Selesai kemas bilik, Kayla berehat sebentar sambil berbaring di atas katil. Sedang berehat, dia terfikir entah macam manalah dia hendak berdepan dengan Adriano. Kayla tahu hatinya masih lagi belum bersedia. Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, Kayla tetap ingat bagaimana Adriano dengan kejamnya berkata ingin berkahwin dengan wanita lain. Isteri mana tidak kecewa.
Ketika sedang mengelamun, pintu bilik dikuak daripada luar. Hampir tercabut mata Kayla melihat Adriano selamba melangkah masuk ke dalam biliknya. Lelaki itu meliarkan mata ke sekeliling bilik dia.
"Apa awak buat dekat sini?" Kayla bangun dan melangkah ke almari pakaiannya. Pura-pura sibuk.
"Ini bilik isteri saya," Adriano berkata dengan tenang. Kayla tayang muka bengang. Untung sahaja mak dan abahnya di luar. Kalau tidak, dia pasti akan menghalau lelaki itu keluar dari biliknya itu.
Adriano melangkah ke arah Kayla . Dia berdiri betul-betul di hadapan Kayla. Kayla kerutkan dahi. Dia tidak suka kerana kehadiran Adriano selalu buatkan hatinya tidak duduk diam.
"Boleh tak awak jauh sikit. Saya rimas," Kayla berkata dengan muka annoyed. Dia berharap Adriano faham bahawa dia masih tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu dekat dengannya.
"Do you hate me so much heart?" Adriano bertanya dengan nada perlahan. Dia merenung tepat ke arah Kayla walaupun Kayla sedaya upaya cuba melarikan pandangannya dari Adriano.
Mendengar soalan Adriano, Kayla naik angin. Ada hati hendak tanya soalan seperti itu. Tidakkan lelaki itu sedar bahawa dia terluka dek kerana kata-kata lelaki itu beberapa tahun yang lalu.
"Awak masih tak percayakan saya?" Adriano bertanya lagi. Kayla faham apa maksud pertanyaan Adriano itu. Dia memaksudkan apabila Adriano memberitahunya bahawa dia tidak pernah berkahwin dengan Rachel.
"Suka hati awaklah nak fikir apa. Yang pasti, I feel nothing anymore," kata Kayla cuba bertegas. Riak wajah Adriano berubah untuk sesaat sebelum lelaki itu kembali senyum. Senyuman nakal di bibirnya.
Adriano mendekatkan dirinya dengan Kayla membuatkan Kayla terundur sedikit. Kayla ambil jarak berjaga-jaga. Jantungnya ketika itu sudah hampir mahu meletup.
"It's okay Heart. Itu tanggungjawab suami untuk buat isteri jatuh cinta."
Kemudian Adriano mendekatkan bibirnya ke telinga Kayla. Kayla dapat rasakan hembusan nafas Adriano di telinganya. Kayla hanya mampu berdiri dalam keadaan statik. Kalaulah Adriano dapat dengar jantungnya ketika itu. Sudah pasti di termalu sendiri.
"Humeera Mikayla, I will seduce you till your mind, body and heart belongs to me. Only me," Adriano berbisik di telinga Kayla dengan penuh romantik dan menggoda.
Wajah Kayla terus memerah. Cepat-cepat dia tayang muka garang. Tidak mahu terpengaruh dengan godaan Adriano itu.
"Sweet talker. Jangan fikir saya akan termakan dengan kata-kata awak," Kayla marah. Dia tidak mampu hendak memandang mata Adriano yang sedang tepat merenung ke arahnya ketika itu.
"You don't have to. Awak tak perlu buat apa-apa. Sebab saya yang salah. I'm the one who would do the chasing. Saya yang nakkan hati awak, jadi sayalah yang kena berusaha," sambung Adriano lagi merenung tepat ke arah Kayla.
Dengan selamba juga Adrian mencuit hidung Kayla. Kayla melemparkan jelingan tajam sebelum mencebik.
"Muncung tu kenapa? Nak saya kiss ke?" Adrian masih mengusik. Kayla terus membulatkan mata. Gatal pulak mamat Itali ni. Selalunya hati macam batu. Tak boleh Kayla. Kau takboleh mudah buka hati. Ingat apa yang dia dah buat pada kau.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...