Kayla pandang Adriano atas bawah. Adriano pula menjongketkan kening ke arahnya.
"What are you doing?" soal Adriano seraya membetulkan tali leher yang dipakainya. Kayla duduk di pinggir katil, matanya masih tak lepas dari memandang Adriano.
"Saya terfikir, do you take after your mom of your dad?" kata Kayla. Namun dia tidak perasan, riak wajah Adriano berubah sedikit apabila mendengar pertanyaan Kayla.
"My mom," balas Adriano ringkas.
"Your mother must be very beautiful then," puji Kayla. Melihat Adriano sahaja, Kayla dapat mengagak genetik turun temurun Adriano.
"She is," Adriano membalas dengan suara yang senyap. Tangannya yang sedari tadi membetulkan kod hitamnya berhenti. Menyedari perubahan di wajah Adriano, Kayla cepat-cepat menukar topik.
"Adriano, boleh tak saya nak keluar hari ni?" Kayla bertanya. Sebenarnya dia sedikit teragak-agak untuk bertanya kerana dia tahu respons yang diberikan oleh Adriano pasti akan mengecewakan.
"Buat apa?" Adriano bertanya sebaliknya.
"Kalau saya cakap nak keluar sebab bosan, awak marah tak?" Kayla mengetap bibir. Takut takut nak pandang Adriano.
"Tunggu saya balik. Kita pergi sekali," balas Adriano.
Jawapan yang tidak disangka daripada Adriano itu membuatkan mata Kayla terus bersinar.
"Betul ni?" soalnya tidak menaruh harapan tinggi.
"Nak saya tarik balik?" Kayla pantas menggeleng. Tidak mahu Adriano membatalkan plan itu.
SEPERTI yang dijanjikan Adriano, usai sahaja dia habis meeting, Adriano membawa Kayla jalan-jalan di sekeliling bandar Sicily itu. Banyak tempat menarik yang Kayla baru pertama kali jejak.
Akhir sekali, Adriano membawanya ke sebuah restoran lima bintang yang terletak berhampiran pantai. Semasa melangkah masuk ke dalam restoren itu, Kayla sedikit ragu dengan kehalalan makanan di situ,. Namun , Adriano menyakinkannya bahawa makanan di situ semuanya halal memandangkan pemiliknya adalah seorang muslim yang telah menetap di situ selama 10 tahun.
"Sedap," Kayla memuji makanan yang dipesan oleh Adriano untuknya memandangkan dia masih tidak fasih berbahasa Italian.
"Makan jangan gelojoh. Tersedak nanti baru tahu," tegur Adriano turut menyuapkan makanan ke mulut. Melihat gaya Adriano menyuapkan makanan ke mulut dengan penuh elegan, Kayla mencebik. Insecure.
"Kenapa?" Adriano bertanya.
"Makin lama saya tengok awak ni, makin handsome pulak," Kayla berkata selamba. Adriano kelihatan sedikit terkejut, keningnya terjongket sedikit.
"Don't tell me you are falling for me?" Adriano bercanda dengan senyum senget versinya itu.
"Kalau saya cakap ya?" Kayla membalas dengan berani. Namun melihat senyuman Adriano bertukar serius, Kayla cepat cepat berkata.
"Saya gurau jelah. Saya masih ingat tujuan kita kahwin," kata Kayla dengan senyuman. Tetapi, Kayla tidak dapat menafikan bahawa dia sedikit kecewa dengan reaksi Adriano. Walaupun begitu, dia tidak salahkan Adriano kerana dari awal lagi Adriano sudah memberitahunya tentang tujuan asal hubungan mereka.
Adriano pula sekadar diam.
Selesai makan, Adriano membawanya ke sebuah bakery yang terkenal di situ. Pelbagai pilihan yang disajikan membuatkan Kayla rambang mata.
"Yang mana best?" Kayla bertanya kepada Adriano yang sekadar berdiri sebelahnya.
"I don't like sweets," balas Adriano menjongketkan bahu. Kayla mencebik.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...