Part 29

364 55 7
                                    

Slurp!

"Haa.."

Halilintar menghela nafas lega setelah membasahi kerongkongnya dengan minuman dingin.

Pintu peti sejuk dikatup. Dia termenung seketika di hadapan peti sejuk.

"Mana Gempa ya? Dah hampir sebulan dia menghilang. Gempa kenapa kau suka sekali buat kitorang risau hm? Aku harap kau baik-baik sahaja, di mana pun kau berada. Kitorang akan cari kau sampai dapat."

Halilintar melihat sekitar dapur yang gelap gelita, dia sengaja tidak menyalakan lampu.

Kakinya bergerak untuk pergi daripada dapur, kini dia menuju ke bilik di mana semua kembarnya sudah terlelap.

Jam kini sudah memasuki 12 tengah malam. Dia terjaga kerana haus.

Ting! Srak!

Bunyi sesuatu jatuh daripada arah belakang mengejutkan Halilintar. Laju dia berbalik, anak matanya memandang ke arah dapur yang gelap itu.

Fuh!

Bulu roma Halilintar mencanak naik apabila ada sesuatu meniupi cuping telinganya.

Tap! Tap! Tap!

Halilintar mendongakkan kepala, apabila mendengar suara derapan kaki yang berasal daripada siling rumahnya.

"Ya Allah!" Halilintar membulatkan mata, tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

Di atas kepalanya, terdapat rambut panjang yang keluar dan memenuhi siling rumah.

Ding! Dong!

Bunyi loceng rumah flatnya ditekan bertalu-talu.

Halilintar merenung pintu rumah yang tidak berhenti berbunyi tambahan lagi tombol pintu bergerak sendiri. Seperti ada sesuatu yang mahu mencuba membuka pintu daripada luar.

Perasaan Halilintar sudah tidak enak, namun dia kuatkan diri dan membaca surah Al-Kursi.

Akan tetapi, kejadian tidak terduga berlaku. Baru sahaja beberapa ayat yang dia baca, mulutnya seperti dikatup dengan sendiri. Digam oleh sesuatu.

Halilintar sedikit mengelabah kerana mulutnya tidak dapat digerakkan bahkan tubuhnya.

Matanya mengerling sekeliling rumahnya, terasa suram dan seram.

Tenang Hali, kau boleh hadapi semua ni. Kau ada Allah bersama kau. bisik hati Halilintar.

Kerana tubuh dan mulutnya tidak dapat bergerak, dia hanya mampu memandang sekeliling dan menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.

Suasana sepi melanda, suara gangguan tadi mula hilang dan diganti pula dengan nyanyian seseorang yang wujudnya ghaib.

Suara itu amat seram dan menyanyi pula lagu yang memiliki makna sama iaitu seram. Nyanyian itu membuatkan Halilintar merinding.

Ding Dong... Ku datang padamu..

Bukalah pintu
Tak mungkin sembunyi dariku
Ding Dong... ku datang padamu

Bukalah pintu..

Halilintar tercari-cari suara tersebut namun gagal.

Kau tak bisa lari dariku
Dari balik jendela
Ku tatap erat wajahmu

Kau diam membeku
Ku datang mendekati mu...

Kreak...

Bunyi pintu rumahnya dibuka, ada jari jemari yang memegang pintu. Jantung Halilintar seperti mahu gugur sahaja apabila 'benda' itu menjengukkan kepala dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan cara merangkak.

Ding Dong... Ku datang padamu
Siapkah kamu

Lari dan sembunyi dariku
Ding Dong... Menuju arah mu..

Dia tersenyum dan merangkak laju mendekati manusia malang yang diam membeku di ruang tengah rumah.

Cepatlah lari..

Larilah dan cepat sembunyi..

Ku dengar langkahmu.
Ku dengar desah nafasmu
dan detak jantungmu.
Ku kan temukan dirimu.

Halilintar cuba menggerakan bibirnya, namun ianya terasa keras.

"Halilintar!"

Di keranakan seluruh tubuhnya sulit digerakkan, dia hanya mampu mengerling dengan hujung mata. Dia tidak pasti siapa yang memanggil namanya, apa yang dia tahu dirinya seperti dihempap dengan benda keras dan berat.

Dunia Halilintar menggelap, terakhir yang dia dengar adalah suara menggilai seseorang.

"Mangsa baru..."















Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now