Adriano tidak berkelip memandang Fabio di hadapannya. Dia sepertinya baru sahaja dengar berita yang mengejutkan daripada kawan merangkap orang kirinya itu.
"Kau yakin?" Adriano bertanya kepastian kerana hal yang disebutkan oleh Fabio tadi bukan hal main-main.
"Aku yakin," balas Fabio dengan tekad dan muktamad.
"Bila kau masuk Islam, kau kena tinggal banyak benda yang kita pernah buat," Adriano menduga lagi, niatnya bukan untuk mengoyahkan pegangan Fabio tapi untuk pastikan Fabio tahu apa yang perlu ditinggalkan sekiranya kawannya itu masuk Islam.
"Kau boleh buat. Kenapa tidak aku? Lagipun, kau sendiri yang cakap kita akan keluar dari dunia gelap ni. Sooner or later. Lagipun, sejak kau masuk Islam, kau dah banyak tukarkan law baru dalam organisasi kita. Taking people life as a bug. You stop doing that too. Banyak benda kau dah ubah," jelas Fabio. Adriano akui kalau dulu organisasi mereka sama kejam dengan organisasi mafia yang lain. Tapi kini Adriano kurangkan selagi termampu. Sudah beberapa tahun juga, tangan Adriano tidak dibasahi oleh darah manusia.
Adriano diam.
"Nanti aku akan uruskan. Petang nanti aku bawak kau pergi ke tempat Luca dan aku pergi," balas Adriano. Entah kenapa hatinya senang apabila Fabio menyatakan hasratnya itu.
"Alright,"
Fabio mula melangkah keluar, namun seketika dia berada di pintu, dia menoleh kembali ke arah Adriano. Adriano angkat kening.
"Dulu aku pernah rasa kita tak ada harapan untuk keluar dari dunia gelap ni. Tapi aku percaya, kau akan jumpa kebahagiaan kau. Dino takkan menang selamanya. Dia takkan terlepas dengan apa yang dia dah buat pada kau, Luca, Massimo dan Amara. Sebab Allah itu maha Adil," dengan itu Fabio terus berlalu. Itu kali pertama, Fabio memberi nasihat yang panjang sebegitu kepadanya.
Adriano tidak dinafikan kata-kata Fabio itu menyentuh hatinya. Ditambah lagi dengan kata-kata Kayla beberapa hari yang lalu. Timbul satu harapan yang tidak pernah muncul di dalam hati Adriano ketika itu.
Pintu bilik diketuk sebelum Massimo melangkah masuk.
"Budak budak Dino dah mula bergerak," Massimo terus memaklumkan pada Adriano. Wajah Adriano terus berubah serius. Dahinya berkerut apabila melihat beberapa konco Dino membuat kecoh dan mencederakan orang di kawasan bawah perlindungan mereka.
"Send help. bagitahu semua yang bertanggungjawab jaga kawasan tu supaya berhati-hati dan bersiap sedia. Aku kenal Dino. He and violence can never be separated,"
"Noted,"
"Alessandro called. He said he's ready when we are ready,"
"Good, macam mana dengan tempat perlindungan yang aku minta kau sediakan?" tanya Adriano lagi.
"Settle."
***
"Assalamualaikum,"
Kayla memberi salam sebelum menjengulkan wajah ke dalam bilik Adam. Adam menyapanya dengan gembira.
"Mama," Adam terus bangun dari aktiviti mewarnanya dan berlari menuju ke arah Kayla yang berjalan masuk ke bilik.
"Adam tengah melukis ke?" tanya Kayla duduk bersila bersama Adam di atas karpet yang tebal itu.
"Yes. I'm drawing a kitten,_" balas Adam ceria. Kayla ukir senyum. Dia melihat lukisan Adam yang hampir siap separuh.
Kayla kemudian terjebak sekali duduk melukis sambil berborak kosong dengan anak kecil itu. Setelah siap, Kayla membantu Adam mengemas biliknya yang bersepah dengan alat mewarna dan kertas.
Tiba di satu almari, Kayla terpanggil untuk menarik satu gambar yang telah dibingkaikan dan terletak elok di atas almari itu.
