Bab 23

3K 179 4
                                    

Kayla bangun menggeliat setelah hampir beberapa jam tidur di atas kerusi. Buka mata di melihat katil di hadapannya kosong. Kayla menggosok mata. Masih kosong. Dia terus bangun dengan panik.

"Adriano?" Kayla meliarkan mata ke sekeliling bilik itu. Sunyi.

"Adriano?" Kayla panggil lagi. Dia terus mengatur langkah untuk mencari Adriano di luar. Pintu ditolak, matanya terus mencari Adriano di luar koridor.

"Adriano?"

Adriano yang ketika itu baru melangkah naik tangga, mengerutkan dahi melihat Kayla sedikit cemas.

"Ada apa-apa masalah ke?" Adriano bertanya sambil memegang segelas air kopi macchiato kegemarannya. Kayla menghela nafas lega sebaik mendengar suara Adriano. Akan tetapi bila dia ingat balik bahawa Adriano baru sahaja lepas di operation, dia kalut semula.

"Adriano, bukan ke awak sepatutnya rehat atas katil? Kenapa awak merayau?" marah Kayla wajahnya jelas risau. Dia segera menghampiri Adriano yang lansung tak kelihatan macam orang sakit.

"Saya haus. Teringin nak minum kopi, jadi saya ke dapur," balas Adriano bersahaja. Sempat dia menjongketkan bahunya.

"Kenapa tak kejutkan saya?" Soal Kayla lagi.

"Dah kejut. Tapi awak yang tidur macam orang tak ingat dunia," kata Adriano mengatur langkah ke ruang rawatan semula. Kayla membututinya.

Kayla kerut dahi. Pelik. Dia ialah orang paling senang nak bangun kalau dikejutkan. Kemudian, dia diserang rasa bersalah. Dia sepatutnya jaga Adriano tapi dia pula yang tidur tak ingat dunia.

"Sorry Adriano. Lepas ni kalau awak nak apa-apa, awak kejut saya. Kalau saya tak bangun juga, awak cubit je. Tapi jangan kuat sangat," Kayla tayang muka bersalah.

Adriano pula yang tiba-tiba diserang perasaan bersalah kerana berbohong. Sebenarnya dia memang tak pernah kejutkan Kayla sama sekali kerana melihat wanita itu seperti kepenatan.

"Tak perlu, lagipun saya suka buat kopi saya sendiri," jelas Adriano pula. Kayla kerut dahi.

"Awak yakin boleh minum kopi lepas operation?" Kayla bertanya ragu. Adriano sekadar menjongketkan bahu. Selagi doktor tak bagitahu apa-apa,. Selagi itulah dia anggap tidak ada masalah.

Kayla merampas macchiato dari tangan Adriano membuatkan pandangan maut Adriano terus menikam ke arahnya.

"Bagi saya confirmkan dulu. Nanti tak pasal-pasal luka awak lambat sembuh pula," kata Kayla menjauhkan air kopi itu dari Adriano. Adriano pula makin annoyed.

"Kayla. Give me my macchiato back," Adriano mengecilkan mata ke arah Kayla.

"Jap, bagi saya tanya Massimo dulu,"

Adriano buat muka 'are you serius?'

"Kenapa awak lebih percayakan Massimo daripada saya?" Adriano bertanya.

"Sebab Massimo lebih rasional daripada awak,"

Dengan itu Kayla terus melangkah keluar dari bilik rawatan itu. Adriano pandang pintu yang tertutup rapat itu dengan pandangan tak puas hati. Kalaulah dia tahu, pasti dia sudah menghabiskan macchiatonya di dapur dengan lebih awal. 

KAYLA mencari Massimo di pejabatnya tempat biasa Massimo menghabiskan masa. Pintu pejabat itu diketuk.

"Masuk," laungan dari Massimo menjengah telinganya. Pintu ditolak. Matanya jatuh pada Fabio yang turut berada di situ.

"Is that coffee? For me?" Massimo bertanya dengan sengihan.

"Adriano punya. Tapi saya tak bagi dia minum lagi sebab saya risau luka operation dia makin teruk kalau tak berpantang," ujar Kayla. Ada sesetengah makanan dan minuman tidak bagus untuk seseorang yang masih dalam proses untuk sembuh memandangkan ia boleh melambatkan proses tersebut.

Mrs. Adriano (S1)                          Mrs. Adrian Naufal (S2)Where stories live. Discover now