Part 15

497 66 25
                                    

Boboiboy merenggangkan tubuhnya yang terasa lesu, kunci rumah flatnya dikeluarkan. Dia membuka pintu rumahnya bersama ketujuh kembarnya.

Daun pintu dikatup semula selepas masuk kedalam. Jam tangan, dia kerling.

Sudah masuk pukul 3 pagi. Dia baru sahaja menyelesaikan misinya. Tugasnya sebagai anggota polis amat melelahkan, namun dia tidak mengeluh akan pekerjaannya. Baginya, pekerjaan polis adalah kerja yang sangat mulia kerana ia membakti pada negara.

"Ha.. Mesti diorang dah tido. Baik aku mandi."

Boboiboy bergerak ke dalam bilik sekadar mahu mengambil tuala mandiannya. Usai itu, dia terus bergerak ke bahagian tandas.

Boboiboy membersihkan diri dengan suasana tenang, walaupun ada rasa suram dan sejuk menghimpit dirinya.

Brak!

Tersentak akan bunyian itu, Boboiboy mematikan air pancuran dan menatap ke siling tandas. Bahu dijongket.

"Mungkin tikus kut."

Crikkk... crikk..

Boboiboy terdiam apabila suara kuku yang seperti digeser pada permukaan dinding. Bunyian itu mampu membuat Boboiboy merasa ngilu dan telinganya terasa berdesing. Dia segera mencari ke mana asal suara itu.

"Mana data..."

Cleak..

Mulut Boboiboy terkatup rapat tatkala pintu bilik mandi dikuak dari luar. Matanya terbeliak apabila mendapati satu wajah dengan rambut menutupi sebelah matanya menjenguk ke dalam.

Ha... Buat apa tu.... Mandi ke..

Gulp!

Hehehehe...

Wajah Boboiboy pucat, namun dia tetap dengan posisinya. Matanya tidak berganjak daripada membalas renungan makhluk halus itu.

Splash!

Tiba-tiba sahaja, air pancuran terbuka dengan sendiri dan tubuh Boboiboy kembali di simbahi oleh air. Namun air yang menyimbahi Boboiboy bukan lah air jernih melainkan air berwarna merah pekat dan lekit. Bau hanyir dan busuk mula memenuhi rongga hidung Boboiboy.

Ha... Nak saya teman mandi ke? Hihihi...

Hilaian yang kedengaran menyeramkan bergema di segenap ruang bilik mandi itu.

Mandi air darah lagi bagus kan? Hahahaha..

"Pergi!! Jangan ganggu aku! Pergi ke tempat asal usul kau! Sini bukan tempat kau!"

Makhluk itu senyum sinis, mulutnya yang terkoyak rabak sampai ke belakang kepala mengeluarkan darah bahkan cacing yang masih hidup.

Boboiboy mendengus geli melihat wajah huduh makhluk itu. Tidak sangka kini gilirannya yang kena kacau. Nasib baik dia tiada penyakit lemah jantung. Jikalau tidak, pasti sudah terlantar di atas katil hospital.

Tak!

Boboiboy mencuba untuk tetap tenang walha dia tidaklah setenang itu, apabila lampu bilik mandi itu terpadam begitu sahaja. Dia tahu siapa punya kerja. Siapa lagi kalau makhluk tak kasat mata yang ada di depannya ini.

"Kenapa kau tutup lampu ha? Nak main tutup lampu lah pula!"

Kenapa? Nanti kau masuk dalam kubur, bukan ke kubur kau gelap juga? Kau hanya sesorang kat dalam sana. Tak ada siapa yang boleh bantu kau melainkan amalan kau manusia...

Deep..

Ayat makhluk itu mampu menghunus ke pangkal jantung Boboiboy.

Gila! Sejak bila hantu boleh ceramah kat manusia ha? Dia tahu yang dia bukanlah baik sangat, dia juga ada buat kesilapan dalam kehidupannya.

Boboiboy merinding apabila merasakan jari jemari dingin, menyentuh tubuhnya. Perlahan jemari dingin itu bergerak ke lehernya lalu dicekik.

Boboiboy meronta minta dilepaskan, namun cekikan itu makin kuat dirasakan membuatkan nafas Boboiboy menjadi tersekat-sekat.

Tak!

Lampu bilik air yang tadinya terpadam kini terbuka.

Boboiboy kaget apabila wajah makhluk itu tepat di hadapan wajahnya dan dipakejkan lagi dengan senyum 'manis'.

Tatapan makhluk itu begitu tajam.

"Tolong lepaskan aku.." Pohon Boboiboy apabila dirasakan cengkaman makhluk itu pada lehernya makin kuat.

Lepaskan? Boleh.. Tapi kau kena tolong kami manusia.. Tolong bebaskan kami... Kami begitu terseksa di sini... Dah bertahun-tahun kami terperangkap kat sini..

Makhluk itu mula meluahkan rasa. Air mata darahnya mengalir keluar.

"Tolong.. Tolong apa? Macam mana?"

Tolong....




Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now