Part 17

448 64 9
                                    

Gempa dan Boboiboy saling berdiam diri di ruang tamu, suasana di antara mereka berdua hanya dihiasi suara televisyen. Manakala kembar mereka yang lain sudah pergi ke tempat kerja, kini waktu sudah mahu masuk ke tengahari.

Boboiboy perasan akan lirikan mata Gempa padanya, namun dia hanya diam. Dia ingin si adik kembarnya terlebih dahulu mulakan bicara.

Gempa menggigit bibir bawahnya, ragu dan waspada dia mahu buka suara. Dia ragu, apakah orang di sebelahnya ini memang 'asli' abang kembarnya? Dia takut mahu tegur. Kata orang, jangan di tegur 'benda' itu jikalau tidak mahu diganggu atau diikuti.

Helaan nafas terdengar daripada Boboiboy apabila adik kembarnya masih tidak kunjung buka mulut. Nampaknya dia yang mulakan buka mulut.

Boboiboy mencuit bahu Gempa, buatkan si iris kuning madu itu kaget. Respon yang dapat, buatkan Boboiboy hairan.

"Kau okey tak?"

Gempa telan liur. "O..okey.. haha.."

Gempa gelak paksa sambil mengaru pipi paunya.

Kening Boboiboy terangkat sebelah. Hairan dengan tingkah Gempa pada hari ini.

"Yeke? Asal kau nampak takut dengan aku? Muka aku ni ada rupa macam hantu ke?"

Gempa terdiam, dia pandang Boboiboy.

Makin berkerut dahi Boboiboy. Dia menunjal dahi Gempa.

"Kau dah kenapa ha? Kau anehlah hari Gem. Cuba kau cakap kat aku, kau ada masalah ke?"

Kepala Gempa tergeleng laju, nasib baik tercabut kepalanya kerana terlampau laju. Tiba-tiba sahaja, perutnya terasa memulas.

"T..tak.. Umm.. Gem nak ke tandas.. Kau boleh teman aku?" kata Gempa dengan wajah polos. Perutnya ditekan.

"Hmmm.. Pelik lah kau ni! Nak ke tandas pun kena teman. Siang-siang mana ada han..."

Mulut Boboiboy ditekup oleh tangan Gempa. Mata Gempa membulat seakan memberi amaran.

"Jangan kau sebut benda tu. Dahlah, aku nak ke tandas."

Gempa menunjal kepala abang kembarnya sejurus bangun daripada sofa dan bergerak ke tandas dengan wajah cemberut.

Boboiboy terkekek kecil, dia hanya mampu menghantar kepergian adiknya itu.

Sementara itu, Gempa duduk di atas mangkuk tandas. Dengan wajah cemberut dengan melepaskan hajatnya.

Anak mata Gempa memandang segenap ruangan tandas yang sederhana luas itu. Entah perasaan dia sahaja atau memang betul yang dirinya sedang diperhatikan.

Aku yang perhatikan kau Gem... Hehehe.. #plak

Abaikan.

Fiuhhh!

Mencanak naik bulu roma Gempa sebaik sahaja hembusan dingin itu menyapa di cuping telinganya.

"Aduh! Sakitnya perut!"

Gempa menekan perutnya yang memulas.

Tanpa Gempa sedari, ada 'benda' berbungkus yang berdiri tegak di tepinya.

Bapak ah! Busuk gila kau berak! Makan petai ke?!

"Berak memanglah busuk! Kau ingat wangi ke?! Kau nak tengok tahi aku ke apa? Kalau..."

Tiba-tiba Gempa tersedar. Dia seorang diri sahaja di dalam tandas, habistu siapa yang ajak gaduh dengannya? Jangan cakap...

"Hmmm dah nak siap.."

Gempa cepat-cepat membasuhkan apa yang patut dan melesap untuk keluar daripada tandas. Sebelum dia keluar, telinganya sempat menangkap satu suara.

Dah siap ke? Ke dah tau.. Hihihihi...

Blam!

"Mommy... huhuhu!"












Tbc....

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now