Part 18

441 59 7
                                    

Hari sudah malam, langit makin pekat dengan warna kegelapan. Angin berhembus makin terasa sejuk.

Jam berdentingan, angka sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Thorn melepas lelah, dia mengusap dahinya dengan lengan baju kemeja hijau lumutnya. Wajahnya habis berpeluh bahkan badannya sudah terasa melekit kerana sedari tadi dia tidak kenal erti berhenti daripada mengerjakan kerjanya.

Dia tersenyum lega kerana kerjanya sudah selesai. Dia menatap gubahan bunga dan beberapa bahan peralatan yang akan di gunakan untuk mendekorasi sebuah majlis pernikahan. Ya, dia seorang wedding planner.

Dia sekarang sendirian di tempat kerjanya, manakala pekerjanya yang lain sudah pulang semua kerana itu juga permintaannya, disebabkan satu. Hari sudah gelap dan perkerjaan mereka yang banyak itu mengharuskan mereka berkerja lebih waktu. Kerana bos mereka yang terlebih baik hati, mereka semua diberikan pulang walaupun mereka sempat protes.

"Ha.. Akhirnya selesai juga. Lusa bolehlah ke dewan untuk deko apa yang patut. Hmmm, baik aku balik. Dah tengah malam sangat ni." gumam Thorn. Dia merenggangkan tubuh.

Dia bangun dan menggemaskan apa yang patut, setelah itu dia bergerak ke pantry butiknya. Dia haus dan dia mahu dinginkan tengkuknya dengan air sejuk.

Peti sejuk dibuka, satu botol air mineral sejuk diambil lalu buka penutupnya dan air mineral itu diteguk rakus.

"Ha.. Lega.."

Setelah mendinginkan tekak, Thorn membuang botol yang sudah kosong isinya ke dalam tong sampah.

Kakinya kembali melangkah ke tengah ruangan butik. Dia menuju ke arah satu sudut, di situ terdapat pelbagai suis.

Tak!

Lampu semua sudah dipadam oleh Thorn, membuatkan suasana butiknya yang tadi terang benderang menjadi gelap walaupun masih di sinari cahaya bulan yang samar-samar menembusi masuk melalui cermin lutsinar butiknya.

Kakinya melangkah menuju ke pintu utama butik.

Baru sahaja dia mahu menarik tombol pintu, terbantut seketika apabila dia mendapat rasa ada sesuatu yang melintasinya di belakangnya. Dia dengan cepat berbalik. Kosong.

Dahinya mengerut, bahu dijongket.

"Mungkin perasaan aku.."

Hiks... Hihihi....

Deg!

Jantung Thorn berdetak laju. Secara tidak langsung tubuhnya menegang dan bulu romanya mencanak naik.

Suara siapa tu? Bukan ke tak ada orang kat sini selain aku? Desis hati Thorn.

Entah kenapa hatinya mula berasa tidak tenang apabila suara tangisan bercampur gelak tawa itu mampu membuatnya mati rasa.

Srekk!

Thorn tergamam. Tidak terasa seluarnya basah.

Dia terkencing di dalam seluar.

Disebabkan melihat sebungkus kain putih, bergolek di hadapannya dan 'benda' itu menghilang didalam kegelapan bersama hilaian yang mengerikan.

Abang.. Nak main bersama saya tak? Saya tak ada teman.. Abang nak? Kita main sembunyi-sembunyi? Kalau dia kalah, dia harus dikenakan hukuman... Hehehe..

Lutut Thorn terasa mahu terputus, rasa begitu lemas. Dia menatap seorang budak kecil dalam lingkungan 5 tahun yang berdiri di dalam kegelapan. Budak itu tersenyum manis padanya namun menyiratkan makna yang mendalam. Apatah lagi, wajah budak itu hancur. Bebola mata kirinya tiada dan mengeluarkan darah pekat yang berbau amis manakala mata sebelah kanannya masih utuh.

"Huwaa!!"

Thorn berteriak lantang apabila budak itu berjalan dengan cara merangkak mendekatinya. Senyuman budak itu makin lebar tatkala melihat manusia di depannya sedang dilanda ketakutan.

Thorn terus buka langkah lebar-lebar untuk keluar daripada butiknya. Dia ingin cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

"Ya Allah tolonglah hambamu ini! Aku tak nak mati kena makan dengan hantu!!"
















Tbc..

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now