Bab 37

3.1K 161 1
                                    

Satu das tembakan dilepaskan lagi. Tubuh Kayla automatik terkejut.

"Damn it," Fabio turut mengeluarkan pistolnya sebagai tanda langkah berjaga-jaga.

"Follow me,"

"Fabio, Adam?" Kayla mula panik apabila teringatkan Adam yang tinggal seorang diri di dalam bilik.

"Adam dengan Marco," kata Fabio. Kayla hembus nafas lega. Marco merupakan anak latih bawah Fabio.

Dari satu tembakan hingga ke beberapa tembakan kedengaran. Jantung Kayla mula berdetak laju. Ketika itu dia sangat rasa takut dan panik. Dia cuba bertenang untuk tidak menyusahkan lagi Fabio. Melihat Fabio yang kelihatan tenang, Kayla yakin hal ini merupakan perkara biasa baginya.

Masih kedengaran beberapa das lagi tembakan sebelum keadaan bertukar sunyi sepi.

"Kayla," suara Adriano kedengaran dari tingkat atas. Hatinya lega apabila melihat Adriano selamat. Fabio membawa Kayla menuju ke arah Adriano. Fabio mengawasi belakang Kayla untuk mengelakkan sneak attack. Apabila Kayla tiba di aras yang sama dengan Adriano. Lelaki itu mula melangkah ke arahnya. Mata Kayla membulat apabila dia melihat seorang lelaki bertopeng linkup kepala menghalakan pistol ke arah Adriano.

Adriano yang jarak dua meter daripadanya itu berjalan ke arahnya dengan tenang tidak perasan bahaya di belakang.

"Adriano, move!" Kayla merasakan seolah olah badannya bergerak sendiri. Sepantas kilat dia berlari dan menolak tubuh Adriano dengan kuat dan membuatkan mereka terjatuh disertaka dengan tembakan dua das dari lelaki bertopeng tadi. Adriano yang berada di bawahnya kelihatan terkedu sebelum dia kembali melindungi Kayla pula.

Satu lagi das tembakan dilepaskan. Daripada Fabio.

"What the hell is wrong with you Kayla?! Are you insane? Why would you jump in front of me? The bullet could hit you?!!" Adriano terus marah Kayla. Kayla yang ketika itu masih dalam keadaa terkejut bertambah panik apabila Adriano marah padanya.

"Saya pun tak tahu okay. My body just move.  Awak ingat saya tak takut ke? Tapi saya lagi rasa takut kalau peluru tu kena awak. Sebab tu- saya," Air mata Kayla mula mengalir deras. Perasaan cuak menguasai diri. Adriano yang tersedar akan perbuatannya terus kesal.

Dia terus peluk Kayla.

"Im sorry. Im sorry Heart. You must be scared. Im sorry," dia mengucup lembut dahi Kayla. Sebenarnya bukan Kayla sahaja yang takut. Dia juga. Waktu Kayla menolaknya tadi dan diselang dengan bunyi tembakan. Jantungnya bagai terhenti berdegup seketika. Tangannya yang memeluk Kayla sedikit menggigil.

Setelah pelukan dileraikan, Kayla mendongak, tangannya lembut memegang pipi Adriano.

"Are you okay? Are you hurt?" Kayla bertanya risau. Adriano pandang wajah Kayla. Ada kesan luka di dahi dan pipi isterinya itu. Tapi, Kayla masih risaukan dirinya walaupun diri sendiri tercedera.

Sekali lagi, tubuh Kayla dipeluk erat. Sangat erat sehingga Kayla dapat mendengar degupan jantung Adriano yang laju. 

"I'm fine Heart. Im fine. Thanks to you. You saved my life. But please don't do that again Kayla. You just ripped my heart out," bisiknya risau.

Adriano and Kayla calm each other down by hugging.

Massimo tiba bersama beberapa pengawal yang lain. Kelihatan mereka juga kusut masai seakan baru lepas berperang.

"Are you guys okay?" Massimo terus bertanya. Matanya meliar pada Adriano, Fabio dan Kayla untuk memeriksa keadaan mereka.

"Kami okay. Adam macam mana?" Adriano terus bertanya Massimo. Risau akan keadaan anak saudaranya itu.

"Adam selamat. Marco bawak dia ke safety room," jawab Massimo. Adriano menghela nafas panjang sebelum wajahnya berubah tegang. Tanganya yang menggengam jari jemari Kayla sejak tadi dieratkan.

"Seems like they have started the war," ujar Adriano perlahan. Massimo memandang Adriano. Wajahnya juga serius.

