Part 16

477 65 19
                                    

Pada malam hari, terdapat tiga orang pemuda dan seorang nenek yang awet muda. Mereka berempat berdiri di pinggir jalan sambil memandang 'flat' di hadapannya.

"Aku nak korang kawan dengan diorang and sedarkan mereka di mana sebenarnya mereka berada."

"Baik nenek. Tapi kalau bagitahu mereka dengan mengejut, mesti diorang tak akan percaya."

Si nenek menatap tajam pada salah seorang daripada mereka bertiga.

"Aku dah kata jangan panggil aku nenek!"

Ketiga pemuda tampan itu, hanya mampu memutarkan mata mereka.

"Fine. Sebelum tu, kita tak boleh bagitau mereka secara mengejut. Kita kena sedarkan mereka secara perlahan. Kita sedarkan sorang demi sorang. Macam mana?"

"Okey aku setuju dengan Glasier." sahut seorang lelaki dengan perwatakan seperti badboy. Frostfire.

Pemuda berkacamata hanya berdecak, setelah itu dia mengangguk kepala bertanda setuju dengan Glasier.

"Okey. Aku nak kau orang, cepat-cepat sedarkan mereka. Aku takut nanti, diorang akan menjadi korban 'dia' lagi."

"Baik nenek." sahut mereka bertiga, tabik hormat diberikan.

"Aku dah kata jangan panggil aku nenek!! Tak guna korang!"

"Iya, iya nenek sya."

"Kuangjar."

•••••

"Kau okey Boiboy? Muka kau nampak pucat."

Gempa menegur abang kembarnya yang baru sahaja tiba di meja makan untuk sarapan pagi. Yang lain masih bersiap untuk ke kerja dan mereka akan ke meja makan setelah siap.

"Aku okey.." jawab Boboiboy lemah. Dia menangkup wajah di meja makan, anak matanya memerhatikan Gempa yang sedang menyediakan makanan.

Gempa mengerling Boboiboy apabila perasan akan pandangan mata abangnya itu.

"Betul ni okey? Hm, semalam kau balik pukul berapa?" tanya Gempa sambil meletak mangkuk kaca yang terisi nasi goreng di atas meja.

"Pukul 3. Ohya Gem.."

"Apa?"

Boboiboy gigit bibir. "Aku... Aku kena kacau semalam.."

Hampir terlepas pegangan Gempa pada pinggan apabila mendengarkan itu. Dia memandang Boboiboy dengan mata membulat tidak percaya.

"Serius ah?!" jerit Gempa kaget.

"Ish! Kalaunya pun terkejut, kawallah sikit. Dengar dek mereka."

Gempa berdecak. "Patutlah muka kau pucat, rupanya kena kacau. Teruk ke kau kena kacau?"

"Hmmm, boleh tahan." Boboiboy mula buka cerita perihalnya yang kena kacau semalam.

Gempa tidak bereaksi. Antara mahu ketawa dan sedih dengan cerita Boboiboy.

"Gila! Gatal juga hantu tu, dia teman kau mandi eh? Hahahaha.. Wiuwiu.."

Wajah Boboiboy masam apabila dirinya dijadikan bahan gelak.

"Biadap. Gelaklah kau, nanti kau kena kacau balik dengan lagi teruk." kata Boboiboy geram. Matanya merenung Gempa tajam.

Gempa terdiam. Tubuhnya tiba-tiba menggigil tatkala melihat senyuman Boboiboy yang kelihatan lain macam. Seram.

"Kau dah kenapa senyum macam tu ha? Cuba nak takutkan aku? Aku dah serik tau kena kacau, mulut tu jangan lah masin sangat. Aku tak nak dah jumpa makhluk tu."

Boboiboy tidak menjawab, dia hanya merenung Gempa dengan senyuman makin melebar. Senyuman yang kelihatan menyeramkan di mata Gempa.

"Gempa?"

Gempa tersentak apabila namanya di panggil, dia menoleh ke pintu masuk dapur. Terlihat keenam kembarnya yang berdiri di sana dengan wajah berkerut hairan.

"Ko..korang!"

"Kenapa?"

"Tengok Boiboy ni, dia buli aku! Dia doakan aku supaya aku kena kacau dengan hantu." adu Gempa dengan wajah cemberut.

"Boiboy?"

Mereka berenam berpandangan dengan kening bertaut hairan lalu mereka memandang Gempa. Segenap ruang dapur itu mereka pandang sebelum pandangan mata mereka kembali dipaku pada Gempa yang berdiri di tepi meja makan.

Tiada siapa melainkan Gempa seorang di situ.

"Gem? Kau demam eh? Boboiboy ada kat dalam bilik lah, dia tido lagi tu. Mungkin penat sangat sebab balik lewat malam."

Kata-kata itu mampu membuat Gempa mematung. Dia dengan cepat memandang di hadapannya, mencari keberadaan Boboiboy yang dari tadi duduk di kerusi makan.

Dia telan liur apabila tidak mendapati Boboiboy di sana.

"Ha..habistu dengan siapa aku berbual..."

Hehehehe... Kena kau..

Gempa melompat disebabkan oleh suara berat dan dalam berhembus di cuping telinga. Ditambah lagi dengan hilaian yang mengerikan.

"Kau okey Gem? Muka kau pucat."

"A..aku okey..."









Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now