Bab 10

3.3K 200 0
                                    

Kayla melangkah keluar dari kereta dan berjalan beriringan dengan Adriano memasuki sebuah bangunan tinggi mewah di hadapan mereka. Kelihatan beberapa tetamu yang lain tiba. Rasa rendah diri menguasai Kayla apabila melihat wanita wanita yang cantik dan seksi turun bersama pasangan mereka daripada kereta mewah. Pasangan mereka juga tak mahu kalah. Handsome sungguh.

"What are you looking at?" Adriano menegur barangkali perasan mata Kayla melilau memandang orang di sekeliling.

"Focus on me, I'm your partner for now," sambung Adriano lagi. Kayla terus fokus pada Adriano. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Bangunan yang mewah itu dihiasi lagi dengan dekorasi megah yang membuatkan Kayla rasa dirinya tidak layak untuk berada di situ.

"Boss-,"

"Adriano. Panggil saya Adriano," celah Adriano. Kayla pandang Adriano dengan riak pelik.

"Awak datang sini sebagai tunang saya. Apa orang akan kata kalau mereka dengar awak panggil saya boss," Adriano memberi penjelasan. Kayla bersetuju dalam diam. Namun kerana terbiasa memanggil Adriano dengan panggilan boss, agak kekok baginya untuk memanggil Adriano dengan namanya sahaja.

"Okay. Tapi boss-" sekali Adriano hantar jelingan maut. Terus mati kata-kata Kayla.

"Sorry. Saya tak biasa panggil nama awak," ujarnya. Adriano berfikir sejenak.

"Then, just call me babe? Darling?" Adriano memberi cadangan dengan selamba.

"What?! No!" Laju Kayla menolak. Uish, fikir nak panggil Adriano dengan panggilan manja sahaja dia sudah geli geleman. Adriano buat muka annoyed.

"Habis tu? Panggil je lah nama. Apa yang susah?"

Kayla mencebik.

"Fine. Saya cuba,"

"No. Jangan hanya cuba. Call me Adriano. Saya tak nak semua orang tahu yang awak tu fake fiance sahaja. This is a big matter in my world," kata Adriano serius. Kayla telan air liur. Kenapa semua orang serius memanjang hari ni.

Kayla gigit bibir. Kenapalah dia boleh terjerumus dalam hal 'fake fiance' ni.

"A..adriano," ujar Kayla sedikit tergagap. Adriano berpuas hati.

"Good,"

Sebaik sahaja Adriano melangkah ke ruang utama majlis. Seorang lelaki linkungan 30 a.n dan wanita yang mugkin sebayanya datang menyapa.

"Mr. Marcello," lelaki itu bersalaman dengan Adriano. Wanita yang merupakan pasangannya setia disebelahnya. Lengan lelaki itu melingkar di pinggangnya. Mujurlah Adriano tidak begitu. Kalau tidak, ketika itu juga dia lari keluar dari majlis itu.

"Adriano." Adriano sempat membetulkan panggilan namanya. Tegas nadanya. Lelaki itu juga tidak banyak ragam, terus menukarkan panggilannya daripada Mr. Marcello kepada Mr. Adriano.

"So, who is this beautiful lady?" Tumpuan lelaki itu bertukar kepada Kayla pula. Kayla terkial -kial tidak faham. Tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapannya itu.

"My fiance, mikayla." Adriano memperkenalkan Kayla.

"Hello Miss Mikayla," lelaki itu menghulurkan tangan ke arah Kayla. Kayla terus pandang Adriano. Namun pandangan Adriano ketika itu bukan ke arahnya.

Kayla pandang tangan lelaki itu. Memang tidaklah dia nak sambut. Namun belum sempat dia nak menolak, Adriano terlebih dahulu sambut tangan lelaki itu.

"Minta maaf Leo, tapi saya tak bagi tunang saya pegang lelaki lain. Saya harap Mr. Leo faham. And she doesn't speak our language," kata Adriano dengan nada business. Leo menarik tangannya kembali. Dia mengangguk faham.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now