Part 31

415 41 6
                                    

Boboiboy menatap ke luar jendela bilik kerjanya. Satu helaan nafas terhembus.

Otaknya asyik memikirkan keselamatan adik-adiknya. Dia risau akan keadaan kedua adiknya yang hilang. Gempa dan Halilintar.

Sudah pelbagai cara dia dengan saudaranya yang lain lakukan untuk temukan mereka berdua. Namun hambar.

Tok! Tok!

Lamunan Boboiboy terganggu oleh ketukan pintu biliknya. Dia berdehem sejenak.

"Masuk."

Kreak..

Seorang lelaki, orang kanannya. Dia menunduk hormat.

"Ada apa? Ada kes baru ke?"

"Tak tuan, sebenarnya ada seseorang mahu jumpa dengan tuan. Dia.."

Tidak sempat dia mahu habiskan ayat, orang yang mahu menemui tuannya meredah masuk begitu sahaja.

"Abang Boboiboy!"

Mata Boboiboy membulat. Tanpa dipinta air matanya tumpah begitu sahaja tatkala orang itu memeluk tubuhnya.

"Gem.. Gempa? Kau ke ni? Aku.. Aku tak mimpi kan?"

"Boiboy... Maafkan aku sebab menghilang begitu sahaja dan buat korang risau. Nanti aku jelaskan."

Gempa tersenyum sambil mengeratkan pelukannya pada abang kembarnya. Rindu yang membuak-buak untuk saudaranya sedikit hilang walaupun tidak sepenuhnya. Dia masih rindu akan saudaranya yang lain.

"Macam mana yang lain, diorang okey kan Boiboy? Tak ada yang buruk berlaku kan?"

Boboiboy terdiam cukup lama, Gempa yang perasan seperti ada yang tidak kena dengan keterdiaman abangnya mula meleraikan pelukan tersebut. Wajah Boboiboy ditatap.

"Abang? Sesuatu terjadi ke? Katakan pada Gem Boiboy."

Boboiboy mengetap bibir, dia hela nafas.

"Hali.."

Dahi Gempa berkerut. Jantungnya mula berdebar apabila mendengar nama abang kembar keduanya meniti dibibir si sulung.

"Kenapa dengan Hali? Dia sakit ke? Dia.."

Boboiboy memotong ucapan Gempa sambil menatap adiknya dengan tatapan redup.

"Halilintar hilang. Kami dah berusaha cari dia, tapi tak jumpa. Dia hilang dua hari lepas.. kami tak tau apa punca dia hilang. Gem, maafkan aku sebab tak pandai jaga korang semua.. Aku dah berusaha untuk jaga korang semua walaupun harus berkorban nyawa. Aku sayang korang lebih dari diri aku sendiri."

Gempa diam, dia merenung wajah sedih Boboiboy. Pipi basah sang abang dikesat. Dia tersenyum. Satu kucupan kudus dia daratkan di dahi Boboiboy.

"Please jangan cakap macam tu, kami pun sayang kau tau. Kita harus saling menjaga bukan kau sorang tapi untuk semua. Dah, kau tak perlu rasa bersalah. Benda ni berlaku mesti ada sebabnya."

Gempa berjeda, dia membalas pandangan mata Boboiboy. Wajah sang abang dipegang.

"Walau apapun terjadi kita akan tetap bersama. Kita cari Hali bersama, jangan menyerah dan.. Aku nak kenalkan kau dengan orang yang selamatkan aku."

Boboiboy mengedip mata.

"Siapa?"

•••••

"Haa.."

Blaze menyebak anak rambutnya yang menutup dahi.

Dia menatap pandang sekolah yang penuh dengan anak muridnya.

"Kenapa benda ni semua berlaku dalam keluarga aku? Kenapa?" bisik Blaze pada dirinya sendiri.

Dia mengeluh sambil mengusap wajahnya.

"Cikgu? Cikgu okey?" seorang pelajar lelaki menegur cikgu sukannya yang tampak mengeluh akan sesuatu. Wajah pula muram seperti memiliki masalah.

Blaze mengangkat wajah, dia pandang pada anak muridnya. Dia tersenyum tipis.

"I'm okay. Cuma letih sikit." katanya.

"Kalau cikgu tak sihat, pergi lah rehat di bilik sakit hm? Bebudak ni bagi saya handle. Kalau dah habis waktu kitorang masuk kelas." ujarnya. Bersungguh-sungguh dia mahu cikgunya itu pergi beristirahat.

Blaze berdehem. "Baiklah, kalau ada apa-apa panggil cikgu ya?"

"Baik!"

Blaze mengalah dan beredar pergi, lagipula badannya memang tidak enak daripada tadi. Dia amat rindukan kedua kembarnya yang hilang tanpa dapat dikesan.

"Mana korang berdua menghilang ha? Korang tau tak kitorang risau? Gemgem, Hali aku rindu dan risau kat korang.."










Tbc....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now