"Lagi?" Kayla mengeluh lemah. Dia bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh.
"I feel you Bellissima. Tapi kita tak boleh buat apa-apa sebab majlis malam nanti memang khas untuk awak dengan Adriano. To introduce you as the wife of one of the top business tycoon and capo in Sicily," jelas Massimo.
"Kalau saya tak pergi?"
"No. This is one of the important event you should accompany me," kata Adriano pula. Lelaki itu sibuk membelek dokumen yang berada di atas meja. Di meja makan pun masih sibuk bekerja.
"Apa maksud awak one of?" tanya Kayla.
Adriano mendongak.
"We still have four or more events to go,"
Automatik Kayla ternganga.
"What?!"
SEPERT BIASA, Kayla akan didandan oleh Stylish professional yang telah dibayar oleh Adriano. Tepat jam 8.30 malam, Kayla selesai bersiap dan turun melangkah ke ruang tamu. Adriano menyambutnya di pintu. Beriringan mereka melangkah keluar daripada rumah itu. Mereka masuk ke dalam kereta yang betul-betul di parking di hadapan tangga. Dihadapan dan belakang kereta yang dinaiki mereka, ada satu kereta yang mengawal.
Tiba di majlis makan malam anjuran salah satu rakan bisness Adriano iaitu Leo, mereka terus disambut oleh pekerja rumah agam itu. Kayla pandang rumah agam milik Leo itu dengan penuh rasa kagum. Wow! Bukan biasa-biasa golongan kawan-kawan Adriano. Adriano pun tak ada kurangnya.
"Awak tahu dunia saya dengan dunia awak tersangatlah jauh," Kayla bersuara kepada Adriano yang berada di sebelahnya. Adriano mengerling ke arahnya.
"Kenapa? Dunia awak di Marikh ke?" Adriano membalas tanpa riak. Kayla terus buat muka.
"Bukan tulah maksud saya. Tengok rumah ni dengan rumah awak pun saya dah rasa diri saya ni kerdil. kalau orang condemn awak sebab dapat isteri biasa-biasa macam saya, apa awak nak buat?" Kayla menduga Adriano. Adriano sekadar jongket bahu. Ketika itu juga, seorang pekerja yang lengkap memakai suit hitam menyapa mereka.
"Signore Signora Adriano, this way please,"
Adriano dan Kayla melangkah membututi lelaki itu.
"Just a cautious, Alice might be here," Adriano berkata tenang. Kayla kerut dahi. Sempat dia berdoa dalam hati agar tidak berlaku drama antara dia dan bekas tunang Adriano itu.
Melihat riak wajah annoyed Kayla, Adriano terus dengan selamba memaut pinggang Kayla dan menarik Kayla dekat kepadanya.
"Adriano, apa awak buat ni?" Kayla cuba menarik tangan Adriano agar melepaskannya. Adriano bawa wajah Kayla memandangnya. Kerutan di dahi wanita itu diusap lembut.
"Jangan kerut muka. Jangan salah cakap. Make sure ingat, you are my wife. Act like my wife. Caspice Mia cara?" Adriano berkata dengan nada yang sedikit tegas. Kayla rolls her eyes.
"Ya faham. Tapi lepaslah dulu. Tak ada orang lagi," ujar Kayla. Namun lelaki itu sekadar buat-buat tak dengar dan makin mengemaskan pautannya di pinggang Kayla. Kayla mengeluh dan akhirnya mengalah.
Mereka akhirnya tiba di salah satu bilik yang besar dipenuhi dekorasi cantik sesuai dengan majlis romantik makan malam ini. Sebaik sahaja pintu ditolak oleh lelaki pelayan tadi, semua mata tertumpu ke arah mereka.
"Finally, the main guest is here,"
Salah seorang daripada tetamu yang hadir berkata. Kayla hanya mampu tayang senyuman nipis sahaja. Dia paling tidak suka apabila banyak mata memandangnya. Dari jauh Kayla dapat rasa pandangan tajam mata seseorang. Belum dilihat juga, dia sudah tahu siapa empunya pandangan maut itu.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...