Adriano kembali ke meja setelah panggilan selesai dan sedikit gelisah apabila melihat meja yang sepatutnya diduduki oleh Kayla tadi telah kosong. Tepukan di bahunya membuatkan Adriano automatik menoleh. Fabio. Fabio membisikkan sesuatu pada Adriano. Riak wajah Adriano terus bertukar emotionless. Giginya diketap.
Segelas air yang berada di atas meja di ambil. Bersama segelas air itu, Adriano menuju ke arah satu meja yang terletak jauh sedikit dari meja VVIP. Seorang wanita berpakaian dress merah menjadi sasarannya. Wanita itu kelihatan seronok bergelak ketawa tidak tahu Adriano sedang menuju ke arahnya.
Sebaik dia berdiri di belakang kerusi wanita tersebut. Adriano dengan selamba menuangkan segala isi air yang berada di dalam gelas yang dipegangnya ke atas perempuan itu. wanita itu terus menjerit dan berpusing dengan marah. Baru sahaja dia ingin buka mulut untuk menghamburkan kata sumpah seranah, bibirnya automatik terkunci rapat apabila melihat Adriano.
"Opss, sorry Miss Henderson. My hand slipped,"Adriano berkata dengan pandangan kosong. Fabio yang berdiri di belakang Adriano turut mengukir senyum sinis.
"Mr. Adriano," wanita itu menunduk takut untuk melawan pandangan Adriano. Bukan itu sahaja, rata-rata tetamu yang hadir juga sekadar berdiam diri memandangkan tiada siapa berani untuk melawan Adriano.
"Miss Henderson, do you hate your job that much?" Adriano bertanya dingin. Wanita itu terus mendongak. Matanya jelas terselit perasaan cuak.
"Mr. Adriano. I'm sorry. Sebenarnya ni semua salah faham," kalut wanita itu membela diri. Adriano ketawa sinis.
"Salah faham?" Laju wanita itu angguk kepala cuba menyakinkan Adriano.
"Is it true Fabio?" Adriano bertanya pada Fabio pula. Namun apapun jawapan Fabio, Adriano sudah tekad untuk bagi pengajaran kepada wanita di hadapannya itu.
"Nah. I don't think so," Fabio menjongketkan kening dengan pandangan sinis ke arah Miss Henderson.
"Miss Henderson. This is a warning. So you better listen carefully. Do. Not. Ever. Show. Your. Face. In. Front. Of. Me. Ever. Again," Adriano memberi amaran kerasa. Wajahnya sedingin ais.
"Mr. Adriano, please," wanita itu cuba merayu. Tapi nasi sudah menjadi bubur. Adriano bukan seorang yang mudah memaafkan. Adriano memberi isyarat kepada Fabio untuk memanggil security. Dengan menggunakan device yang tersedia, Fabio terus memanggil sekuriti. Adriano dan Fabio tidak menghiraukan rayuan dan tangisan Miss Henderson. Adriano kembali ke meja berniat untuk menyapa beberapa tetamu sebelum ke Suite untuk berjumpa dengan Kayla.
***
Ketika sedang berbual sambil makan bersama ahli rakan kongsi yang lain, Adriano tiba-tiba rasakan badannya panas dan mula berpeluh. Melihat situasinya sekarang Adriano sempat menyumpah diri sendiri kerana cuai. Dia pasti ada orang telah meletakkan sesuatu ke dalam minumannya. Adriano mengetap gigi sebelum meminta diri kepada para tetamu.
Adriano terus menelefon Massimo yang turut berada di majlis makan malam ni. Jantungnya sudah mula memainkan detak yang laju. Peluh juga sudah mula timbul di dahinya walaupun tempat itu dikelilingi dengan aircond yang sejuk.
"Damn it," Adriano mencelah di sebalik orang ramai itu. Tak lama kemudian Massimo muncul di sebalik orang ramai.
"Apa jadi?" Massimo terus bertanya apabila melihat wajah Adriano yang berkerut itu.
"aphrodisiac," gumam Adriano menahan kesan dadah yang diberikan padanya. Dia yakin ubat yang diletakkan di dalam airnya sangat kuat.
