Season 2 Bab 10

3.2K 198 18
                                    

"Apa jadi Abah?"

Kayla duduk di meja makan di sebelah Adam. Hari ini Adam kembali ke sekolah memandangkan Kayla juga akan kembali kerja. Dia tidak boleh cuti terlalu lama. Kasihan Aidan dan Liela terpaksa menguruskan semua pelanggan yang datang ke klinik mereka nanti.

"Hashim kena pukul dengan orang. Tadi kecoh dekat masjid," Encik Hassan mendengus seraya mencapai kuih karipap yang dibeli. Hi

"Kena pukul?"

"Katanya, mungkin kena pukul dengan samseng agaknya. Pak Imam jumpa dekat tepi semak. Habis bengkak muka," kata Encik Hassan seraya geleng kepala.

"Saya tak tahu lah apa nak jadi dengan Hashim tu, hari tu datang mengamuk rumah kita. Nak bagitahu Kak long pun tak boleh. Nanti melenting. Dah puas bang orang kampung ni duk mengata pasal Hashim tu ambil barang bukan-bukan. Bukannya Kak long tak.tahu," keluh Puan Heliza pula. Apa nak jadi dengan anak buahnya itu seorang.

Hashim tu dulu, dialah intan payung, dialah intan permata Kak Longnya itu tapi sejak semenjak Hashim pergi ke bandar kononnya untuk cari kerja, bergaduh pula dengan majikan kerana tidak dapat menerima teguran. Panas baran tak tentu hala. Balik kampung, bukannya hendak mencari kerja yang lain malah melepak menghabiskan duit.

"Teruk ke abah, dia kena pukul?" Kayla bertanya pula. Nak kata dia kasihan, memang tidaklah. Dia pun dipukul tanpa belas kasihan dengan Hashim.

"Tak pasti pulak abah. Dekat muka adalah lebam. Badan dia abah tak tahulah pulak. Mak long kamu tu pun tak bagitahu apa-apa," balas Encik Hassan. "Adam dah siap makan? Nanti lewat nak pergi sekolah?" Encik Hassan menoleh ke arah Adam yang ketika itu baru selesai menjamah nasi lemak.

Itulah makanan kegemaran Adam setelah balik ke Malaysia. Agaknya di Itali, Adam tak pernah makan nasi lemak. Bila cuba sekali, terus jadi makanan favourite.

"Dah," Adam sengih.

"Kalau macam tu jom," Encik Hassan terus bangun. Adam bersalam dengan Kayla dan Puan Heliza sebelum berlalu keluar dari dapur. Kayla menarik secawan teh  yang telah dihidang di atas meja. Baru sahaja bibirnya menyentuh kaca gelas itu, suara Adam kedengaran.

"Mama Kay, Zio will pick me up today,".  Setelah itu, Adam terus berlalu. Mujurlah Kayla masih belum meneguk air teh suam itu. Kalau tidak, mahu tersedak.

"Siapa Zio?"

Soalan Puan Heliza membuat Kayla telan air liur sendiri. Tidak mampu dia hendak minum air teh tadi. Takut rasa kelat tiba-tiba.

"Er- Zio tu adik kepada suami Kak Mara," kata Puan Heliza. Padahal boleh saja dia cakap Adriano  itu adalah bapa saudara kepada Adam.

Dahi Puan Heliza berkerut seribu. Ada riak keliru di wajahnya.

"Adik Lucca?" Puan Heliza bertanya untuk kepastian. Kayla angguk. Dia mencuri pandang ke arah Puan Heliza yang sedang berfikir itu.

"Dia datang sini, untuk jumpa Adam. Dia yang jaga Adam lepas Kak Mara dengan Lucca meninggal," jelas Kayla membuatkan Puan Heliza terangguk-angguk. Cuba memahami situasi. Dulu dia hanya tahu semua cerita daripada Kayla tentang siapa Adam? Apa terjadi pada Amara anak sulungnya. Namun tidaklah secara details Kayla bercerita.

"Jadi, kamu duduk dengan dia ke sepanjang kamu berada di sana?"

Serentak itu, Kayla terbatuk. Roti bakar yang ditelan tadi tiba-tiba rasa kelat. Wajah maknya yang sedang memerhati ibaratkan seorang detektif dikerling sekilas. Alamak!

"Mak, Meera rasa Meera kena pergi bersiap sekarang. Nanti lewat pulak masuk kerja," tanpa menunggu respons daripada Puan Heliza, Kayla terus melarikan diri ke bilik. Lebih baik dia tutup cerita sampai situ. Kalau tidak, mengalahkan detektif dia akan disoal oleh maknya nanti. Kus semangat.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now