Bab 22

3K 184 0
                                    

Kayla yang sedang berbual dengan Isabel terkejut apabila pintu rumah agam itu ditolak daripada luar dengan kasar dan kuat. Isabel pula pantas bangun apabila Fabio muncul di ruang tamu dengan riak wajah yang panik dan baju berlumuran darah.

Tanpa disuruh, Isabel terus bergegas membututi Fabio yang melangkah jauh ke dalam rumah agam itu. Kayla pula terpaku di tempat duduknya. Tidak lama kemudian, Massimo masuk bersama dua lagi lelaki, kelihatan sedang memapah seseorang. Kayla masih tidak dapat mengecam lelaki yang di papah oleh Massimo itu. Namun, sebaik terpandangkan cincin di jari manis lelaki itu, Kayla akhirnya dapat mengecam siapa yang tidak sedarkan diri itu. Adriano.

"Massimo, what's wrong with Adriano?" Kayla panik apabila melihat wajah Adriano yang kelihatan pucat dan berkerut menahan sakit.

"Signora, calm down. Let them treat Capo first," Isabela yang entah bila kembali di ruang tamu itu berkata. Kayla melemparkan pandangan tergamam ke arah Isabel. Massimo dan yang lain terus membawa Adriano masuk ke satu bilik di dalam rumah agam itu.

"Treat? Kenapa tak bawak Adriano pergi hospital?" Kayla bertanya cemas. Melihat dari gaya Adriano cedera tadi, dia yakin Adriano patut di bawa ke hospital.

"Don't worry Signora,we have many specialist and the best equipment to treat Capo. Even better than the hospital," Isabel masih cuba meyakinkan Kayla. Namun Kayla masih ragu-ragu. Apa yang terbaiknya kalau tak bawak pergi hospital.

"I need to know his condition," ujar Kayla dan terus melangkah menuju ke arah Massimo membawa Adriano tadi. Isabel di belakangnya.

Tiba di hadapan bilik yang tidak pernah dijejakinya, Kayla menghampiri Massimo yang sedang bercakap dengan Fabio. Riak wajah mereka serius. Menyedari kehadirannya, riak wajah tegang Massimo tadi terus berubah, manakala Fabio tetap dengan wajah stoicnya.

"Bellissima, you must be worried," Massimo berkata. Kayla pandang Massimo.

"Macam mana dengan Adriano?" Kayla sebaliknya bertanya. Massimo diam seketika sebelum dia membuka mulut untuk berterus terang.

"He's been shot,"

Mata Kayla terus terbuka luas mendengar penyataan Massimo. Wajahnya terus bertukar risau.

"But he's fine. He has been through a lot worse than this," kata Massimo dengan senyuman kecil. Walaupun kata-kata Massimo itu seakan untuk memujuknya namun, hati Kayla tiba-tiba terasa bagaikan dihiris tajam. Maksudnya, apa yang dilalui Adriano sekarang masih kurang teruk ? Jadi apa yang telah dilalui oleh Adriano selama ini? Adakah itu penyebab mimpi buruk Adriano selma ini. Air mata mula bergenang di kolam mata.

"Don't cry Bellisima. Percayalah, Adriano tak kan apa-apa. He's strong. Trust me," Massimo memujuk lembut. Kayla pantas mengesat air matanya yang entah bila tumpah.

Kayla sekadar diam. Tak lama selepas itu, beberap orang lelaki berpakaian kot putih melangkah keluar dari bilik tersebut. Dengan sekali angguk, Massimo paham apa yang cuba disampaikan oleh mereka.

"Go in. Pergi jumpa dia," Massimo berkata kepada Kayla. Kayla kelihatan teragak-agak. Akan tetapi perasaan untuk melihat dan memastikan sendiri keadaan Adriano membuak-buak. Pintu bilik rawatan itu ditolak. Dia melihat Adriano sedang berbarin tenang di atas katil seolah olah dia tidak kelihatan seperti pesakit yang baru lepas ditempat.

Melihat dia, wajah Adriano berubah serius.

"What are you doing here?" Adriano bertanya dengan nada serius. Kayla menelan air liur mendengar nada suara Adriano itu. Dia tetap gagahkan jua melangkah mendekati Adriano yang sedang berbaring di atas katil.

"Kayla. Saya tanya awak apa awak buat dekat sini?" Adriano bertanya lagi. Nada suaranya masih sama.

"Awak betul-betul okay?" Kayla akhirnya bersuara. Suaranya seakan-akan terlekat dikerongkong. Adriano sedikit terkejut dengan pertanyaan Kayla namin dia tetap keraskan riak wajahnya.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now