengan benda yang berlendir. Dia membawa jarinya ke hidung, dia mengambil bau.

"Eeuww!" Gempa mendesis tatkala tahu apa yang melekat dijarinya. Darah yang sudah berbau busuk. Seperti darah yang sudah lama dibiarkan.

Darah yang menitik di atas kepalanya masih tidak berhenti, kerana penasaran. Gempa mendongakkan wajah.

Dan dia menyesali perbuatannya. Di atas siling terdapat dua mayat yang digantung.

Gempa menutup mulutnya daripada menjerit. Terkejut dengan apa yang baru sahaja dia lihat.

Puk!

Gempa menekan mulutnya dengan kedua tangannya kuat. Takut terlepas jeritan. Dia membulatkan mata apabila kepala dua mayat itu jatuh menimpa kakinya dan benda itu bergolek dihadapannya.

Tubir mata Gempa menitis kerana rasa takut yang amat, bahkan tubuhnya terasa kaku untuk digerakkan. Dia hanya menatap waspada pada kedua kepala mayat yang berada di hadapannya.

Gempa menekan rasa takutnya dan memberanikan diri. Namun malangnya, baru sahaja dia mahu bergerak. Pandangan matanya menggelap dan dia rebah tidak sedarkan diri.

Kami harap kamu boleh bantu kami. Tolong keluarkan kami dan bebaskan kami daripada sini... Tolong kami...










Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now