"Seronok?" Emily bertanya kepada Adam yang sedari tadi asyik tersengih sampai ke telinga.
"Mestilah dia seronok. Tengok sengih sampai telinga pun tahu," ujar Kayla.
"Kalau macam tu jom kita pergi tempat lain pula," Emily memberi cadangan. Kayla agak ragu ragu untuk teruskan aktiviti mereka itu kerana risau Adriano dapat tahu dan mengamuk. Tapi dia tak sampai hati pula nak bagitahu Emily dan Adam.
Semasa berjalan ke kereta yang diletakkan di kawasan parking. Emily tiba-tiba berhenti.
"Shit," Emily pandang kiri dan kanannya.
"Emily?" Melihat Emily tiba-tiba panik, Kayla turut risau.
"Ada orang ikut kita," kata Emily. Kayla mula rasa jantungnya berdebar-debar. Namun dia cuba tenangkan dirinya untuk tidak menakutkan Adam.
"Habistu apa kita perlu buat?" Kayla bertanya berlagak tenang. Emily sedikit terkejut. Dia menyangkakan wanita itu akan mula panik dan gelisah.
"Teruskan jalan macam biasa. Sampai dekat kereta terus masuk,"
Kayla angguk faham. Adam yang dipimpin terus diangkat dan digendong.
"I'm quite surprise. I fikir you akan gabra sampai tak ingat dunia," kata Emily kagum.
"Trust me. I am. Tapi sebab Adam dekat sini saya tak boleh tunjuk saya panik," balas Kayla. Mereka berdua cuba berlagak selamba berjalan ke kereta.
Baru separuh jalan, Kayla hampir terdorong kebelakang kerana ada orang cuba merentap Adam daripadanya. Emily laju bertindak melindungi mereka berdua. Kayla memeluk Adam rapat ke arahnya. Datang lagi dua orang lelaki dari sebelah kira. Kayla mula melarikan diri bersama Adam. Apa yang penting dia perlu larikan Adam. Seperti yang dijangkakan kedua lelaki itu masih mengejar nyaa.
Emily yang sudah tewaskan seorang lelaki segera menghalang salah seorang daripada lelaki yang mengejar Kayla dan Adam. Namun kudrat dia yang sedang mengendong budak sangatlah lemah. Lelaki itu dapat mengejarnya.
Kayla menurunkan Adam. Disembuyikan di belakangnya. Kanak kanak yang ketakutan itu memegang kemas baju Kayla.
"What do you want?" Kayla bertanya.
"Bagi aku budak tu,"
"No!"
"Aku tak ada masa nak main main dengan perempuan macam kau," lelaki itu cuba menolak Kayla dengan kuat. Namun Kayla sempat berpaut pada lengan lelaki itu. Dia cuba menendng perut lelaki itu. Namun gagal. Terus digigit lengan sasa lelaki itu sekuat hati. Dan apabila lelaki itu terganggu, dia sepak celah kangkang lelaki itu dengan sekuat hati. Titik lemah lelaki.
Lelaki itu mengerang kesakitan. Kayla terus ambil peluang untuk bawa lari Adam. Kanak kanak itu pula sudah menangis ketakutan.
Belum sempat jauh Kayla lari, seorang lelaki memintas di hadapannya. Lelaki lain. Kayla mengelak namun lelaki itu bertindak menarik kasar rambutnya dan melemparkannya ke atas jalan tar. Kayla dapat rasa lutut dan lengannya terluka. Namun Kayla cepat bangun, untuk mendapatkan Adam. Dia sempat capai batu dan dibaling sekuat hati ke arah lelaki tadi. Tepat kena atas kepala.
"You bitch!"
Satu bunyi tembakan dilepaskan. Kayla dan lelaki itu sama sama kaku.
Kayla mula panik apabila mendengar bunyi tembakan. Dia peluk rapat Adam ke arahnya seraya memujuk Adam supaya tidak takut. Tangannya menggigil. Lutut dan lengannya pedih. Kepalanya pula berdenyut.
Lelaki yang berdiri di hadapan mereka tadi, tiba tiba terpelanting jauh. Fabio muncul.
Kayla akhirnya menghela nafas lega. Namun helaan nafas itu bagaikan terlekat di celah kerongkong apabila melihat wajah bengis Adriano. Adriano memandangnya dan Adam dari atas bawah. Urat di dahi Adriano mula kelihatan. Jujur ketika itu, Kayla makin kecut perut. Adriano melangkah ke arah salah seorang lelaki yang menyerangnya dan Adam tadi dan membelasah lelaki itu dengan sepenuh hati.
Makin bertambah cuak Kayla dibuatnya. Setelah selesai, Adriano mengarahkan mereka berdua untuk masuk ke kereta. Sepanjang perjalanan balik, Kayla dapat rasakan suasana tegang dalam kereta itu. Api kemarahan Adriano juga semakin membahang.
