Part 6

653 76 32
                                    

Solar mengemas barangannya sebelum keluar daripada bilik persalinan.

Disaat keluar, dia bertembung dengan jurukameranya. Mereka berdua berbalas senyuman.

"Esok jangan lupa eh? Kau kena buat iklan tentang satu produk ni, jangan lewat datang esok tau. Tepat jam 10 pagi."

"Yup, aku ingat. Aku balik dulu ya?"

"Hm, hati-hati."

"Ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Solar dan lelaki itu berpisah di hadapan bilik persalinan.

Solar sempat mengerling jam di tangannya. Sudah pukul 9.30 malam.

Tangannya menyeluk poket seluar, dia mencari sesuatu. Dahinya berkerut apabila tidak menemui benda yang dicarinya. Telefon dan kunci keretanya.

"Mana aku letak eh?" kepalanya yang tidak gatal, di garu kasar.

Tidak lama kemudian, dia menepuk dahinya.

"Haihh! Aku lupa aku tinggalkan kat studio shooting, aih apa kebengapnya aku ni."

Solar membebel akan kecuaian dirinya sendiri. Dia segera bergegas menuju ke studio pengambilan gambar.

Setiba dia di sana, pintu studio itu dikuaknya perlahan. Entah kenapa, saat kakinya mengijak masuk ke dalam studio itu, bulu romanya mencanak naik. Dia beristighfar seketika dan bergerak ke arah meja yang berada di tepi tempat pengambilan gambar.

Usai sahaja mengambil apa yang patut, dia terus angkat kaki untuk keluar daripada situ.

Klik! Klik! Klik!

Langkah kaki Solar terhenti sebaik sahaja telinganya menangkap suara kamera begitu juga dengan lampu yang berkelip.

Perlahan Solar berpaling, dia mendapati seseorang berdiri di tempat yang selalu dia gunakan untuk bergambar.

Bergaun putih, wajah yang ditutupi rambut yang panjang mencecahi lantai.

"Ada orang nak iklan horror ke? Tapi, siapa yang jadi jurukamera? Asal kamera boleh berklik sendiri? Aneh. Hm, lantaklah."

Bahu dijongket acuh lalu Solar berbalik untuk pergi meninggalkan tempat itu. Namun, satu suara halus menyapa dicuping telinganya.

"Dah nak balik ke? Tak nak teman saya ke.."

Suara yang sangat halus, dengan hilaian yang membuat jantung Solar seperti mahu gugur dari tempatnya. Tubuhnya mengeras apabila bahunya seperti di pegang. Perlahan Solar melirik ke arah tangan yang memegang bahunya. Tangan yang huduh, penuh nanah, kurap, berkedut, berkuku hitam yang panjang dan berdarah serta berbau busuk.

Spontan Solar menepis tangan itu.

"Astagfirullah! Berapa tahun kau tak basuh tangan ni? Busuk bakhang! Nak kena covid-19 ke? Nahh aku kasi hand sanitizer untuk kau, free punya."

Solar meletak botol kecil, Hand Sanitizer di atas tangan 'orang' itu lantas dia terus cabut pergi meninggalkan 'orang' itu yang terpinga-pinga sambil menatap benda pemberian Solar.

"Dia hina aku ke? Tangan aku punya lah gojes! Tak guna punya manusia bermata empat!"











Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now