"Mama, what are you looking at?" Adam bertanya dengan suara kecilnya.
Mata Kayla tertacap pada gambar yang dibingkaikan cantik di atas almari. Selama ini dia tidak perasan pula gambar keluarga yang berada di situ.
"I'm looking at your family photo," kata Kayla.
"This is your mama right?' Kayla bertanya. Dia duduk di sebelah Adam. Adam angguk laju.
"Si. She is my real mama. But you are my mama too,"
Kayla pandang kanak-kanak itu. Ya Allah, rupanya Adam tahu bahawa Kayla bukan mama sebenarnya. Melihat gambar itu, hati Kayla lagi dipanah perasaan sedih. Air matanya terus mengalir. Gambar itu ditekapkan ke dadanya. Hatinya bagaikan retak ketika itu. Jadi dia tidak dapat menahan perasaan dan air matanya dari mengalir.
"Mama, why are you crying?" Adam juga turut sedih apabila melihat Kayla menitiskan air mata.
"Please don't cry mama. I love you too. Even ,. i love my real mama. I love you too, because you make me and Zio happy mama,_
Air mata Kayla makin laju menitis. Tubuh kecil Adam didakap erat. Anak kecil itu di peluk lama sehingga tangisannya reda. Manakala Adam pula sabar memujuknya.
"Don't cry mama," tak putus-putus ayat pujukan itu keluar dari bibir Adam sehinggalah dia tenang.
"Please don't cry." ujar Adam cuba mengelap air mata Kayla. Kayla ketawa kecil. Tersentuh dengan tindakan itu.
"Do you miss your mama?" Kayla bertanya. Anak kecil dihadapannya itu di pandang dengan pandangan lembut.
"Si. But I'm okay. Cause Zio said Mama is safe right now," balas Adam. Kayla ukir senyum kelat. Kuatnya Adam.
"I'm sure she misses you too," kata Kayla sekali lagi menarik Adam ke dakapannya. Ubun-ubun kanak-kanak itu dicium lama.
***
Seminggu kemudian....
"Signora, Adam dah tidur," Isabel tiba dan memaklumkan pada Kayla.
"Isabel. Come and join me. Awak pernah cuba makan nasi lemak tak?" Kayla bertanya. Kebetulan hari itu dia teringin nak makan nasi lemak jadi dia terus ke dapur untuk membuatnya.
Isabel menggeleng kepala dengan muka yang keliru. Barangkali tidak pernah dengar nama itu.
"Mari cuba," Kayla menyedok nasi, lauk dan sambal ke dalam pinggan untuk Isabel. Dia mempelawa Isabel makan bersamanya.
"Nasi lemak ni makanan famous dekat Malaysia. Tapi masakan saya tak sesedap yang famous tu. Biasa-biasa saja. Cubalah Isabel,"
Isabel menyedok sesudu dan dimasukkan ke mulut. Melihat mata Isabel yang bersinar melegakan hati Kayla.
"deliziosa" ujar Isabel menyuakan satu sudu lagi ke mulut. Kayla ketawa kecil.
"Gracias. Makanlah lagi. Tak ada siapa nak makan dah tu. Saya simpan sikit untuk Adam je," kata Kayla turut menjamu selera.
Sempat Kayla mengorek beberapa perkara tentang parents Adam daripada Isabel. Terselit rasa sedih apabila mendengar cerita Isabel pasal mereka dalam hati Kayla. Rupa-rupanya banyak yang terpaksa ditempuhi oleh Luca dan Amara.
Usai makan, Kayla ke ruang tamu untuk berehat seketika. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung di atas sofa, bunyi bang yang kuat disertai bunyi kaca pecah mengejutkan dia.
"Kayla, tunduk!"
Satu suara menjerit kuat. Fabio. Kayla automatik menundukkan badannya. Ketika itu satu lagi bunyi bang yang kuat memeranjatkan Kayla.
"Are you okay?" Fabio muncul dihadapannya sedikit termengah.
"Fabio? Apa yang berlaku?" tanya Kayla sedikit cuak.
"We are under attack,"
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomansHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...