Season 2 Bab 11

2.1K 158 6
                                    

Kayla menghela nafas lega sebaik sahaja waktu makan tengah hari tiba. Hari ini berpusu-pusu orang datang ke klinik untuk buat pemeriksaan gigi. Ada juga dia penat kerana hendak melayan kerenah kanak-kanak yang takutkan doktor gigi. Akan tetapi Kayla mengerti, kerana seperti itulah dia semasa kecil dahulu. Takutkan doktor gigi.

"Meera, jom lunch," Liela dan Aidan sudah terjengul di hadapan pintu pejabatnya. Kayla terus mencapai beg tangannya. Entah mengapa, dia rasakan seakan telah melupakan sesuatu yang penting.

Kayla, Liela dan Aidan terus mengatur langkah keluar dari klinik. Sebaik keluar, kaki Kayla tergam di depan pintu apabila melihat sesusuk tubuh berkaca mata hitam berdiri di parking kereta di bersebelahan jalan di hadapannya. Kayla rasa hendak tampar diri sendiri ketika itu.

"Kenapa?" Liela yang nampak dia seperti patung cendana bertanya. Dari jauh dia melihat Adriano mula mengatur langkah ke arah mereka. Kalau Liela dan Aidan berjumpa dengan Adriano, pasti timbul banyak persoalan.

"Er- korang. Aku rasa aku tak dapat lunch dengan korang lah hari ni. Aku dah ada janji," ujar Kayla. Belum sempat Liela tanya banyak, Kayla angkat kaki menuju ke arah Adriano terlebih dahulu. Liela menjerit panggil nama Kayla.

"Siapa tu?" Liela tanya Aidan. Dahinya berkerut apabila melihat seorang lelaki membukakan pintu kereta untuk Kayla.

Aidan diam tidak membalas. Hatinya lahir sedikit perasaan kecewa. Liela dan Aidan bergerak satu kereta menuju ke kafe yang selalu dikunjungi oleh mereka bertiga. Sepanjang perjalanan Aidan hanya diam. Liela yang perasan dengan suasana itu sesekali mengerling ke arah Aidan melalui ekor matanya.

Tiba di Kafe, Liela dan Aidan terus memesan makanan.

"Liela," Aidan barulah bersuara. Liela angkat kepala.

"Kau rasa itu boyfriend Meera ke?" Mendengar soalan daripada Aidan itu membuatkan Liela lebih yakin hati Aidan kecewa sebaik melihat Kayla dengan lelaki lain tadi. Bukannya Liela buta tidak dapat menilai bahawa Aidan menyimpan perasaan pada Kayla. Namun seperti biasalah, Kayla pula tidak pernah anggap Aidan lebih daripada seorang kawan.

"Hmm. Aku pun tak reti nak cakap. Meera tak ada pulak bagitahu aku tentang boyfriend ke apa. Aku tak cam pulak lelaki tadi tu tapi yang aku tahu tu memang lelaki lah," ujar Liela sempat lagi berseloroh. Aidan dilihat seperti menarik muncung.

"Kenapa kau tanya?" Liela bertindak untuk mengorek. Apa salahnya dia korek dari Aidan walaupun dia sebenarnya sudah nampak. Aidan kelihatan teragak-agak untuk memberitahunya.

"Aku sebe-"

"Liela," satu suara lelaki menyampuk. Liela ketap bibir. Ada juga yang nak makan penampar. Orang tengah syok-syok cungkil rahsia boleh pula potong jalan. Liela yang rasa tak puas hati menoleh ke arah suara itu.

Pandangannya jatuh pada seraut wajah yang pernah menjadi kegilaannya suatu saat dulu. Raut wajahnya terus bertukar dingin.

"Hafiz," mendengar suara dingin Liela, wajah Hafiz berubah sedikit. Tapi cepat-cepat lelaki itu selindungkan wajah kecewanya.

"Liela, kenapa you tak angkat call I?" Hafiz bertanya kelihatan desperate.  Liela ketap gigi. Kenapalah susah sangat lelaki di hadapannya ini hendak menerima kenyataan. 

"Kau tak payah tanya aku lah kenapa tak jawab panggilan kau. Kau ni manusia ke batu? Aku dah block kau, jadi tak payah nak susah payah telefon aku lagi," Liela berkata keras sambil berpeluk tubuh. Aidan yang ketika itu berada di tengah-tengah antara Hafiz dan Liela telan air liur kerana tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Liela, bagilah I explain dulu. I betul-betul cintakan you," Hafiz merayu. Liela hampir ketawa di situ. Cinta?

"Aku dah muaklah dengan cinta kau tu Hafiz. Lebih baik kau balik jaga anak dengan bini kau," Liela berkata dengan marah. Aidan di hadapannya tayang riak terkejut. Hafiz sudah kahwin? 

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now