Part 1

989 90 12
                                    

Mulut memasing terbuka luas, kecuali Gempa dan Boboiboy.

Tercenggang. Terkedu. Tergamam. Terkentut mereka dibuatnya kerana melihat keadaan sebuah bangunan yang akan mereka tinggal nanti.

Mereka semua memandang ke arah Gempa dan Boboiboy.

"Are you kidding me?! Kenapa buruk sangat flat ni?!"

"Ishh, korang ni. Bersyukur ajelah. Ni aje yang murah tau? Lagipun.."

"Gem, Boiboy kita ni kerja bukan biasa-biasa aje tak akanlah kau orang hanya sewa rumah flat macam ni? Kenapa tak beli rumah banglo untuk kita berlapan? Kan senang aje, tak payah sewa-sewa bagai."

Entah bagaimana mereka berenam boleh membebel dan mengomel pada benda yang sama secara serentak. Kuasa kembar biasa lah.

Boboiboy dan Gempa menghela nafas.

"Korang ingat nak cari rumah sekarang ni senang ke? Kita tinggal aje sini dulu lepastu kita cari slow-slow rumah nanti. Boleh?" kata Gempa, mencuba memujuk keenam kembarnya.

"Tapi.."

Semua pandang Ice, apabila terdengar suara Ice seperti teragak-agak mahu katakan sesuatu.

"Kenapa Ice?" soal Thorn, mewakili yang lain.

"Aku bukan apa cuma, dua hari ni perasaan aku tak sedap aje. Dan hari ni makin kuat terasa. Naluri aku kata, tempat ni macam ada 'sesuatu' aje. Korang tak rasa ke?"

Semua terdiam dan anak mata mereka memandang bangunan yang mempunyai 90 tingkat berada di hadapan mereka berlapan. Terlihat orang-orang yang tinggal di sana berlalu lalang di koridor flat.

Hening di antara mereka, sehinggalah mereka merasakan hembusan angin yang berhembus laju pada mereka. Bulu roma mereka mencanak naik.

"Ishh! Kau ni Ice, jangan cuba nak takutkan kitorang lah. Tu mungkin perasaan kau aje. Bawa beristighfar lah. Dah jom masuk, hari dah makin petang ni. Kejap lagi dah nak masuk maghrib."

Ice diam, dalam hati dia beristighfar banyak-banyak. Mungkin ini hanyalah mainan syaitan. Fikirnya.

"Jom masuk."

"Ohya, rumah flat kita aras berapa?"

"Floor 88."














Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now