Bab 7

3.1K 218 17
                                    

Kayla mundar mandir di dalam bilik sehinggakan Adam yang melihatnya turut pening.

"Mama. Are you okay?" Adam bertanya dengan suara kecilnya. Kayla menoleh ke arah Adam. Lama dia pandang Adam sambil berfikir.

"Adam. Pernah main gelongsor air tak?" 

Isabel yang berada di situ masih setia menjadi pakar terjemahan mereka sehingga Adam fasih berbahasa Inggeris ataupun sehingga Kayla fasih berbahasa Itali.

Adam menggeleng.

"Uncle tak bagi Adam pergi tempat yang ramai orang," Adam berkata dengan nada sedih. Kayla turut bersimpati dengan nasib Adam. Dia tidak tahu kenapa Adriano terlampau melindungi Adam, tapi apa yang Kayla tahu keluarga Adriano bukan keluarga biasa-biasa.

"Adam nak main?"

"Can i?" Adam bertanya dengan nada suara penuh berharap.

"Of course," Kayla berkata dengan yakin. Isabel memandang Kayla dengan padangan ragu.

"Signora. Saya rasa itu bukan idea yang baik. Capo akan naik angin kalau signora dengan Adam keluar tanpa kebenaran," kata Isabel risau. Dia kenal Adriano. Kalau dia marah, memang satu mansion kecut perut. 

"Jangan risau Isabel. I'm not bringing Adam out. I will bring the fun to him," Kayla ukir senyuman penuh makna mendalam Melihat senyuman Kayla itu, membuatkan Isabel makin ragu. Apalah yang berada dalam fikiran Kayla ketika itu?

"Ada nampak Massimo?" Kayla bertanya. Isabel angkat kening. Namun tetap menjawab pertanyaan Kayla.

"Bilik study dia,"

Tanpa berlengah, Kayla terus melangkah menuju ke bilik study Massimo yang terletak berhadapan dengan bilik pejabat utama milik Adriano.  Pintu bilik study itu diketuk.

"Masuk".

Kayla menjengulkan kepalanya ke dalam bilik study itu. Massimo mendongak. Senyuman terus dilemparkan kepada Kayla. Salah satu sebab Kayla lebih suka Massimo berbanding Adriano. Massimo lansung tak lokek senyuman.

"Bellisima. Anything you need?" Massimo bertanya sebelum menutup kembali fail yang ditelitinya tadi dan diletakkan ke dalam laci.

"Yes. I need to purchase something. Saya nak minta tolong awak. Adriano cakap saya boleh beli apa-apa je asalkan saya dan Adam tak keluar," katanya melangkah masuk ke bilik study yang kelihatan antic itu. Antic tapi masih nampak mewah.

"Of course. Sekejap," Massimo menekan sesuatu pada laptopnya sebelum meletakkan laptopnya di hadapan Kayla.

"Dalam apps tu awak boleh cari apa sahaja yang awak nak. Saya dah setting dalam bahasa inggeris. Just tekan purchase sebab saya dah secure dengan one of Adriano's card and adress." jelas Massimo. Kayla terus taip apa yang diinginkan. Melebar senyumannya apabila melihat barang yang diingininya ada di laman web itu.

"Mind to tell me, what did you purchase?" Massimo cuba mengorek apabila melihat riak wajah teruja Kayla.

Kayla ukir senyum penuh misteri ke arah Massimo.

"Nanti awak akan tahu.,," kata Kayla. "Jangan tengok dulu. Nanti spoil," sempat Kayla memberi warning. Massimo kerutkan dahi.

"I'm quite scared," Massimo berterus terang. Takut bukan apa, takut sebab tak pasal pasal nanti Adriano mengamuk kalau wanita itu beli perkara yang bukan-bukan.

"Jangan risau. Trust me," kayla sengih.

BEBERAPA HARI kemudian, rumah agam itu gempar. Massimo yang sedang menikmati minum petangnya, disapa oleh Fabio yang datang secara tiba-tiba kepadanya diruang makan. Walaupun riak wajah Fabio expresionless, akan tetapi Massimo dapat membaca matanya.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now