Suasana berubah tegang serta merta dengan keadaan serius ketika itu. Kayla juga tidak berani menyampuk memandangkan dia masih lagi terkejut dengan kejadian tadi.

"Secure the house. Place more guards," Adriano mengeluarkan arahan kepada salah seorang anak buahnya. Tanpa berlengah anak buahnya itu terus bertindak. Adriano kemudian membawa Kayla ke safety rooms di mana Adam berada.

Tiba di sana, Adam yang ketika itu dijaga oleh Marco dan beberapa orang pengawal yang lain terus meluru ke arah Adriano dan Kayla. Kayla terus menunduk untuk membenarkan Adam meluru ke dakapannya. Ubun-ubun Adam dikucup berkali kali. Lega kanak-kanak itu selamat.

"Are you okay piccolo?" Adriano duduk searas ketinggian Adam. Kepala anak saudaranya itu diusap lembut.

"Si Zio. Marco said we were playing hide and seek," Adam berkata teruja. Adriano mengerling ke arah Marco dan mengangguk kepala tanda menghargai tindakan Marco. Marco turut membalas dengan anggukan yang professional.

Dalam masa itu, telefon Adriano berdering. Adriano bangun dan berjalan ke hujung bilik itu untuk menjawab panggilan. Selang beberapa minit, Adriano melangkah kembali ke arah mereka.

"Heart, I need you to stay here with Adam. I need to go check on something. I will come and get you later okay," Adriano berkata. Kayla angguk. Lagipun dia sekarang memang tidak berani untuk keluar ke mana-mana.

"Please don't do something reckless again," Adriano berpesan. Nadanya sedikit merayu. Anak matanya merenung tepat ke anak mata Kayla.

"Okay, I will,"

"Promise me?" Adriano menggesa lagi.

"Si. I promise," Kayla meyakinkan Adriano. Adriano kelihatan seperti berat hati untuk meninggalkan Adam dan dia di situ.

"Marco-"

Marco tidak perlukan ayat yang panjang. Dia memahami apa yang ingin disampaikan oleh bossnya itu.

"Jangan risau boss. I will protect them with my life,"  marco memberi jaminan kepada Adriano.

Dengan itu Adriano terus melangkah keluar daripada safety room tersebut meninggalkan Kayla dan Adam bersama beberapa anak buahnya yang lain.

Sementara menunggu Adriano, Kayla bersembang dengan Adam untuk mengurangkan rasa gelisah di hatinya. Ketika bersembang, hatinya diserang perasaan kurang senang. Kayla mengerling ke sekeliling. Ketika itu pintu bilik keselamatan itu dibuka dari luar. Seorang lelaki melangkah masuk.

"Boss nak aku bawak puan dengan tuan muda jumpa dia," lelaki itu berkata.

Kayla melihat Marco mengerutkan dahi.

"Kau yakin? Sebab boss cakap dia akan datang sendiri untuk ambil puan," Marco bersuara. Kayla perasan lelaki yang baru masuk tadi wajahnya berubah annoyed seketika sebelum dia mengeluarkan sesuatu yang bulat dan dicampakkan ke lantai.

Marco yang menyedari situasi itu terus menjerit pada yang lain supaya menutup hidung. Namun beberapa orang yang lain telahpun terhidu bau asap tersebut dan mula tidak sedarkan diri. Marco menyumpah dan cuba sedaya upaya tahan nafas. Namun satu tembakan dilepaskan dan terkena tepat pada dada Marco. Marco terus rebah. Darah mula mengalir keluar dari mulut dan luka di dadanya.

Dalam keadaan samar-samar, Marco melihat beberapa orang bertopeng masuk ke bilik keselamatan itu dan mendekati Adam dan Kayla yang telah pun pengsan akibat gas yang dilepaskan.

"Damn you, Isaac." Isaac merupakan salah satu orang kepercayaan Marco. Tapi apakan daya, dia ditikam dari belakang.

"Adriano will kill you,"  marco berkata dengan susah payah. Isaac ketawa sinis.

"Kau dah lupa, Adriano dah tak cemarkan tangan dia. He's a coward. Buat apa aku nak side dengan orang yang jelas akan kalah," lelaki itu berkata sinis. Marco mula batuk keluarkan darah. Wajah Isaac yang sedang mentertawakannya itu dipandang dengan penuh rasa benci. Setelah mendapatkan Kayla dan Adam, Isaac dan lelaki bertopeng yang lain terus meninggalkan ruang itu.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now