BAB 6

3.3K 204 1
                                    

BAB 6

Satu lagi tembakan tepat mengena sasaran. Setelah hampir 15 tahun membiasakan diri dengan pistol dan senjata, Adriano kini mahir menembak apa- apa sasaran walaupun dengan sebelah mata yang tertutup. Sekali lagi, picu ditarik. Rasa ngilu di bahu kanannya diabaikan. Pain is what makes him grow. Sasaran demi sasaran ditembak sehingga dia rasa puas hati.

Didn't I said jangan cari aku buat masa sekarang," kata Adriano tanpa nenoleh ke belakang. Sarung tangan yang dipakai dibuang. Botol air yang berada di atas meja diangkat dan diteguk.

"Si. Tapi aku fikir mesti kau nak tahu pasal ni," Massimo duduk bertentangan Adriano. Adriano menjongketkan kening sambil meneguk air dari botol itu sehingga ke titisan terakhir.

"Angelo terserempak dengan Mikayla,"  hampir tersedak Adriano mendengar pernyataan Massimo.

"Damn."

Adriano menguak kasar rambutnya yang sudah lembab dibasahi peluh.

"I should have lock her,"  Massimo melemparkan pandangan kurang senang ke arah Adriano. Adriano buat muka jengkel.

"You promise not to treat her like a prisoner,"

"And look what happened? She meets angelo," Adriano membidas sarkastik. Massimo menghela nafas berat.

"Well, you are the one yang bertanggungjawab culik dia untuk jaga Adam. If we lock her up, then what's the point then? dia dengan Adam akan  memberontak and even benci kau. Not to mention, mana kebebasan yang kau nak untuk Adam?"

Massimo membidas pula. Adriano mengetap gigi.

"I'm going home," ujar Adriano ringkas sebelum meninggalkan Massimo. Massimo menarik nafas lemah.  Kedegilan Adriano boleh membuatkan dia gila. Dia segera bergegas mengikuti Adriano yang telah melangkah ke dalam rumah agam itu.

MIKAYLA menyimpan kembali buku-buku bacaan Adam ke atas rak setelah memastikan kanak-kanak itu lena di atas lantai yang beralaskan karpet tebal itu. Setelah mengemas segala alatan yang digunakan, dia kemudian mengangkat Adam yang lena itu ke atas katil. Mikayla menyelimutkan Adam sebelum berlalu keluar untuk ke biliknya yang selang beberapa bilik sahaja daripada bilik Adam. Baru sahaja Mikayla hendak membuka pintu biliknya, Namanya diseru oleh satu suara garau.

“Boss,” Mikayla berpusing dan menyapa Adriano yang memandangnya dengan pandangan serius.

“From now on, you are not allowed to go outside of the mansion.” Kata Adriano tegas dan kemudian terus berlalu. Mikayla pula kehilangan kata-kata. Dia cuba mencerna kata-kata  Adriano itu. Wajahnya terus berubah tidak puas hati.

“Apa maksud boss tak bagi saya keluar?” Mikayla mengejar langkah Adriano yang melangkah menuju ke dapur. Adriano dipandangnya dengan rasa tidak puas hati.

“What? Awak tak faham Bahasa inggeris.? Okay, biar saya translate dalam Bahasa yang awak faham, mulai hari ini awak tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah ni,” Adriano membalas sarkastik dan dengan nada mengejek.

“Saya tak bodoh,”

“Baguslah. Kalau macam tu tak perlulah saya ulang banyak kali,” balas Adriano.

Mikayla hela nafas Panjang.

“Are you trying to make me your prisoner? Tak cukup ke boss paksa saya untuk tinggal di Itali untuk jaga Adam? Sekarang, saya tak dibenarkan keluar lansung? Boss fikir saya ni apa? Boss tak boleh buat saya macam ni. This is too much!” Mikayla meledak marah. Mana boleh sesuka hati sahaja Adriano ingin menghalang kebebasannya sehingga tahap itu.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now