Seperti yang dibagitahu oleh Adriano, mereka diijabkabulkan tepat dua minggu selepas Adriano 'melamar'nya. Hanya sekali lafaz sahaja Adriano sah menjadi suaminya. Tetamu-tetamu yang hadir rata-rata merupakan kenalan rapat dan business partner Adriano.
"Congratulations Bellisima," Massimo mengucapkan tahniah dengan senyuman manis kepadanya ketika sesi menjamu selera berlansung.
"May you stay besides each other for infinity," tambah Massimo lagi. Kayla buat muka 'you knew well,'. Itu kerana Massimo juga tahu mereka berkahwin atas sebab-sebab tertentu.
"Well, kita tak tahu apa akan jadi. Siapa tahu korang akan jatuh cinta dan dapat happy ending bersama," kata Massimo dengan nada mengusik.
"Tak akan," balas Kayla yakin. Muka sembelnya dipamerkan ke arah Massimo. Riak wajah Massimo tiba-tiba berubah serius dengan gaya berfikir.
"Hmm. Maybe awak betul sebab happy ending itu tak wujud," kata-kata Massimo tiba-tiba berubah dark. Kayla angkat kening.
"Sebab perjalanan hidup kita tak akan habis selagi nyawa dikandung badan. Happy ending is just a phrase people used when you are in love and you be with someone you love. Tapi perjalanan hidup kita bukan setakat berjumpa dan jatuh cinta. It's about staying together in the up and down till death comes," Kayla hampir ternganga mendengar nasihat tiba-tiba daripada Massimo itu.
"Wah," Kayla tunjuk muka impressed. Massimo senyum dan menghadiahkan kenyitan mata ke arahnya.
"Sedikit kata-kata nasihat daripada saya kepada pengantin,"
Setelah selesai majlis yang diadakan di Rumah Agam kedua Adriano, mereka kembali ke rumah utama yang selalu didiami mereka.
Tiba di bilik, setelah menyerahkan Adam kepada Isabel, Kayla membaringkan diri ke atas katil. Badannya mula rasa letih dan penat. Dia dapat rasakan badannya mula lenguh-lenguh. Pintu biliknya dikuak daripada luar. Adriano masuk. Dahinya berkerut.
"Nak apa?"
"My room. Now,," Adriano memberi arahan ringkas.
Kayla buat muka keliru.
"Kenapa?" Soalnya. Dia fikir mereka hanya perlu berpura-pura di hadapan kawan-kawan Adriano sahaja tetapi tidak semasa mereka berada di rumah agam itu.
"Because we are married," Adriano menjawab dengan nada 'duh'.
"Saya tahu kita dah kahwin. Kahwin bersebab. Jadi kenapa saya kena pergi bilik awak?" soalnya lagi bangun dan berpeluk tubuh memandang Adriano.
"Yang tahu kita kahwin bersebab cuma Massimo. Isabel, Adam dan yang lain-lain tak tahu. Words spread fast walaupun saya percaya penghuni rumah agam ni tak akan bukak mulut pada orang lain. But you never know," jelas Adriano. Kayla pula kerut dahi masih tidak faham. "My room. Now. Nanti Isabel dan yang lain akan pindahkan barang-barang awak ke bilik saya," dengan itu Adriano mula melangkah keluar. Melihat kelibat Adriano menghilang di balik pintu, Kayla merenggangkan badan untuk kembali baringkan badan ke atas katil.
Namun belum sempat dia merasa keempukan tilam dibelakangnya itu, Adriano muncul kembali di balik pintu.
"Kalau awak masih tak datang ke bilik saya selepas saya siap mandi, I will drag you there," Adriano sempat memberi warning sebelum kembali menghilang. Kayla pandang pintu dengan geram. Sekali ditumbuk tilam empuknya itu. Melepaskan geram.
"Annoying,"
Nak tak nak Kayla terpaksa merajinkan diri ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia terus solat dan menukar pakaian. Dengan langkah yang penuh berdebar-debar, Kayla menuju ke bilik Adriano.
YOU ARE READING
Mrs. Adriano (S1) Mrs. Adrian Naufal (S2)
RomanceHumeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Pengalaman menjadikan hati dan dirinya kebal. "We are married for your protection. Don't put too much...