"Kalau macam tu, kau pergi jumpa Kayla," kata Massimo. Adriano menjeling tajam mendengar cadangan Massimo.
"Are you mad?! Kau nak aku jumpa dia dalam keadaan aku macam ni?" Adriano marah. Badannya mula rasa panas yang terlampau. Kot yang dipakai dibuang dan dihulurkan pada Massimo.
"Habistu? Kau nak aku panggilkan mana-mana perempuan untuk kau sekarang?" Massimo bertanya frust. Sekali lagi pandangan Adriano bertukar maut.
"Sebelum aku tanam kau hidup-hidup baik kau diam," Adriano mengetap gigi. Massimo diam seketika. Berfikir. Namun belum sempat Massimo berkata sesuatu, Adriano terlebih dahulu jatuh tersungkur ke lantai. Cepat-cepat Massimo menapung kawannya itu.
**
Kayla yang sedang leka bermain telefon, bergegas bangun sebaik bunyi loceng pintu suite berbunyi. Kayla mengintai gerangan yang membunyikan loceng, tiada sesiapa. Kayla kerutkan dahi. Kayla dengan hati-hati buka pintu. Hampir sahaja dia menjerit terkejut apabila sekujur tubuh Adriano duduk di hadapan pintu.Kayla cuba mengejutkan Adriano yang kelihatan lena itu namun tidak berhasil. Dengan sepenuh kudrat, Kayla cuba memapah Adriano menuju masuk ke suite dan ke bilik. Selamat Adriano di atas katil, Kayla termengah-mengah. Ketika itu juga, telefonnya berdering. Panggilan dari Massimo.
"Bellissime, listen. I need to tell you something,"
***
Adriano bangun dengan badannya yang sedikit berpeluh. Dia mengerang menahan kesan ubat yang masih belum hilang. Pandangan dihalakan ke sekeliling kawasan dia berada. Di dalam bilik. Ketika itu, pintu bilik tersebut dibuka dari luar. Kayla menjengulkan kepala. Apabila melihat Adriano sudah sedar, Kayla terus bergegas ke arah Adriano.
Namun Adriano pantas bangun dan menghalang Kayla.
"Stop right there," laju Adriano halang. Dia dapat rasakan kesan ubat kembali menyerang. Adriano mengetap gigi.
Kayla buat tak endah amaran Adriano.
"Heart, please stay away from me. I can't think properly right now," ujar Adriano sedaya upaya melawan ubat yang mula menguasai diri. Urat di dahinya mula kelihatan.
"Saya tahu. Massimo bagitahu saya," kata Kayla berdiri 1 meter jauh daripada Adriano kerana lelaki itu semakin menjauhkan diri daripadanya.
Adriano menyumpah Massimo. Melihat Adriano sedang bertarung sendiri melawan kesan aphrosidiac, Kayla perlahan-lahan mendekat.
"Kayla please. I'm a man," Adriano memberi amaran lagi. Kayla menelan air liur. Dia tahu apa kesan ubat itu pada Adriano dan dia juga tahu apa akan berlaku sekiranya dia semakin mendekat dengan Adriano.
"Dan saya isteri awak," balas Kayla merenung ke arah Adriano. Adriano pejam mata. Lama.
"Adriano," akhirnya Kayla berdiri betul-betul di hadapan Adriano. Adriano telan air liur. Dia dapat rasakan dirinya semakin hilang pertimbangan lebih-lebih lagi dia dapat mencium haruman dari badan Kayla.
"Kayla, I really can't hold back anymore," Adriano mengetap gigi.
Tangan Kayla mendarat di kedua dua belah pipi Adriano.
"It's okay," bisiknya lembut. Adriano telan air liur. Pandangannya semakin redup memandang Kayla.
"This is the last time heart. Are you sure?" Adrino bertanya. Pandangan redup dan mengodanya menembusi anak mata Kayla. Kayla bagaikan dipukau oleh panahan anak mata soft brown Adriano. Kayla angguk, dia turut membalas pandangan Adriano. Tangannya dilingkarkan di leher Adriano. Adriano pula terus memautkan lengannya di pinggang Kayla dan terus merapatkan bibir mereka. Maka malam itu, Kayla telah sempurna menjadi isteri kepada Adriano.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...