Season 2 Bab 1

3.3K 171 4
                                    

3 years later....

"Adam, cakap dengan Mama Kay  siapa buat ni dekat Adam?" Kayla tanya Adam yang sudah berusia 8 tahun. Kanak-kanak itu menunduk, lututnya ada kesan luka. Telinganya juga merah.

"Adam, jawab Mama Kay tanya ni," suara Kayla naik senada. Dia tidak berniat untuk marah Adam, tapi dia tak suka bila Adam berdiam diri seperti itu.

"Kak Hana dengan Omar," jawab Adam takut-takut.  Kayla mula menyeringai. Dia terus menyarung tudung dan melangkah keluar dari rumah. Sejak dia balik bersama Adam tiga tahu lepas, Hana merangkap sepupunya yang muda 2 tahun darinya itu tidak henti henti menghina dan membuli Adam. Keterlaluan.

"Meera kamu nak ke mana?" Puan Haliza menjerit melihat anaknya yang tak ubah lagak gangster.

"Meera nak pergi ajar anak saudara kesayangan mak tu. Berani dia pukul anak sedara Meera. Siap dia Meera kerjakan," Meera terus melangkah. Moto skuter dihidupkan terus dibawa ke rumah Maklongnya.

Tiba di rumah Mak Longnya, Kayla terus jerit nama Hana tanpa memantikan enjin moto.

"Hana! Hana! Kau keluar sekarang!" kayla panggil. Menjerit mengalahkan askar. 

"Hana! Aku kira sampai 3 kalau kau tak keluar jugak, aku pecahkan kereta kau," Kayla memberi amaran. Mukanya merah menahan marah.

Sebaik sahaja amaran diberi, Hana melangkah keluar.

"Kau kenapa Kak terjerit-jerit dekat rumah orang. Tak tahu malu ke?" Hana bertanya tayang muka bongkak. Kayla pandang Hana yang berdiri dengan muka tidak bersalah di hadapannya dengan pandangan kecikbesar kecik besar.

Tanpa sebarang amaran, Kayla meluru ke arah Hana dan terus menarik rambut gadis itu. Apalagi, menjerit sakanlah Hana dibuatnya.

"Kak! Sakitlah. Kau dah kenapa? Gila ke?"

"Memang aku gila! Kau dengar sini Hana. Sekali lagi kalau aku dapat tahu kau dengan Omar buli Adam, bukan takat rambut kau je aku tarik. Aku botakkan terus. Lepas tu aku tarik satu satu gigi kau biar kau pakai gigi palsu. Kau jangan ingat aku diam aku takut. Kalau kau nak tengok aku betul-betul menggila. Kau try," Kayla memberi amaran serius. Gigi dan rahangnya diketap. 

"Kak lepaslah. Sakitlah gila," Hana cuba menarik rambutnya dari genggaman kuat Kayla.

"Kau dengar tak apa aku cakap?" Makin Kayla kuatkan cengkaman.

"Dengar," Hana menjerit apabila Kayla makin tarik dengan kuat.

"Kau buat lagi siap kau!" Kayla tolak Hana. Perempuan itu jatuh terduduk sambil memengang kepalanya yang sakit. Kayla mendengus.

"Nah rambut kau!" Kayla melempar beberapa helai rambut Hana yang tercabut semasa dia tarik tadi. Puas hati Kayla melihat rambut Hana yang berserabai.

"Dasar gila!" Hana menjerit malu.

Kayla balik ke rumah dengan rasa puas hati. Mungkin Hana fikir selama ini dia berdiam diri kerana dia tidak berani bersuara, sedangkan selama ini dia berdiam diri kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan keluarga mereka. Walau bagaimanapun, Kayla tidak mahu Adam terus-terusan menjadi mangsa buli Hana dan Omar. Kayla mahukan zaman kanak-kanak Adam dipenuhi dengan rasa sedih dan menjadi mangsa kritikan orang-orang disekelilingnya.

Setibanya Kayla di rumah, Kayla terus mendapatkan Adam. Anak buah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu ditatap. Terus ditarik Adam ke dalam pelukannya.

"Adam, mama nak cakap sikit," Kayla serius. Adam tunduk. Kanak-kanak itu rasa bersalah.

Kayla menggamit Adam memandangnya. Peti kit kecemasan yang diambil dari biliknya  dibuka. Ubat dan kapas diambil untuk disapu pada luka di lutut Adam.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now