"Bellissima,"
Kayla menoleh saat Massimo memanggilanya. Hanya Massimo sahaja yang memanggilnya dengan gelaran tersebut. Ketika itu mereka bangun untuk mendapatkan pencuci mulut yang disediakan.
"Apa yang awak nak Massimo? Macam mana awak kenal Liela? Is this some kind of stupid plan between you and Adriano?" Kayla berpeluk tubuh memandang Massimo. Keningnya diangkat. Dia mahukan penjelasan. Dia tidak suka kalau Massimo mempergunakan Liela.
"No. God Bellisima. Saya takkan buat macam tu pada Liela. Kami jumpa secara tak sengaja. I swear, I do not know you and her are friends," jelas Massimo berterus terang. Kayla ketap gigi. Dia tilik raut wajah lelaki di hadapannya itu. Cuba mencari kebenaran. Wajah Massimo menunjukkan dia betul-betul jujur. Kayla menghela nafas lemah.
"Kenapa awak dan Adriano datang Malaysia?" Kayla bertanya secara terus. Walaupun dia kelihatan seperti tidak peduli dengan kehadiran Adriano, hakikatnya dia ingin tahu kenapa lelaki itu berada di Malaysia.
"He -"
"Meera? Massimo?" suara Liela di belakang membuatkan Kayla dan Massimo terus ubah riak di wajah mereka. Kayla masih belum bersedia untuk menceritakan hal sebenar pada Liela. Liela angkat kening seolah-olah dia curiga dengan Liela dan Massimo.
"He's a nice guy," ujar Kayla sebelum melangkah ke meja yang dipenuhi oleh pencuci mulut. Liela kemudiannya pandang Massimo.
"Want dessert?" Massimo memawar. Liela sekadar berpeluk tubuh.
"Meera ada tanya apa-apa?" Liela bertanya. Massimo geleng kepala.
"Kenapa?"
Liela hela nafas lemah. Dahinya diurut lembut.
"Saya belum sempat bagitahu dia pasal plan kita. By the way, thank you so much for today Massimo. Kalau tak ada awak, saya tak tahulah macam mana nak jawab dekat Suria dan Emelda. Terima kasih jugak sebab dah tolong kawan saya sekali," Liela berkata ikhlas. Sesungguhnya kalau Massimo tidak menyamar sebagai teman lelakinya, dia pasti diasak lagi dengan Emelda dan Suria.
"Nah! It's nothing," Massimo balas dengan senyuman manis. Kacak sungguh si Massimo. Sempat lagi hati Liela memuji.
"Kalau awak perlukan service lagi, just tell me," sambung Massimo lagi dengan kenyitan mata. Liela ketawa kecil.
"I will. Oh ! Sebelum saya terlupa," kening Massimo bertaut saat Liela mencari sesuatu dari beg tangannya. Beberapa saat kemudian, Liela mengeluarkan telefon pintarnya dari beg.
"Bagi nombor awak," Liela menghulurkan telefonnya kepada Massimo. Massimo angkat kening sedikit terkejut.
"Saya dah janji nak belanja awak sebab awak dah tolong saya hari ni," jelas Liela. Menyedari apa yang dimaksudkan oleh Liela, Massimo ketawa kecil. Dia segera menaip nombornya di telefon gadis itu dan menekal butang hijau pada skrin. Beberapa deringan, telefonnya berbunyi.
"I've got your number too," Massimo tunjuk skrin telefonnya yang tertera nombor Liela.
"Smooth," Liela bercanda seraya kenyit mata. Bibir Massimo automatik mengukir senyuman lebar.
SETELAH Massimo pulang, Kayla terus berpusing ke arah Liela. Dia berpeluk tubuh memandang kawan baiknya itu. Liela sengih dengan riak wajah yang serba salah.
"Kau tak cakap pun dengan aku yang kau ada boyfriend baru? Explain," Kayla tayang muka serius sambil berpeluk tubuh. Liela memberi isyarat pada Kayla agar kawannya itu tunduk sedikit. Kayla hairan tapi dia tetap tundukkan sedikit kepalanya.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...