Bab 8

3.3K 220 4
                                    

Kayla, Massimo dan Fabio masing-masing senyap berdiri di hadapan Adriano yang sedang merenung tajam ke arah mereka bertiga. Adam pula ditinggalkan di bawah jagaan Isabel sementara Kayla menghadap boss besar.

"Anyone care to explain?" Adriano menyoal. Kaki kanan disilangkan. Kayla pandang Massimo yang kelihatan tenang di sebelahnya. Kemudian dia pandang pula Fabio yang sedari tadi dengan muka expresionless. Masing-masing diam.

"Emm. Boss," terus pandangan tajam Adriano jatuh pada Kayla. Adriano angkat kening.

"Boss yang cakap, boss tak bagi saya dengan Adam keluar. Maksudnya kami takboleh nak pergi berseronok dekat taman tema and so on," sambung Kayla. Adriano buat muka annoyed.

"Habistu, awak bawak taman tema tu ke sini?" Adriano memerli.

"Ha! Betul boss," kayla berkata teruja. Sekali kena bidas lagi dengan pandangan maut Adriano. Terus Kayla tutup mulut. Adriano urut dahi. Pening kepala. Pada awalnya dia pelik apabila menerima notifikasi daripada bank 4000+ euro digunakan dari akaunnya.

Dia fikir Massimo gunakan untuk dirinya sendiri namun bila dia ingat kembali, Massimo ada kadnya sendiri. Rupanya, Kayla beli floating playground hampir sebesar kawasan belakang rumah agamnya untuk Adam.

"Are you dumb?" Adriano tiba-tiba bertanya. Kayla mengecilkan mata ke arah Massimo apabila dipanggil bodoh.

"No, I'm not!"

"Habistu kenapa awak beli playground sebesar tu. Tak baca description dulu ke sebelum purchase?" Adriano bertanya lagi. Kali ini Kayla garu kepala. Kalau yang itu memang salah dia. Dia lansung tak tengok berapa ukuran playground yang dibeli. Dia main tekan dan terus purchase. Senang.

"Sorry," Kayla tayang muka bersalah. Adriano terus buat muka annoyed.

"Fabio, go and cleanup first," Adriano memberi arahan kepada Fabio. Fabio tak banyak cakap, terus angguk sekali dan melangkah pergi.

Adriano alihkan pula pandangannya ke arah Massimo. Massimo terus angkat kedua belah tangannya.

"Aku tak salah apa-apa. Kau sendiri yang benarkan bellisima beli apa-apa sahaja asalkan dia dan Adam tak keluar daripada rumah ni," Massimo terus membela diri. Kayla sempat berterima kasih pada Massimo kerana telah menjadi pembela kepadanya juga dalam pada masa yang sama.

Adriano menghela nafas kasar.

"You!" Adriano tunjuk ke arah Kayla dengan isyarat mata.

Kayla kelipkan mata. Kening diangkat.

"Make sure benda tu dah tak ada di kawasan rumah ni by today," Adriano memberi arahan kepadanya pula. Kayla buat muka terkejut.

"Boss! Are you serius? Membazir lah nanti," tingkah Kayla tidak bersetuju. Baru sehari Adam dapat main di playground itu.

"Awak nampak saya kisah ke?" Adriano menyoal semula.

Kayla buat muka geram.

"Seminggu. Sekurang-kurangnya bagi seminggu untuk Adam main," Kayla buat muka merayu. Dia kelipkan matanya berkali-kali. Adriano pandang Kayla dengan pandangan jengkel. Wanita itu memang suka menguji kesabarannya.

"Boss cuba fikir, Adam baru saja dapat main dengan happy hari ni. Esok kalau dia nak main lagi, kesian dia kalau dia tengok playground dia dah hilang. Boss tak kesian dekat Adam ke?" Kayla buat muka kesian. Nada suaranya dibuat-buat sedih.
Adriano diam. Dia hanya pandang Kayla dengan pandangan kosong. Kayla kemudian mengerling ke arah Massimo. Dia beri isyarat mata kepada Massimo untuk menolongnya.

Namun, Massimo sekadar menghantar senyuman tidak bersalah ke arah Kayla. Kayla mencebik.

"Boss, saya yakin Adam akan rasa bosan lepas seminggu main. Bagi seminggu ya boss?" Kayla merayu lagi.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now