Hari makan malam akhirnya tiba. Adriano telah menetapkan majlis tersebut di salah satu hotel lima bintang miliknya. Kayla juga harus menghadiri majlis makan malam tersebut memandangkan dia adalah isteri kepada host majlis itu. Kayla mengenakan gaun labuh berwarna hitam yang ditempah khas oleh Adriano.
Adriano dan Kayla beriringin melangkah masuk ke dewan besar hotel itu dan disambut dengan penuh hormat oleh pekerja di sana. Dari ekor mata, Kayla dapat melihat Fabio dan beberapa orang konco Adriano turut berada di dalam dewan itu.
"I have booked a suite. Incase awak rasa penat or tak larat. You can go there. Massimo or Fabio will bring you there," Adriano sempat berpesan pada Kayla. Kayla sekadar mengangguk. Dia dapat rasakan majlis kali ini tersangatlah panjang.
"Adriano," salah seorang tetamu majlis menyapa Adriano. Adriano terus masuk mood bisness. Kayla pula mula rasa bosan. Ingin sahaja dia pergi duduk di mana-mana meja. Kayla bergerak jauh sedikit daripada Adriano. Belum sempat, Kayla melangkah jauh, Adriano memaut pinggangnya dengan selamba. Lingkaran tangan Adriano di pinggangnya kemas.
"Where are you going heart?" Adriano bertanya di telinganya. Kayla cuba melonggarkan lingkaran tangan Adriano di pinggangnya.
"Adriano. Saya nak duduk," Kayla merungut. Adriano tidak lepaskan pelukannya. Malah memusingkan badannya ke arah tetamunya tadi dan terus meminta diri. Adriano membawa Kayla duduk di meja VVIP yang telah disediakan.
Tiba di meja itu, Kayla perasan ada seorang lelaki tua lingkungan lewat 40-an memandangnya dengan penuh jahat. Pandangan gatal. Kayla mula tidak selesa. Dasar tua gatal.
"Your wife is so stunning Adriano," lelaki tua itu berkata. Kayla tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Tetapi dia tidak suka cara lelaki tua itu memandangnya.
"Stop looking at my wife like a damn pervert before I rip your eye out," Adriano memberi amaran keras. Dia pandang lelaki itu dengan pandangan amaran. Wajahnya serius dan dingin.
Kayla tidak faham apa yang dikatakan oleh Adriano namun melihat lelaki itu mengalihkan pandangan darinya Kayla menghela nafas lega.
Acara dimulakan dengan pelbagai persembahan. Kayla tunjuk muka menyampah apabila persembahan beberapa perempuan seksi sedang menari, lelaki lelaki yang berada di sekelilingnya mula meleleh air liur. Dia kemudian menjeling ke arah Adriano pula, lelaki itu kelihatan fokus pada persembahan di hadapan. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi, Kayla tetap geram. Sekali, dia siku pinggang Adriano.
"Auu, what was that for?" Adriano bertanya. Senak perutnya seketika.
"Amboi tengok perempuan seksi, mata tak berkelip. Kenapa tak naik sekali atas pentas? Awak kan VVIP" Kayla mencemuh sambil berpeluk tubuh. Dia pandang wanita yang sedang buat persembahan dengan perasaan tak puas hati.
"Dah nama pun persembahan mestilah kena tengok," Adriano balas. Kayla menjuihkan bibir. Menganjing Adriano.
Adriano kemudian memusingkan badannya ke arah Kayla. Matanya terus fokus pada Kayla. Kayla mengerutkan dahi.
"Kenapa awak pandang saya?" Dia terus bertanya.
"Sebab awak tak bagi saya tengok perempuan seksi jadi saya tengoklah awak," Adriano berseloroh. Matanya masih ralit pandang Kayla sampai membuatkan Kayla pula tak tenang duduk di kerusinya.
Kayla yang malu terus tolak pipi Adriano dari memandangnya. Namun tindakan Adriano lagi membuatkan jantungnya hampir terloncat, selamba lelaki itu memaut tangannya dan menghadiahkan kucupan lembut.
Wajah Kayla terus rasa membahang.
"You look like a cooked crab," sempat Adriano mengusik. Kayla jeling geram. Dia cuba tarik tangannya dari Adriano. Namun lelaki itu masih galak mengusiknya. Sesekali, dia menghadiahkan lagi kucupan di jarinya.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomansaHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...