Part 28

350 57 6
                                    

Gempa memandang pantulan wajahnya dicermin solek.

Dia mengusap lingkaran hitam yang ada dibawah matanya. Tanda dia banyak berfikir dan tidak cukup tidur kerana memikirkan saudaranya yang lain. Wajahnya juga tampak tidak bermaya.

"Hwaiting Gem! Kau kena kuatkan diri kau, ni hanya ujian. Allah nak uji kau aje. Hm! Aku kena cari cara keluar untuk selamatkan diorang."

Tangannya mencapai bedak debu dan dipoleskan pada wajahnya, sekadar mahu menaikan seri wajah kerana pucat. Bibirnya pula dicalitkan sedikit lipsbalm.

Perbuatannya itu tidak lari daripada pemerhatian tiga beradik kembar yang tidak sengaja melintasi bilik Gempa.

"Dia bersolek nak ke mana? Kemain bergincu dan berbedak bagai."

"Okay siap. Waktunya untuk keluar."

Gempa berbalik dengan senyum lebar dibibir mungilnya yang merah berkilat itu.

"Eh?! Korang! Korang buat apa kat situ? Skodeng aku ya?" tuduh Gempa apabila perasan akan kehadiran si kembar tiga itu.

Mereka bertiga tidak menyahut malah mata mereka tertancap pada bibir Gempa.

"Mak haihh! Merah bakhang bibir kau gemuk, kau nak pi goda siapa ha? Makcik jual kicap kat simpang tiga depan rumah tu ke?" perli mereka, atas dan bawah mereka tilik penampilan Gempa.

Wajah Gempa masam, jelingan maut diberikan.

"Asal? Jeles ke sebab bibir aku yang paling seksi daripada korang hm? Jangan jeles ye? Berdosa. Payah juga jadi orang hensem plus comel plus seksi ni."

Rambut pendeknya dilibas ala diva. Gempa membuat muka bangga plus sombong.

Sakit pula mata Frostfire, Glasier dan Supra melihatnya.

"Ceh! Perasan nak mampuih! Hang tau dak? Yang hang ni tak ada beza pun dengan monyet tepi rumah."

Berasap telinga Gempa yang mendengarnya. Bibirnya diketap.

"You! Dasar trio koyak!"

Gempa dengan bengang merempuh mereka bertiga yang berdiri di muka pintu dan berjalan keluar dari bilik.

"Woiii! Hang nak pi mana tu!!" Jerit mereka sejurus mengejar langkah Gempa.

Gempa yang perasan akan hal itu, terus menambah kelajuan lariannya.

"Tak payah ikut lah ! Halah halah, aku nak masuk kubur aje lah! Tu pun nak ikut ke?!"

"Tak apa Gem, aku follow kau. Boleh lah aku tidur buat selama-lamanya. Tak sakit kepala sikit fikirkan dunia yang penuh drama ni."

Perkataan Glasier buatkan Gempa, Frostfire dan Supra memandangnya dengan tatapan tidak percaya.

"Sah kau gila batu ais!"












Tbc...

Huhuhuh, sorry kependekkan dan kehampaan.

Floor 88 [SU]Where stories live. Discover now