Tiba sahaja di rumah, Massimo dan Isabel sudah menunggu. Adriano masih diam. Adam diberikan kepada Isabel. Adriano meraup kasar wajahnya. Dia kemudian mencerlung ke arah Kayla membuatkan wanit itu terus menunduk.
"What the hell do you think you are doing Kayla?" Adriano terus marah Kayla. Kayla masih menunduk. Dia tahu dia salah.
"Awak tak boleh fikir ke? Saya tak bagi awak dengan Adam keluar bersebab. Kenapa awak susah sangat nak faham?"
Kayla ketap bibir. Berat rasa hatinya ketika itu. Dia takut untuk pandang Adriano yang sedang menyinga itu.
"Saya minta maaf. Saya cuma kesian dekat Adam-"
"Kesian? Awak kesiankan Adam? Kayla, bolah tak awak berhenti berlagak macam awak tahu apa yang terbaik untuk Adam? Can you stop creating trouble. Sikap awak ni boleh bahayakan Adam awak tahu tak? Stop pretending to be someone that wanted to change Adam's life. Just do what you were asked to do. Jangan lupa siapa awak dan siapa Adam," Suara Adriano semakin meninggi. Kayla dapat rasa kolam matanya mula panas. Air matanya sudah dihujung tanduk. Dia masih menunduk. Kata-kata Adriano itu buat dia kembali ke realiti. Tugasnya di situ hanya sebagai pengganti ibu kepada Adam.
Massimo yang berada di situ memandang Kayla dengan rasa simpati.
"Awak jangan risau. Saya tak akan masuk campur urusan Adam lagi," air mata yang hampir jatuh di tahan. Hatinya ketika itu bagai disiat-siat.
"Ini bukan soal masuk campur Kayla. God. You really are getting on my nerves, " kata-kata Adriano itu ibaratkan pisau belati menikam tepat ke hatinya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua.
Bunyi esakan kecil daripada Kayla ibarat menarik Adriano kembali ke dunia realiti. Dia sedikit terkejut.
"Saya minta maaf. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tak buat boss marah lagi. Saya minta maaf dah menyusahkan boss dan letak Adam dalam bahaya. Boss jangan risau, saya akan ikut cakap boss," dengan itu Kayla terus melangkah ke bilik dengan hati yang bagai ditoreh berkali-kali.
Adriano pula terkedu di situ. Panggilan Kayla kepadanya juga sudah bertukar kembali daripada Adriano kepada boss. Adriano untuk pertama kalinya rasakan hatinya berat kerana air mata seorang wanita
"Adriano" Emily tiba dengan riak risau "Macam mana Adam dengan Kayla? Diorang okay tak?.
"Emily. What the hell are you thinking. Kenapa mudah sangat you terpengaruh dengan Kayla. You know why I tak bagi Adam keluar," Adriano marah sepupunya itu.
"Adriano. Jangan cakap dekat I, you marah Kayla sebab bawak Adam keluar,".
"Habistu?"
"Adriano! I yang nak bawa Adam keluar. Bukan Kayla,". Kata-kata Adriano menambahkan lagi rasa berat dalam hati Adriano ketika itu. Adriano pula sedar dia terlampau ikutkan emosinya. Waktu dia melihat Kayla dalam keadaan yang tercedera tadi, dia terasa panas. Selalu dia biarkan Fabio dan yang lain untuk menguruskan orang orang yang menganggu keluarganya tapi setelah melihat luka pada lengan Kayla, dia rasakan api kemarahannya membuak dan membelasah salah seorang daripada konco Alfredo tadi. Massimo yang memerhati pula hanya sekadar mampu menggeleng kepala.
**Adriano melangkah ke bilik. Ketika itu, Kayla sedang mencuci luka di lengannya. Adriano duduk di hadapan Kayla.
"Let me help you," Adriano mempelawa cuba mencapai tangan Kayla. Namun Kayla pantas melarikan tangannya.
"Tak perlu. Saya boleh buat sendiri," Kayla bangun dan menyimpan kembali first aid kit ke atas rak. Dia mencapai tuala dan baju tidurnya sebelum melangkah masuk ke bilik air.
Usai mandi dan solat, Kayla terus merebahkan badan ke atas katil. Dia tidak turun makan malam. Semua yang terjadi pada haritu membuatkan mental dan fizikalnya penat. Hatinya juga penat. Mungkin sebab dia terlalu berharap Adriano sekurang-kurangnya menerima dia dalam hidupnya. Namun dia lupa, dia dan Adriano tiada apa-apa melainkan ikatan perkahwinan berlandaskan sebab. Dengan rasa sedih, Kayla tertidur.
Adriano tiba di bilik untuk memanggil Kayla supaya turun makan malam namun wanita itu telahpun lena. Dia duduk di sebelah wanita itu. Timbul rasa kesal di hatinya apabila melihat kesan air mata di hujung mata Kayla. Perlahan-lahan tangannya mengusap mata Kayla. Satu nafas berat ditarik.
Jangan lupa Vote & comment
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...