Season 2 Bab 4

2.7K 177 10
                                    

"HAFIZ dah kahwin?"

Hampir terbeliak mata Kayla menerima berita daripada kawan baiknya itu. Patutlah hari ini, Leila datang dengan wajah dan mata yang sembap. Rupanya, bakal tunang Leila sebenarnya dah kahwin. Tak guna punya jantan! Dah kahwin pun masih nak menggatal lagi.

"Ya," Leila meraung lagi. "Bukan tu saja kau tau. Sekarang ni wife dia tengah mengandung. Jahatnya nya aku ni babe!" Leila benar-benar berasa kesal. Andai saja dia tahu Hafiz sudah kahwin, dia pasti tak akan pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan lelaki itu.

"Tak payahlah cakap macam tu. Kau tak tahu kan dia dah kahwin," Kayla memujuk kawannya itu. Walaupun ketika itu Kayla kelihatan tenang, tapi percayalah di dalam hati dia sudah membayangkan seribu cara untuk belasah lelaki yang bernama Hafiz.

"Sampai hati dia tipu aku. Aku ikhlas sayangkan dia. Rupanya suami orang. Dia ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah diri ke?!" Leila melepaskan geram. Kayla menggosok lembut belakang Leila. Biarlah gadis itu melepaskan segalanya.

"Bukan kau yang tak ada maruah babe, tapi dia. Kalau betul dia sayang kan kau dia takkan tipu kau. Nasib baik Allah tunjuk awal. Aku tak dapat bayangkan kalau korang dah kahwin lepastu kau dapat tahu. Lagi parah babe. Anggap sajalah babe dia memang bukan jodoh kau. Percayalah. You deserve someone better babe," pujuk Kayla. Leila tayang muka terharu. Dia terus mendepakan tangan ke arah Kayla. Kayla julingkan mata ke atas sebelum memeluk kawannya itu. Drama nombor 1.

"Thanks Kayla. Secara officialnya aku kembali single macam kau," sempat lagi diperlinya si Kayla. Kayla yang geram terus menolak lembut kawannya itu.

"Dah okay lah tu," Kayla memerli semula. Leila sengih. Satu perkara yang Kayla sangat salute pada Leila adalah sikapnya yang mudah move on. Disebabkan sikap kuat kawannya itulah, Leila sering sahaja mampu senyum walaupun dalam keadaan dia sedang bersedih.

"Jom pergi llao llao. Kau belanja," selamba badak Leila beri cadangan. Kayla tayang muka annoyed.

"Yalah. Tapi aku bawak Adam sekali. Adam pun rindu dekat kau,"

Dengar nama Adam, mata Leila terus bersinar. Maklumlah Leila dan Adam adalah partner in crime. Cuma ada satu perkara sahaja yang Leila dan Adam tak bersependapat. Dalam urusan dating Kayla. Dalam Leila berusaha untuk mencarikan boyfriend untuk Kayla, Adam pula dengan penuh semangat menentang keras tindakan Leila itu. Bila ditanya kenapa, Adam akan berkata dalam bahasa ibundanya.

"Mama Kay non può uscire con nessuno. Lei appartiene a Zio," (Mama kay can't date anyone else. She is Zio's)

Yang mana setiap kali Adam bagitahu Leila, wanita itu akan tayang muka stress kerana tidak faham dengan ayat tersebut. Bila Leila tanya dia, sedaya upaya Kayla berkata dia tidak tahu apa-apa. Tak pasal-pasal timbul isu baru pulak nanti nak kena jelaskan kepada Liela siapa 'Zio' yang dimaksudkan oleh Adam. Bukan setakat masalah kecil nanti, timbul masalah lain pula.

"Aku pun rindu dekat budak kecik tu. By the way, Hari ini ramai ke yang book appointment?" Leila bertanya. Wajahnya masih kelihatan sugul walaupun air matanya sudah kering. Kesian pula Kayla melihat kawannya itu.

"Hari ni tak banyak pun. Kalau kau nak balik dulu. Balik jelah. Aku dengan Aidan boleh uruskan," balas Kayla. Apalah sangat cuti separuh hari.

"Betul ni?" Leila bertanya untuk kepastian. Dia benar-benar rasa letih. Bukan hanya letih fizikal tetapi juga letih mental.

"Betul. Baliklah. Healing dulu," kata Kayla lagi memberikan nasihat. Leila mengulum senyuman kecil.

"Thanks babe,"

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now