Part 4

663 76 18
                                    

"Korang tengok-tengokkan lah si Gempa tu, aku dah kena gerak ke hospital ni."

Ice berkata pada para saudaranya yang sudah pulang ke rumah kecuali Solar yang belum pulang.

"Baiklah, hati-hati." kata Taufan pada Ice.

Ice mengangguk, dia sempat mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul lapan malam.

Jubah putih dikenakan pada tubuhnya, tanda nama yang tersemat di dada kiri jubah itu di dibetulkan. Ice.

"Aku gerak dulu, assalamualaikum."

"Walaikumsalam."

Ice berjalan keluar sambil membimbit beg kerjanya. Saat kakinya mengijak keluar dari rumah flat itu, angin yang entah datang daripada mana menghembus kuat padanya.

"Kuatnya angin, nak hujan ke? Tapi mana datang angin ni?"

Malas memikirkan hal itu, Ice mengangkat kaki untuk ke kotak lift. Dia sudah terlambat mahu ke hospital.

Cleak...

Langkah Ice terhenti, dia berpaling ke arah sebelah apabila mendengar suara pintu rumah seperti dibuka.

Jantung Ice seperti mahu tercabut dari tempatnya, tatkala melihat ada sebuah kepala menjenguk keluar. Wajahnya tidak terlihat dengan rambutnya mengurai panjang.

Ice telan liur, dalam hatinya dia beristighfar dan sedikit membaca surah lazim Al-Quran.

"Tumpang lalu." ucap Ice, dia dengan cepat bergerak ke arah lift yang berada dua meter di hadapannya.

"Tolong... Tolong saya..."

Degup! Degup!

Jantung Ice berdetak kencang seiringi dengan langkahnya yang makin laju. Bibirnya mengumam surah Al-Kursi, walaupun terketar-ketar.

Ting!

Pintu lift terbuka bertepatan dengan Ice tiba di sana.

Namun, benda yang tidak diingini oleh Ice telah terjadi. Disaat pintu lift itu terbuka, dia sambut oleh satu makhluk tidak berkepala.

"Allah!"










Tbc....

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now