Part 12

525 70 9
                                    

Azan maghrib mula berkumandang di corong telefon Boboiboy bersaudara itu.

Salah seorang daripada mereka bingkas bangun dari katil, buku yang di baca diletakkan di atas bantal tidur.

"Korang jom solat. Hari ni siapa yang jadi imam?" Solar bertanya, sambil mengambil kain pelikat yang tersangkut di kepala katil.

"Taufan. Dah jom korang." sahut yang lain kecuali Taufan dan Gempa.

Semua berganjak daripada tempat beristirehat dan menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk.

"Aku heran lah, tak akan lah kat kawasan ni tak ada masjid? Tak ada dengar pun suara azan. Tapi yang aku hairannya, masa kita nak ke sini ada masjid. Kau tak pelik ke?" Blaze buka suara sementara tunggu giliran untuk masuk ke tandas.

"Entahlah, mungkin speaker masjid rosak ke? Mana tau kan?" jawab Ice dengan wajah mengantuknya.

"Rosak? Tak akan lah mereka tak baiki? Kita duduk kat sini dah nak dekat 2 bulan tahu? Tak akan lah tak baiki lagi? Pelik betullah."

Halilintar hanya mendengar perbualan dua adik kembarnya itu, dia menoleh ke tepi. Terlihat Gempa yang hanya membisukan diri. Lelaki itu, sejak balik daripada kerja hanya mendiamkan. Bila ditanya, hanya satu dua patah sahaja. Entah apa yang tidak kena dengan adiknya itu.

Perlahan dia mencuit pipi Gempa, buatkan si adik menoleh dengan wajah datarnya.

"Kau okey dik?" tanya Halilintar. Anak matanya, teliti dalam membaca air muka Gempa. Ada keanehan dari wajah itu. Cara pandang Gempa padanya pun agak berlainan. Seperti tajam dan menakutkan.

Pertanyaan Halilintar dijawab dengan anggukan kecil daripada Gempa.

"Okey."

"Ka.." tidak sempat Halilintar bertanya lagi Gempa sudah menonong masuk ke dalam tandas lalu menghempas pintu kuat. Hal itu mampu mengejutkan Halilintar, dia terpinga-pinga.

Baru dia perasan, hanya mereka berdua sahaja yang berada di depan pintu tandas dan kini dia berdiri seorang diri sambil menunggu Gempa yang sudah melesapkan diri di dalam sana.

"Dia aneh malam ni, kenapa eh?"

"Woii cepatlah!!"

Sekali lagi Halilintar dikejutkan dengan teriakan Boboiboy.

"Kejap!"

Seketika kemudian..

"Semua dah ada?"

"Dah."

Baru sahaja Taufan mahu angkat takbir, ada satu suara mencegahnya.

"Tunggu!"

Mereka semua menoleh pada Gempa yang tiba-tiba sahaja bersuara.

"Kau dah kenapa?" soal mereka secara serentak.

"Aku..aku nak ke tandas kejap!"

Mereka tercenggang dan hanya menatap kepergian Gempa yang menuju ke tandas.

"Dia kenapa?" Mereka semua berpandangan. Dahi masing-masing berkerut.

"Bukan ke dia dah ambil air sembahyang ke?" semua menatap ke arah Halilintar, sebab dia orang yang terakhir bersama dengan Gempa.

"Dah tadi. Mungkin dia nak kencing kut?" kata Halilintar. Positive thinking. Walha dia juga kebingungan dengan perangai Gempa pada malam itu.

"Mungkin.."

Dring!

Mereka semua dikejutkan dengan suara deringan telefon. Boboiboy terus mengambil telefonnya yang kebetulan berbunyi itu. Tanpa melihat si pemanggil, dia terus menjawab.

"Assalamualaikum, siapa ya?"

"Waalaikumsalam, Boiboy ni aku lah Gempa. Aku cuma nak cakap yang malam ni aku balik lewat sikit. Aku ada majlis kat tempat kerja aku. Tu aje aku nak cakap."

Boboiboy terdiam, matanya membulat. Otaknya mula berfikir. Jikalau memang betul Gempa yang sedang bercakap di hujung talian ini, habis itu siapa yang bersama dengan mereka kala ini.

"Hello! Kau dah kenapa Boiboy? Aku nak tutup dah ni. Jumpa nanti. Bye!"

"Tu.."

Tut.. Tut..

"Kenapa wei?"

Boboiboy meletek telefonnya di atas meja. Dia segera bergerak mendekati para saudaranya yang sedang memandangnya dengan tatapan bingung.

"Siapa call? Kenapa muka kau pucat?"

"Ta..tak. Umm jom solat."

"Habistu Gempa?"

Boboiboy memandang keenam kembarnya. Dia gigit bibir, seraya mengerling sekilas ke arah tandas.

"Biarkan dia, kita solat dulu. Maghrib dah nak habis ni."

"Tapi Gem.."

"Dia bukan Gempa."

"Habistu kalau bukan Gempa siapa?" Thorn menyoal.

"Syaitan yang menyerupai Gempa."

Terdiam semua orang apabila Boboiboy berkata begitu. Wajah trio troublemaker sudah pucat kecuali trio cool.

"Sudah, jom solat. Dah lambat sangat ni."

"O..okey."











Tbc....

Hambar i know.. K bai!

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now