Part 22

444 60 7
                                    

"Kau dah dapat call Gempa? Asal nombor telefon dia macam tak aktif? Dia tukar nombor ke apa?"

Di sebuah rumah flat yang berada di tingkat 88, terdengar keriuhan daripada tujuh saudara kembar kerana kehilangan jejak saudara mereka. Siapa lagi, kalau bukan Gempa.

Boboiboy selaku abang kembar yang pertama, menghela nafas. Rambutnya di kusutkan. Dia sedari tadi sibuk mundar-mandir di ruang tamu, risau menyelubungi dirinya. Dia risau akan adik kembarnya yang tiba-tiba sahaja menghilang, bahkan nak dihubungi sahaja tidak bersambung.

"Tenang Boiboy, maybe Gemgem meeting dan dia sengaja matikan telefon? Dia kan selalu macam tu, tak suka diganggu kalau sedang meeting." Taufan bersuara. Namun dia mendapat  balasan sebagai jelingan maut oleh kembarnya yang lain.

"Kalau aku cakap bodoh marah, tapi kau memang bodoh. Mana ada orang meeting sampai malam? Ni dah nak dekat tengah malam tau! Dasar bodoh."

Taufan tersengih seperti kerang busuk, apabila disembur oleh Ice. Belakang kepalanya digaru.

"Sudah, kita fikir positif aje. Mungkin Gem menginap rumah kawan dia ke or maybe lah. Just positive thinking okey? Kalau kita tak dapat juga apa-apa info tentang ni, aku sebagai anggota polis akan buat pencarian."

Boboiboy membuat kata putus. Wajahnya serius sahaja, dia menatap satu persatu adik kembarnya.

"Baiklah kalau itu yang kau putuskan." sahut yang lain, bersetuju.

Blaze mengangkat tangan, membuatkan keenam kembarnya berpaling padanya.

"Korang jangan risau, aku kan seorang hacker yang terhandal? Aku akan cuba cari keberadaan dia."

•••••

Gempa mengeliat tidak selesa dalam tidurnya apabila merasakan ada yang bermain dengan kakinya, seperti benda halus yang panjang. Boleh disebut sebagai benda yang berbulu.

Dia seperti helaian rambut..

Gempa mencuba untuk membuka matanya, namun dia takut. Takut jikalau dia melihat 'benda' itu lagi.

Gempa menggerakkan kakinya, melarikan kakinya dari terus dikacau.

Namun, tidak berhasil. Benda itu setia bermain disekitar kakinya. Geli itu yang dia rasa.

Ingin sekali dia menendang 'benda' itu daripada mengacaunya.

Kerana sebal, diganggu. Gempa akhirnya membukakan matanya.

Sebaik sahaja matanya terbuka, dia dihadangkan oleh seseorang lelaki yang memakai baju singlet merah berpadukan biru. Lelaki itu sedang memegang batang bulu yang berwarna-warni dan benda itu dimainkan pada kaki Gempa.

Wajah Gempa berubah, sepertinya dia sedang dipermainkan oleh lelaki asing itu.

"Kau siapa? Kenapa kau kacau aku? Kau sengaja ha?!"

Lelaki itu tersentak, sampaikan benda yang dia pegang tercampak entah ke mana. Kaget dianya kerana disergah tiba-tiba.

"Oh, kau dah bangun. Baguslah. Hehehehe.." Dia tersengih dengan wajah yang tidak bersalah.

Gempa bangkit daripada pembaringannya. Dia tatap lelaki itu tajam dan penuh tanda tanya. Siapa dia?

"Aku Frostfire dan aku kembar kepada makhluk sombong yang selamatkan kau tu."

Seolah tahu akan tatapan mata Gempa padanya. Frostfire terus memperkenalkan diri.

Mulut Gempa membulat, kepalanya diangguk faham. Patutlah dia seperti tidak asing dengan melihat wajah lelaki itu. Kembar Supra rupanya.

Pandangan Gempa teralih pada seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam biliknya dan lelaki itu melempang kepala Frostfire.

"Kau ni! Tau nak kacau orang aje. Tak ada kerja ke ha? Dasar! Aku tendang sampai ke tanjung monyet baru tau, kawan sana dengan monyet yang sama spesis macam kau tu." bebelnya.

Frostfire meringis sambil mengusap kepalanya. Dia tatap wajah bengis adik kembarnya. Glasier.

"Sorry, kau macam tak tau pula aku macam mana. Dah hobi usik orang." Bidas Frostfire tanpa ada rasa bersalah.

Glasier mendengus. Ingin sekali dia menendang bontot Frostfire, biar tidak berbontot lelaki itu. Padan muka!

Gempa terkebil-kebil memandang perdebatan dua beradik itu. Kelakuan mereka berdua tidak ada bezanya dengan kembar-kembarnya itu. Suka bergaduh.

Walaupun begitu, mereka tetap saling menyayangi antara satu sama lain. Ha, mengingatkan itu. Gempa jadi rindu dengan adik-beradik kembarnya.

"Ehem. Sudah bergaduhnya, kita kena buat mesyuarat tingkap sekarang juga."







Tbc....

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now