Part 10

577 74 10
                                    

"Kenapa kau minta kitorang berkumpul? Kau ada benda nak kasi tau kami ke?"

"Ya."

Gempa menatap para saudara kembarnya. Dia berdeham seketika.

"Siapa dikalangan korang dah kena kacau, sejak tinggal kat sini?" Gempa terus ke point utama perbualan mereka pada malam itu.

Hening.. Mereka bertujuh berpandangan.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Sebab.. Masa hari pertama kita tinggal disini, aku... Ohya, Hali, Ice, Solar korang ingat masa korang ajak aku solat maghrib malam tu?"

Trio cool berpandangan lalu mengangguk tanda mengingati hal itu.

"Kenapa?"

"Kalau korang nak tak, aku nampak 'benda' tu. Lepastu.."

Gempa menceritakan kejadian yang menimpa dirinya pada minggu lalu.

Wajah masing-masing memucat, bahkan bulu roma mereka mencanak naik tatkala mendengar cerita Gempa.

"Aku pun ada jumpa, malam di mana aku nak pergi hospital hari tu. Dua tempat aku jumpa, satu kat sebelah rumah ni and satu lagi dalam lift. Tapi, apa yang aku peliknya kenapa dia minta tolong?"

Semua mata teralih pada Ice yang tiba-tiba bersuara. Solar angkat tangan.

"Aku sebenarnya tak nak percaya benda ni tapi, aku dah kena. Ni first time aku jumpa makhluk hodoh tu, selama ni aku tak pernah jumpa secara berdepan kecuali mainan tidur. Tapi, sejak tinggal sini aku dapat rasa yang ada benda tidak kena dengan tempat kita tinggal sekarang ni. Buktinya, benda yang aku tak nampak boleh nampak. Pelik kan?"

Mereka yang pernah kena kacau mula berbagi cerita. Yang belum kena, hanya mampu mendengar dengan perasaan takut.

"So Blaze, kau demam ni mesti sebab benda ni juga kan?"

Blaze mengangguk dengan pertanyaan Solar.

"Aku rasa, ada baiknya kita siasat tempat ni. Mesti tempat ni ada sejarahnya."

"Aku setuju. Ohya Gem, Boiboy. Boleh aku tau, pemilik flat ni pompuan ke lelaki?"

Gempa dan Boboiboy berpandangan lalu berkata dengan serentak.

"Pompuan."

"Kalau ma..."

"Korang.."

Tujuh pasang mata berkalih pada Taufan yang tiba-tiba sahaja mengangkat tangan dengan wajah serius. Di tangan lelaki itu terdapat sebuah telefon.

"Kenapa Fan?"

Taufan menatap satu persatu raut wajah saudaranya.

"Aku sempat cari maklumat pasal tempat ni tadi masa korang sibuk bercerita dan.."

"Dan?"

"Kalau korang nak tau, tempat ni dulu adalah tempat perkuburan tentera Jepun."















Tbc...

Maaf jikalau chapter kalini terlalu hambar, idea down apalagi dengan kesihatan ayee yang merundung ini QwQ... Bye...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now