Bab 16

3.1K 216 5
                                    

"Ish, sakitlah. Awak ni ikhlas ke tidak?" Kayla merungut apabila Adriano menonyohkan kapas yang telah dibasahkan dengan alkohol pada luka di pipinya.

"Nama pun alkohol, mestilah sakit. Tahan sikit. Dah besar panjang, sakit sikit macam ni pun nak merungut?" ujar Adriano membersihkan luka cakaran pada pipi Kayla.

"Semua ni salah si Alice tu lah. Ikutkan hati, saya
tarik rambut dia sampai putus. Baru puas hati," Kayla berkata geram, masih tidak puas hati dengan Alice. Suka hati nak cari pasal dengan orang yang tak bersalah.

"You are just lucky that time. If you still fight her. You will lose," Adriano berkata serius. Kayla kecilkan mata ke arah Adriano.

"Awak back up dia?" Kayla berpeluk tubuh.

"Bukan bela sesiapa. Alice tu sejak kecil lagi, dia dah biasakan diri dengan seni mempertahankan diri," balas Adriano meletakkan ubat pada luka Kayla.

Kayla mencebik. Kemudian tiba-tiba termari satu idea dalam kepalanya.

"Haa! Kalau macam tu saya nak belajar seni mempertahankan dirilah.  Nanti bila perempuan celup tu cari pasal dengan saya lagi, boleh saya karate dia," Kayla mengeluarkn ideanya. Adriano memandangnya pelik.

"Awak? Nak belajar seni mempertahankan diri?" Adriano menyoal meminta kepastian. Kayla angguk teruja.

"Lupakan," balas Adriano bangun dan menyimpan kembali first aid kit  yang telah siap diguna.

"Kenapa pulak? Sekurang-kurangnya boleh lah saya pertahankan diri saya sendiri kalau dia cuba buat apa-apa. Awak sendiri yang cakap, banyak lagi event saya kena ikut awak dan saya yakin, Alice pasti ada sekali sebab di mana ada awak di situ ada perempuan celup tu," kata Kayla cuba mengukuhkan alasannya untuk belajar seni mempertahankan diri.  Tapi sebenarnya, dia teringin juga cuba belajar.

Adriano memandangnya sambil berpeluk tubuh.

"You will regret it," kata Adriano yakin.

Ketika itu juga,pintu bilik diketuk. Doktor peribadi keluarga Adriano sudah tiba untuk memeriksa kaki Kayla. Kayla disarankan untuk berehat selama 3 hari untuk bagi peluang pada kakinya untuk sembuh seperti biasa.

Seminggu berlalu......

hujung minggu kebiasaannya, Kayla akan ambil masa sekejap untuk rehat pada waktu pagi selepas subuh sebelum dia turun untuk berjumpa dengan Adam. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, sebiji bantal lembut hinggap ke atasnya.

"Adriano!" Kayla marah lalu bangun. Adriano ketika itu sedang bersiap untuk berjumpa dengan clientnya.

"Bangun,"

"Bagi saya rehat jap," Kayla kembali meletakkan kepala ke atas bantal empuk itu.

"Bukan ke awak kata nak belajar seni mempertahankan diri? I have already ask a trainer to teach you. Pergi sekarang," kata Adriano. Kayla bangun dengan teruja.

"Betul ke?" Kayla bertanya dengan wajah dan rambut yang berserabai.

"Ya. Nanti awak terus pergi ke gym dekat tingkat bawah," pesan Adriano. Kayla bangun turun dari katil dengan teruja dan terus segar.

USAI mengenakan pakaian yang sesuai untuk ke gym, Kayla terus menuju ke sana. Pintu gym ditolak, dia mengintai untuk cuba tengok trainer yang dimaksudkan oleh Adriano. Matanya jatuh pada Fabio dan seorang lelaki yang berada di tepi gelanggang. Dia masuk dengan dahi yang berkerut.

"Fabio?"

Fabio yang sedang bercakap dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu berpaling ke arahnya. Dia bagitahu sesuatu pada lelaki itu sebelum lelaki itu beredar.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now