"Bersiap. Kita keluar,"
Kayla yang baru sahaja selesai selesai solat asar, terpinga-pinga. Adriano pula laju masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Baru balik dari kerja.
Tanpa banyak soalan, Kayla terus bersiap ala kadar untuk keluar. Usai sahaja Adriano solat, Kayla juga sudah siap.
"Kita nak ke mana?" Kayla bertanya Adriano yang sedang melipat sejadah.
"Picnic," Adriano menjawab ringkas. Rahang Kayla terus jatuh.
"Huh?" Dia kelihatan bingung. Risau juga kalau-kalau dia salah dengar.
"Kita pergi picnic," Adriano tekankan satu satu perkataan tersebut bagi jelas.
"Picnic?"
Adriano rolls eyes.
"Ya picnic. Do I need to spell it out?" balas Adriano.
"Kenapa tiba-tiba nak pergi picnic?" Kayla bertanya seraya membututi Adriano yang sudah melangkah keluar dari bilik.
"Saja," Adriano jongketkan bahu.
"Adam dah siap?" soal Kayla pula.
"Adam tak pergi. Dia ada class language," maklum Adriano.
Kayla kerutkan dahi. Maksudnya mereka berdua sahaja yang akan pergi berkelah?
"Prepare a car. I will drive. Just have a few men to follow from a far," Adriano memaklumkan pada salah satu pekerjanya. Dengan hormat pekerja itu menganguk sebelum berlalu.
"Okay, so now apa yang kita kena bawak untuk picnic?" Adriano berpusing dan bertanya padanya. Sekali lagi Kayla pandang Adriano dengan pandangan speechless. Punyalah yakin ajak orang nak pergi berkelah tapi tak sediakan apa-apa lagi?
"Makanan, tikar untuk duduk, minuman. Itu je," Kayla jongketkan bahu.
"Prepare the food, brings to the car," Adriano mengeluarkan arahan pada pembantu rumah yang sejak tadi berdiri tidak jauh dari situ.
"Just make it simple," Kayla mencelah sebelum pembantu rumah itu berlalu.
"Kita tak picnic dekat sini je ke?" Kayla bertanya sementara menunggu pembantu rumah sediakn makanan ringkas untuk mereka.
"No, we're going out," balas Adriano sambil membelek telefon ditangan.
Lebih kurang 10 minit, pembantu tadi kembali bersama bakul picnic yang berisi makanan. Adriano dan Kayla juga terus melangkah ke kereta yang sudah terparkir di luar rumah agam itu. Sekali lagi Kayla terpegun apabila melihat kereta yang berada di hadapan mereka. Dia juga tidak sedar bahawa dia berhenti melangkah membuatkan Adriano menoleh ke arahnya.
"Tunggu apa?" Adriano bertanya membukakan pintu untuknya.
"Kereta awak?" Kayla tunjuk ke arah Buggati Centodieci dihadapannya itu. Selalunya mereka selalu keluar menggunakan SUV. Ini kali pertama Adriano membawa keluar kereta selain itu.
"Yes. Now come in heart," Adriano mengusyar Kayla masuk. Sebaik sahaja Kayla melangkah masuk, Adriano tutup pintu kereta dan melangkah ke belah pemandu. Masuk sahaja ke dalam kereta, dia mengenakan cermin mata hitam sebelum mula memandu keluar dari perkarangan rumah agam yang indah itu.
Adriano memandu kereta ke destinasi dituju dalam keadaan senyap. Kayla pula sesekali menjeling ke arah Adriano yang nampak kacak memandu. Betullah orang kata lelaki kalau bawak kereta pegang stereng satu tangan pasti nampak handsome. Buktinya sekarang Adriano kelihatan tersangatlah macho.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...