23

42 3 0
                                    

Nora tahu bahawa hidupnya tak akan sama macam dulu lagi. Dia tak pernah akan bebas lagi nak berjumpa dengan orang-orang tersayang seperti Munirah dan Syikin.

Bukan sebab Iskandar melarang, tetapi keadaan ibu mertua nya yang tak boleh ditinggal.

Nampaknya, impian bertemu ibu nya pun akan terkandas kalau beginilah keadaannya.

Nora tersenyum melihat 2 orang yang dia sayang ada didepan matanya.

"Kenapa tenung kitaorang sampai terjojol biji mata?" Tanya Syikin sambil memainkan air kolam renang.

Nora tersenyum, "sebab tak sangka yang Kak Muni dan awak, Syikin ada dekat sini"

"Kitaorang ni kalau lah Iskandar tu tak ajak, tak berani nak datang." Ucap Munirah.

Nora mengangguk. "Dia kesian kot tengok saya tak ada kawan" Nora gelak nipis.

Syikin mengangguk. "Betul tu. By the way, budak tadi tu orang gaji ke?" Tanya Syikin.

Nora mengangguk. "Ha'a baru seminggu kerja."

Munirah memegang tangan Nora. "Akak happy tengok Nora hidup senang macam ni, tenang sikit perasaan akak"

Nora mengangguk. "Alhamdulillah Iskandar sediakan semua. Dia lelaki yang baik. Walaupun sekarang ni dia busy memanjang, tapi dia tak lupa kewajipan dia"

"Syukur Alhamdulillah"

Nina berjalan menemui Nora di taman belakang.

"Puan, saya balik dulu" Ucap Nina.

Nora mengangguk. "Thank you. Hm Nina, awak ada masuk bilik Puan Diana tak?"

Nina mengangguk. "Ada, saya ada ganti cadar. Kenapa ya?"

Nora berdiri. "Awak ada tak jumpa benda pelik dekat dalam bilik tu?"

Nina berdiam sekejap. "Hm.. tak ada pun" Nina tersenyum.

"Okaylah. Ohya, Encik Iskandar ada cakap tak yang esok kitaorang nak pergi Terengganu hantar Sarah?"

Nina menggeleng tanda belum tahu.

Nora menggaru kepalanya. Mesti suaminya lupa bagitahu.

"Okay tak apa. Esok awak tak payah datang. Isnin awak boleh masuk balik"

Nina mengangguk. "Kalau macam tu saya undur diri dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsallam" Jawab Nora, Syikin, dan Munirah.

Selepas Syikin pulang, Nora melanjutkan borak nya bersama Syikin dan Munirah.

"Kau esok nak pergi Terengganu, Nora?" soal Munirah.

Nora mengangguk. "Iya. Sarah dapat kerja dekat sana."

"So, semakin nipis lah peluang kau nak jalankan hidup macam dulu? Kau kena jaga mak mertua" Ucap Syikin.

"Awalnya aku kisah, tapi lambat laun aku dah mula enjoy jaga Mama. Aku cuma nak dia sembuh, Syikin." Balas Nora.

"Adik akak ni memang baik. Akak sokong segala keputusan adik akak ni. Awak tahu mana bahagia awak, awak tahu mana arah syurga awak, Nora"

Nora memeluk Munirah lama. Perasaan rindu yang membuak-buak di dada.

Dulu, setiap hari berjumpa. Kini, kena Cari celah untuk sejenak melepas rindu.

###

Nina berdiri di hadapan Atisha.

"Macam mana kau boleh make sure yang Aunty D makan ubat tu?" Tanya Atisha.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now