Bab 17

3.1K 212 5
                                    

Kayla tersedar daripada lena apabila dia mendengar seseorang seperti mengerang kesakitan di sebelahnya. Dia mula panik. Sebaik melihat ke kirinya, Kayla melihat Adriano yang sedang mengerang dalam tidurnya. Lelaki itu kelihatan seakan kesakitan. Wajahnya berkerut. Dahinya berpeluh.

Kayla menunjal lembut bahu Adriano untuk mengejutkan lelaki itu.

"Adriano?" Namun Adriano masih tenggelam dalam mimpi buruknya.

Sekali lagi Kayla menepuk bahu Adriano. Adriano tetap tidak berganjak. Malah kesakitan yang dipamerkan di wajahnya makin bertambah. Berkali-kali Kayla tepuk Adriano, lelaki itu tetap juga tidak mahu bangun.

Kayla sudah buntu. Dia pula yang risau tengok Adriano seolah kesakitan seperti itu.

"Adriano, I'm sorry. Ini untuk kebaikan awak juga," kata Kayla sebelum dia menampar pipi Adriano dengan agak kuat.

Adriano automatik bangun dan menerkam ke arah Adriano. Matanya memerah memandang Kayla. Nafasnya naik turun.

"Adriano? Awak okay?" kayla bertanya prihatin walaupun terkejut tiba-tiba di terkam seperti itu oleh Adriano.  Dia pandang Adriano dengan riak risau.

Menyedari di hadapannya ialah Kayla, wajah Adriano yang bengis tadi perlahan-lahan berubah. Dia menguak rambutnya. Wajahnya ditekup lama. Kayla teragak-agak untuk bersuara.

"Saya minta maaf sebab tampar awak,"

"Are you okay?" Adriano sebaliknya bertanya. Ada riak risau di raut wajahnya. "Did I hurt you?" Adriano bertanya lagi. Suaranya sedikit menggigil. Kayla geleng kepala. Dia yang sepatutnya risau.

Adriano hela nafas lega. Lama mereka duduk dalam keadaan senyap. Adriano masih dalam keadaan untuk bertenang selepas mimpi buruknya. Kayla pula buntu tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

"Go to sleep," Adriano bersuara. Kayla gigit bibir. Dia sebenarnya sudah hilang rasa mengantuk.

Kayla tepuk bantal. "Awak baring di sini," dia memberi isyarat kepada Adriano dengan menepuk bantal sekali lagi. Adriano mengerutkan dahi.

"Baring sini," sekali lagi bantal ditepuk.

"Saya tak mengantuk," Adriano berkata. Kayla menjuihkan bibir. Tapi dia tidak berputus asa, dia terus tarik Adriano untuk baring ke atas bantal yang dimaksudkannya. Adriano mula menjeling ke arahnya. Baru saja Adriano ingin membantah, jari jemari Kayla bermain di kepala dan dahinya. Mengurut lembut.

"What are you doing?" Adriano bertanya. Dia rasa pelik.

"Dulu, bila saya selalu dapat mimpi buruk. Mama saya akan datang urut dahi dan kepala saya sambil cakap, mimpi buruk itu cuma mainan tidur. Apa pun kita tak boleh biarkan mimpi kita kuasai kehidupan sebenar kita. Sebab itu mimpi sekadar mimpi," Kayla mula bercerita tanpa dipinta. Adriano pula makin selesa diurut oleh Kayla.

"Kalau mimpi indah?" Adriano bertanya.

"Kalau mimpi indah pun sama.. Kita tak boleh biarkan mimpi indah tu menguasai kita tapi biar kita yang yang cuba kuasai mimpi indah itu dengn cuba untuk jadikannya realiti. Sebab kalau kita biarkan mimpi indah kuasai kita, kita akan taruh harapan yang tinggi. Sometimes, whe you put too much hope on to something, you will end up hurting," balas Kayla. Tiba-tiba teringat dulu dia pernah berharap pada sesuatu tetapi bila dia terlampau berharap, dia yang terluka di akhirnya. Sejak hari itu, dia tidak lagi meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu.

Kayla melihat mata Adriano sudah mula terpejam. Namun wajah lelaki itu sedikit berkerut seakan-akan sedang memikirkan masalah yang besar. Jari Kayla automatik mengusap kerutan di wajah Adriano.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now