Season 2 Bab 16

3.5K 198 26
                                    

"Kayla," Adriano terus meletakkan kanak-kanak berusia 3 tahun itu ke atas kerusi dengan berhati-hati.

"Awak tipu saya?" Kayla bertanya lagi. Sungguh ketika itu dia betul-betul ras tertipu dan kecewa. Jadi, adakah Adriano menipunya? Dia pula dengan mudah mempercayai kata-kata lelaki itu.  Bodohnya diri terasa. Air matanya mula bertakung di kolam mata.

"Please listen to me Heart," Adriano melangkah mendekati Kayla. Kayla geleng kepala. Cukuplah. Dia sudah tidak mahu lagi dengar apa-apa daripada lelaki itu. Kalau apa yang keluar dari mulut lelaki itu semuanya dusta. Dia tidak mahu dengar.

"I have seen enough,"  Kayla berkata dengan nada penuh kecewa. Tangan Adriano yang cuba mencapainya juga ditepis kasar. Dia benci Adriano. Jadi biarlah dia buat keputusan sendiri.

"Saya nak awak ceraikan saya," akhirnya kata-kata itu keluar juga daripada bibir Kayla. Liela yang sekian tadi berada di situ dengan keadaan keliru melahirkan riak terkejut. Massimo juga. Tetapi mereka berdua terkejut dengan sebab berlainan.

Wajah Adriano terus berubah mendung. Matanya redup.

"Do you wish me to die Heart?" Adriano bertanya. Matanya terpalit kesedihan. Namun begitu, hati Kayla sudah hancur dan dia juga sudah nekad. Dia sudah tidak percaya lagi pada lelaki itu. Budak perempuan di atas kerusi itu menjadj bukti.

"I don't care,"  balas Kayla tanpa sedikit rasa bersalah. Hanya ada kebencian di matanya ketika itu kerana hatinya telah dihancurkan.

"How could you Heart," kata Adriano lagi. Wajahnya mendung semendung hati Kayla ketika itu. Kayla mengetap gigi.

"How could I? How could you Adriano! Selepas 4 tahun, awak munculkan diri dan mengaku diri awak sebagai suami saya. Yet you still lied to me," Kayla akhirnya meletus. Adriano pula hanya kelihatan tenang dihadapan.

"I will never let you go Heart. Not Unless I die,"  Adriano berkata dengan nada muktamad. Kayla yang sedang marah itu memandang Adriano dengan penuh kebencian.

"I will kill you myself then,"  Kayla berkata dalam keadaan marah. Semua yang berada di situ terkejut.

"Meera!" Liela cepat-cepat mendekati sahabatnya itu. Menghalang kawannya itu daripada berkata sesuatu yang akan disesalinya nanti.

Ketika itu juga air mata Kayla mengalir deras. Kecewa dan sakitnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.

"I hate you so much Adriano,"  kata Kayla seraya mengusap air matanya yang mengalir di pipi dengan kasar.

"I will file the divorce,"  Kayla berkata tekad sebelum berlalu meninggalkan Kafe tersebut. Liela pula cepat-cepat mengejar langkah Kayla yang laju itu.

TIBA DI DALAM kereta, Kayla menangis semahunya. Sekali lagi selepas 4 tahun, hatinya terluka oleh lelaki yang sama. Liela pula setia di sisinya, hanya mendengar. Dia tahu saat itu bukanlah waktu yang tepat untuk bersuara. Biarlah Kayla melepaskan segala-galanya dulu.

"Kau nak aku drive kau balik rumah?"  Liela bertanya setelah Kayla kelihatan semakin tenang.  Kayla diam berfikir. Dia tidak mahu balik ke rumah Adriano. Akan tetapi tidak mungkin juga dia balik ke rumah mak abahnya. Baru semalam dia berpindah ke rumah Adriano, jika dia sudah pulang hari ini pasti mak abahnya risau.

Kayla geleng kepala.

"Aku stay rumah kau dulu boleh?" Kayla bertanya. Walaupun segan tetapi di terpaksa.

"Boleh je babe. Staylah berapa lama kau nak stay pun. Aku tak kisah," balas Liela. Dia tidak kisah. Sekurang-kurangnya dia ada peneman.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now