Part 21

405 58 24
                                    

Gempa menekapkan telefonnya pada telinga, panggilan yang dia buat belum dijawab oleh orang di hujung talian. Dia melirik Supra yang sibuk memainkan telefon sambil mengunyah gula-gula getah. Dia juga perasan akan kerlingan mata lelaki itu padanya.

Gempa merasakan dirinya ini seperti pesalah sahaja, kerana di awasi oleh jejaka hensem yang dia kenal beberapa jam tadi.

Manakala kedua kembar dan 'nenek' yang di maksudkan oleh Supra masih belum menampakkan diri. Sudah 2 jam mereka menunggu.

"Ah! Angkat pun akhirnya. Hello Hali, kenapa lama sangat nak boleh angkat call. Nasib baik kau angkat, aku dah call yang lain tapi tak terangkat. Kau sibuk ke?" Gempa bertanya dengan nada suara sedikit gegabah.

Supra melirik apabila mendengar suara Gempa seperti bercakap dengan seseorang. Sepertinya kembar lelaki itu. Sebenarnya dia sudah melarang lelaki itu daripada membuat panggilan telefon, namun lelaki itu degil. Katanya, dia takut kembarnya yang lain risau akan dirinya itu.

"Hello? Hali, kenapa kau senyap? Kau okey? Korang semua okey? Hello!!"

Dahi Gempa berkerut tatkala tidak mendengar sahutan Halilintar, si abang kembar keduanya.

Fushh!

Telinga Gempa berdesing buat sesaat dengan suara tiupan angin di corong telefon. Dia menjauhkan telefon sejenak daripada telinganya sebelum kembali didekatkan kembali.

"Hali?"

Hihihihi.. Kenapa pergi.. Kau dah tau hmm..

Terdengar suara berat dengan nada yang mengerikan. Jantung Gempa serasa mahu gugur sahaja, mendengar suara lain yang menyahut di seberang sana.

Gempa dengan cepat-cepat mematikan talian tersebut dan segera berganjak mendekati tempat Supra bersantai. Dia duduk menghimpit ke arah Supra. Gempa memandang sekeliling. Tubuhnya tiba-tiba sahaja berasa sejuk dan panas.

"Kau dah kenapa?" kata Supra datar kerana dihimpit oleh makhluk tembam itu.

Gempa melirik Supra dengan senyum canggung.

"Err... Ta..tak ada apa. Haha, tadi aku ada dengar suara nyamuk merempit." ucap Gempa dengan lawak hampanya. Dia ketawa dibuat-buat.

Kening Supra terjongket sebelah. Dia senyum herot.

"Kan aku dah cakap tadi, jangan call diorang."

"Tapi kenapa?"

"Tch! Kau sendiri dah dengar kan tadi?"

Gempa terdiam. "Macam mana kau boleh tau? Kau ahli dukun ke? Boleh kau ajar aku untuk jadi dukun macam kau?"

Supra memutarkan bola matanya jengkel dengan sifat polos lelaki itu.

"Stupid."

Itu sahaja yang dibalas oleh Supra, lantas lelaki itu berganjak mahu berlalu daripada situ. Gempa mengeram sebal, sebelum mengikut langkah Supra. Dia takut ditinggal pergi, dia seperti mendapat rasa yang dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu.

"Wei! Kau nak ke mana tu?!"

"Ishh! Kau kenapa ikut aku ha? Pergi sana!"

"Alah aku ikut ya?"

"Kau gila, aku nak ke tandas lah! Kau nak ikut aku masuk tandas juga?"

Wajah Gempa berona merah. Dia mati kata.

"Erk.. Hahaha.. Kau nak ke tandas ke? Mana aku tau, tak apa aku tunggu kau kat luar tandas hm?"

Supra menepuk dahinya. Sepertinya, hidupnya mulai tidak tenang sekarang kerana diganggu oleh makhluk spesis Gempa.

"Suka hati. Dasar gila."

"Hehehehe.. Wiuwiu.."









Tbc/delete?

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now