Part 14

537 62 17
                                    

"Hoam.. Dah pukul 5 pagi? Baik aku bangun mandi, kejap lagi dah nak subuh."

Gempa mengeliat sambil menuruni katil. Dia memandang para saudaranya  yang masih tidur, kecuali satu orang.

"Eh, mana Taufan? Dia dah bangun ke? Tak pernah-pernah pun dia bangun pagi." gumam Gempa kehairanan kerana tidak mendapati Taufan di atas katilnya.

Bahunya dijongket acuh, dengan mata yang separuh terbuka dia keluar bilik dan menuju ke arah dapur.

Kerana berjalan dengan mata separuh buka, Gempa tidak sengaja terpijak sesuatu yang keras di atas lantai dapur. Rintihan sakit menyapa cuping telinganya. Gempa melompat ke belakang kerana terkejut.

Segar terus matanya dan digantikan dengan wajah keliru. Dia menunduk, untuk melihat apakah yang dipijaknya.

"Taufan! Eh? Apasal dia tido kat lantai dapur ni? Heyy Taufan bangun."

Gempa bercangkung di tepi abang kembarnya yang terbaring di atas lantai.

Namun tiada maklum balas daripada Taufan. Gempa mengerutkan dahinya.

"Tido mati ke apa? Nak ganti Ice ke pula? Haish, bangun Taufan! Tak elok tido atas lantai, dahlah lantai dapur ni kotor. Aku tak sempat nak mengemop." Bebel Gempa.

Tubuh Taufan digoncangnya kuat.

Sreekk.. Sreekk...

Aksi Gempa terhenti daripada mengoncang tubuh Taufan. Tubuhnya membeku, tatkala merasa ada sebuah tangan merayap di belakang tubuhnya. Dia memusingkan tubuh sejurus berdiri dari bercangkung.

Kosong.

"Apa benda tadi tu? Mungkin perasaan aku kut, aku dah serik kena lah." bisik Gempa. Menggigil tubuhnya walaupun tidak ketara.

Dun! Brak!

Tubuh Gempa berpusing laju, telinganya menangkap suara benda yang jatuh ke lantai. Bulat anak matanya, tatkala melihat kuali dan periuk kesayangannya terdampar di atas lantai dapur.

"Jebon mana pergi campak barang kesayangan aku ha?! Dasar kuangjar!" amuk Gempa. Pagi-pagi sudah panas hati dianya.

Heee.. Hee...

Gempa tersentak. Dengan hati yang dikuatkan, dia mencari suara hilaian itu. Matanya yang sudah sedia bulat, makin membulat apabila mendapati seekor makhluk yang mempunyai wajah hodoh, mata merah darah dengan rambut panjang yang tampak kusut masam. Benda itu bertenggek di atas kabinet tempat dia menyimpan barang dapur.

"MasyaAllah huduhnya muka kau, tak pakai skincare ke? Kalau kau pakai skincare, di jamin muka huduh kau tu akan cantik nanti." Omel Gempa. Siap beri ceramah tentang kecantikan wajah pada makhluk itu.

Err... Hmmm... Suara geraman, terdengar daripada makhluk itu.

"Aduh!" Gempa mengaduh sakit, apabila makhluk itu melibas rambut panjangnya tepat ke muka hensemnya.

"Sakit lah bangang! Dahlah busuk!"

Kau dah tak takut pada aku manusia? Bukan kau tu mudah lemah semangat?

Dari nada suara yang dalam itu, terselit sindiran dan ejekan. Makhluk itu terbang ke arah Gempa dan berdiri berhadapan dengan Gempa.

Heee.. Kau nak jadi kawan aku tak? Aku kesepian..

"Bodoh, aku dah tak takut dengan makhluk hina macam kau! Aku dah kebal iman! Dan satu lagi, kau ingat manusia dan hantu hodoh macam kau boleh berkawan ke? Tak boleh! Lagi pun aku tak hingin lah kawan dengan makhluk macam kau!"

Apa kau kata...

Gempa melangkah mundur, apabila makhluk itu terbang mendekatinya.

Bruk!

Gempa jatuh terduduk, disebabkan kakinya terlanggar sesuatu. Dia melihat ke bawah, dia terduduk di atas perut Taufan. Yang paling hebatnya, Taufan tidak langsung terusik walaupun benda berat seperti Gempa menimpa tubuhnya.

Warghh!!

"Arghhh!!"

Jeritan Gempa dan makhluk itu bersatu, membuatkan penghuni di dalam rumah flat itu terbangun daripada tidur. Bahkan Taufan yang sedari tadi Gempa kejutkan, turut tersedar kerana suara membingitkan telinga menganggu tidur lenanya.

"Apa jadi?!"

"Suara pompuan mana terjerit tu?!'

Gempa rebah tidak sedarkan diri sebaik sahaja makhluk itu menembusi dirinya dan makhluk hodoh itu menghilang bersama hilaian yang mengerikan.

"Gempa? Kau dah kenapa tido atas aku ni? Gempa?" Taufan memindahkan tubuh Gempa yang menindih dirinya di atas lantai. Dia bangun dari pembaringannya.

"Gempa? Heyy Gem!" pipi tembam adik kembarnya ditepuk perlahan.

"Kenapa ni? Apa dah jadi? Kitorang dengar suara orang jerit tadi. Siapa yang jerit?"

Taufan mendongak, apabila ada suara datang menyergah dirinya. Terdapat semua saudara kembarnya berdatangan untuk melihat apa yang terjadi.

"Aku tak tau, sedar-sedar aje. Gempa dah pengsan atas tubuh aku."

"Ha?"

Semua berpandangan. Bingung. Di tambah lagi mereka semua sedar secara mengejut daripada tidur, jadi otak mereka lambat untuk memproses maklumat.

"Habistu, kau pula kenapa boleh ada kat sini juga?" soal Thorn, mewakili yang lain.

"Sebenarnya macam ni.."










Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now