Prologue

2.2K 104 12
                                    

"So, kau dah jumpa rumah belum untuk kita semua? Kalau dah jumpa kita boleh pindah minggu ni juga, aku dah rimas betul dengan budak-budak gedik kat kawasan ni."

Mereka yang lain ketawa kecil dengan rungutan Halilintar itu. Sebab apa yang lelaki itu kata barusan ada benarnya juga, budak perempuan di tempat kawasan mereka tinggal bahkan yang tua pun sibuk menggedik dan mengurat mereka. Rimas!

Boboiboy tersenyum, dia mencuit bahu Gempa yang berada di sebelahnya.

Gempa mengangguk faham apabila melihat kerlingan mata Boboiboy.

"Sebenarnya aku dengan Boiboy dah jumpa rumah, tapi nak kata rumah bukan juga. Rumah flat boleh?"

Enam orang lelaki muda kecuali Gempa dan Boboiboy, saling berpandangan.

"Boleh aje, asalkan kita dapat pindah dari sini." kata Blaze dan di sambut anggukan daripada yang lain. Setuju!

"Yelah, lagipun lusa kita dah boleh pindah. Kebetulan pula esok cuti, so boleh lah kita kemas apa yang patut. Lusa taklah kalut sangat nak kemas nanti. Okey guys?" ujar Boboiboy. Dia pandang satu persatu wajah saudaranya.

"Orait!!" sahut yang lain, semangat mahu berpindah.

Namun, daripada lapan bersaudara itu. Terlihat salah seorang daripada mereka termenung buat seketika. Dia pandang para saudaranya yang lain.

"Gemgem, Boiboy rumah flat yang korang jumpa tu okey tak?"

Semua pakat pandang Ice sebaik sahaja mendengarkan itu.

"Rumah tu okey ajelah, nanti kita ke sana lusa korang boleh tau lah macam mana keadaan rumah flat tu. Kenapa kau tanya?" Gempa berkata sambil memandang Ice dengan kening dikerutkan, tidak lupa dengan senyum manisnya.

"Tak adalah, cuma aku.. Tak ada apa-apa lah, tak jadi." balas Ice, dia melanjutkan acara makannya. Entah lah selera makannya jadi hilang dan diganti pula dengan debaran yang kuat. Pedih pula jantungnya kerana memompa terlalu laju.

Perasaannya tidak tenang dan gelisah sahaja, entah kerana apa. Dia pun tidak tahu menahu.

Yang lain hanya memandang Ice dengan kening berkerut hairan.

"Hoi polar bear, kau okey tak? Ke sebab banyak sangat tido, sebab tulah otak kau pun dah tak betul." Bidas Taufan. Yang lain pakat gelak, kecuali Halilintar dan Solar. Sementara Gempa hanya tersenyum dalam gelengan kepala.

Ice memberi jelingan maut pada Taufan, dia mencucuk-cucuk daging masak merah dengan garpu.

"Kau nak aku cucuk-cucuk kau dengan garpu ni?" kata Ice dengan nada suara yang dingin. Renungan iris biru lautnya bertemu dengan iris biru langit Taufan. Lelaki itu tersengih dengan wajah pucat.

"Ishh! Kau ni, aku gurau ajelah tu pun nak ambil serius. Gurau sikit pun tak boleh, dasar kedekut tahi hidung pahit." bidas Taufan, mahu membela dirinya yang malang itu. Mulutnya termuncung sedepa.

Manakala yang lain sudah ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.

"Dah! Dah! Jom makan, tak baik bergaduh di depan rezeki ni. Sebelum korang yang aku buat makanan nanti dan bagi kat lembu makan." ugut Boboiboy dengan senyuman seramnya.

Meremang bulu roma mereka bertujuh apabila melihat senyuman abang kembar sulung mereka itu. Gerun!

Boboiboy terkekek, lucu melihat ekspresi wajah saudara kembarnya itu. Takut benar dengannya.

"Korang ni, aku gurau aje lah. Haha, lucu kut muka korang tu."

"Tch! Tak luculah mangkuk! Siot ah!"











Yay or nahh?

Maaf permulaan yang sedikit hambar. Maybe citer ni tak adalah seram mana bagi aku lah, tapi tak tau bagi korang yang baca.

Hope you guys like it!! Support korang amat aku hargai!! Ayeee! 😂

Ada orang nak baca ke? 👀

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now