Part 5

631 78 9
                                    

Ice berdiri dengan tubuh tegak, anak matanya melirik pada makhluk yang berdiri di sebelahnya.

Walaupun takut, dia kuatkan semangat.

Apasal rasa lambat sangat lift ni? Cepatlah! Desis hati Ice berang.

Iris biru Ice, mengerling ke sebelah. Dia baru perasan yang makhluk itu sedang mengapit sesuatu di bawah ketiaknya. Sebuah kepala dan dia perasan akan mata merah darah yang merenung ke arahnya namun Ice buat seolah tidak perasan akan hal itu. Dia membisukan diri, dia tahu Allah selalu ada dengannya.

Dalam hatinya dia tidak habis-habis membaca surah lazim Al-Quran.

Ting!

Pintu lift terbuka, Ice kerling pada angka lift. Tingkat 30.

Ice terkedu di saat pintu lift terbuka, satu pemandangan yang membuat kepala lututnya menjadi lembik.

Di hadapannya terbentang hamparan tanah perkuburan, kabus dan asap yang tebal menambahkan rasa seram. Apatah lagi bau kemenyan. Ice telan liur.

Sreek.. Sreekk...

Tap.. Tap...

Makhluk yang berdiri di sebelah Ice melangkah keluar lift.

Baru sahaja Ice mahu menghela nafas lega, makhluk itu berbalik dan berkata.

"Tolong.. Kami nak.. Tolong..."

Itulah apa yang Ice dengar, sebelum pintu lift terkatup rapat.

Ice termenung. Otaknya memikirkan akan pertolongan daripada makhluk itu. Sudah dua ekor makhluk yang meminta benda yang sama padanya.

"Apa maksud dia? Apa yang tak kena sebenarnya dengan flat ni? Flat ni macam ada senjarah yang tidak di ketahui. Aku kena siasat, mesti ada yang tidak kena."
















Tbc...

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now