Present time
#Adrian = singkatan to Adriano
#Kayla = singkatan to MikaylaVenice, Italy
Sebaik sahaja Kayla dan tiga lagi kawan baiknya tiba di lapangan terbang di Venice, mereka bersorak teruja. Akhirnya, dapat juga mereka bercuti bersama- sama dan menjejakkan kaki di Venice.
"Oh my god! Aku tak sabar nak pergi jalan- jalan," Rika salah seorang kawan baiknya berkata dengan teruja. Yang lain turut bersetuju termasukklah Kayla yang memang sudah lama mengimpikan untuk bercuti di Venice. Mana tidaknya, ini kali pertama ibu dan papanya memberi kebenaran setelah berkali-kali di pujuk. Itupun, dia sengaja tambah adegan merajuk untuk melembutkan lagi hati ibu dan papanya. Susah benar ibu bapanya itu hendak izinkan dia bercuti di Venice. Dia sendiri hairan.
"Aku rasa baik kita check in masuk hotel dulu. Rehat- rehat kejap, lepastu baru kita pergi jalan-jalan," Lily memberi cadangan.
"Aku setuju," yang lain turut bersetuju memandangkan masing masing masih lagi penat. Mereka terus menuju ke hotel yang telah ditempah menaiki sebuah teksi.
Setelah check in masuk ke hotel, Kayla terus menghantar email kepada ibu dan papanya supaya mereka tidak risau, lagipula itu adalah antara syarat-syarat yang diberikan oleh ibunya sebelum dia mengizinkan Kayla ke Venice untuk bercuti.
"Kau dah inform parents kau ke?" soal Ellie duduk di hujung katil. Kayla angguk kepala.
"Risau sangat kan parents kau. Aku ingat lagi, bukan main diorang bantah keputusan kau nak datang bercuti kat sini," kata Rika.
"Agaklah. Tapi apapun finally mereka setuju jugak kan. Itu yang penting," ujar Kayla mengukir senyuman lega dan terus membaringkan diri ke atas katil. Puas hati.
SETELAH puas berehat, mereka berempat akhirnya memulakan percutian mereka untuk berjalan jalan di sekitar Venice. Tempat pertama mereka lawati ialah Canale Grande. Canale Grande terkenal dengan istana- istana keluarga termuka yang berpengaruh di situ. Setelah puas menerokai Canale Grande, mereka melawat pelbagai lagi tempat menarik di kawasan itu.
Tepat jam 8.45 malam mereka kembali ke hotel. Kayla dan Rika menuju ke Bakery yang berada di lobi hotel manakala Lily dan Ellie terlebih dahulu menuju ke bilik. Dengan membawa beg yang dipenuhi roti istimewa buatan Italy, Kayla dan Rika melangkah keluar dari bakery itu.
Dalam perjalanan menuju ke lif, langkah Kayla terhenti kerana kakinya dipeluk oleh seorang kanak kanak yang usianya kelihatan tidak lebih dari 4 tahun.
"mamma," kanak-kanak lelaki itu mendongak ke arahnya dengan matanya yang besar dan bulat.
Business meeting
Massimo mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke bilik yang menjadi tempat berkumpul rakan- rakan business Adrian. Adrian melemparkan pandangan kepada orang kanannya itu. Adrian tahu Massimo tidak akan mengganggu mesyuarat penting jika tidak disebabkan perkara yang lagi penting.
"Capo,"
"Parlare. "( speak)
"Young master Adam suddenly gone missing,"
Mendengar berita itu, wajah Adriano terus berubah. Mata-mata yang memandang turut merasakan perubahan aura Adrian. Adrian terus bangun dan keluar daripada bilik mesyuarat itu.
"Apa maksud kau?" Adriano menyoal. Massimo menceritakan dengan tenang bagaimana Adam boleh hilang daripada pandangan mereka. Konco-konconya yang berada di situ mula menelan air liur tetapi mereka tidak benarkan rasa takut menguasai riak wajah mereka.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...