Part 20

430 58 10
                                    

"Ugh.."

Kelopak matanya terbuka secara perlahan. Dia mengerjapkan matanya, apabila pandangan matanya masih buram.

Setelah perlihatannya makin jelas, dia memandang sekeliling ruangan bilik yang terasa asing baginya. Dahinya berkerut.

Perlahan-lahan dia bangkit daripada pembaringan.

"Akhirnya bangun pun kau. Ingatkan tak nak bangun dah."

Teguran satu suara yang tiba-tiba itu, mengejutkan Gempa. Dia menoleh ke arah sumber suara. Terdapat seorang lelaki berjaket putih dengan garis merah dan perak. Lelaki itu mengenakan kacamata.

"Kau siapa? Aku kat mana ni? Bukan ke aku pengsan kat dalam rumah.."

Gempa telan liur apabila mengingat kembali kejadian di mana dia boleh pengsan.

Lelaki itu mendekati Gempa yang seperti sedang dalam dunianya sendiri.

"Aku jumpa kau pengsan kat depan kubur yang sudah terbiar. Kau buat apa kat sana?"

Mendengarkan itu, buatkan Gempa tersedar dan segera mendongak menatap wajah lelaki itu yang berdiri di hadapannya.

"A..apa? Kau kata yang kau jumpa aku kat k..kubur? Biar betul?! Kau tak bohong kan? Aku ingat lagi kali terakhir aku pengsan kat mana. Aku pengsan kat.."

"Shhh." lelaki itu meletak jari telunjuk di depan bibir, mengisyaratkan Gempa agar berdiam diri.

"Nanti aku cerita hal sebenarnya kat kau, sebelum tu kita tunggu kembar aku yang lain dan juga nenek sya."

Tanpa membantah, Gempa hanya menganggukkan kepala. Pasrah. Biarpun begitu, dia masih panasaran dan tertanya-tanya.

"Na..nama kau apa?"

Lelaki itu menatap Gempa buat sejenak.

"Supra."

"Oh, Supra. Aku Gempa. Salam kenal."

"Hmmm."

Supra mengangguk kepala, dia membuang muka ke luar jendela bilik.

Suasana canggung menghiasi suasana mereka. Gempa yang sedikit tidak selesa dengan suasana di antara mereka, mula turun daripada katil.

Supra hanya melirik kelakuan Gempa dengan hujung mata.

"Ohya, kau kata tadi yang kau ada kembar kan? Siapa nama mereka?"

"Frostfire dan Glasier."

"Wahh, kalau kau nak tahu aku pun ada kembar juga. Lapan semua termasuk dengan aku sekali. Nanti aku kenalkan kau dengan diorang eh?"

Supra hanya mengangguk acuh dengan wajah tidak perasaan. Dia malas mahu menanggapi ucapan Gempa, kerana dia sudah tahu perihal keluarga lelaki itu.

"Hm, cakap pasal diorang. Mesti diorang tengah cari aku yang tiba-tiba hilang ni. Aku kena balik, boleh kau.. hantar aku?"

Gempa mengaru pipinya yang tidak gatal dengan senyum canggung.

Bebola mata Supra terguling ke atas. Dia mengeluh kasar. Gempa memandang Supra bingung kerana mendengar keluhan Supra tersebut. Apakah permintaannya terlalu biadab?

"Hm, maaf kalau aku sudah susahkan kau. Terima kasih sebab dah selamatkan aku. Kalau macam tu aku balik naik taksi lah. Sekali lagi terima kasih. Senang berjumpa dengan kau."

Gempa membungkukkan tubuhnya pada Supra dan melangkah untuk pergi dari rumah lelaki itu.

Akan tetapi, pergelangan tangan Gempa dicengkam oleh Supra.

"Eh?!"

Gempa kaget dengan perbuatan Supra yang tiba-tiba itu. Dia pandang Supra hairan.

"Kenapa?"

"Aku tak benarkan kau balik. Kau kena tinggal sini. Kan aku dah kata tadi, kita kena tunggu kembar aku dan nenek tua tu? Kau lupa?"

"Tapi..."

"Please dengarkan aku, kau tak boleh ke sana. Tempat tu tak elok untuk kau dan tempat tu berbahaya."

Dahi Gempa mengerut hebat.

"Kau.. Macam mana kau tahu?"

Supra diam tidak menjawab, dia melepaskan cengkamannya pada tangan Gempa. Anak matanya yang terhalang oleh kacamata, merenung Gempa tajam.

"Stay here or you're died."










Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now