19

48 4 0
                                    

Nora terlihat cantik mengenakan baju kurung berwarna putih nan sederhana. Sarah menyolek Nora yang cantik ini dengan lembut sehingga seri pengantin semakin kelihatan.

Disana tidak ramai tetamu. Hanya orang-orang yang dikenali rapat dan sampai ke hati.

Ada Munirah, Syikin, Naim Firdaus, dan Atisha. Juga ada tokadi, dan juga beberapa orang daripada pejabat agama.

"Saya terima nikah dan kahwin nya Nora Farhana binti Abdullah dengan mas kahwin tersebut tunai" Dengan sekali lafaz, Iskandar sah menjadi suami Nora Farhana.

Naim Firdaus juga turut tersenyum. Walaupun dalam hati siapa yang tahu?

"Alhamdulillah SAH!" Ucap para saksi.

Nora tak dapat menahan air mata nya. Begitu juga dengan Iskandar.

Iskandar menyarungkan cincin di jari manis Nora yang polos itu. Tanpa inai, tanpa lukisan henna ditangannya. Tangannya putih, halus, dan lembut. Kali pertama mereka berpengangan tangan. Rasa kekok itu tiba-tiba muncul antara mereka.

Bercinta selepas nikah. Itu yang mereka harapkan.

Majlis nikah itu dihadiri tidak kurang 15 orang sahaja.

"Kak Muni, terima kasih atas segala-gala nya" Ucap Nora sambil memeluk Munirah macam tak nak lepas.

Munirah tersenyum dan mengangguk. "Akhirnya, doa Kak Muni termakbul. Hidup lah dengan baik ya?"

Makin menjadi-jadi Nora menangis, kemudian dia mengangguk.

Selepas itu, Iskandar dan Nora datang menemui Puan Diana.

"Puan..." Ucap Nora.

"Aik... Mama. Ma-ma" Ucap Puan Diana. Nora terus tergelak nipis.

"Lupa. Mama. Terima Kasih sebab berbesar hati menerima Nora"

Puan Diana tersenyum dan mengangguk. "Seronok sangat hari ini. Mama sayang Nora"

Nora memeluk Puan Diana. "Nora pun sayang Mama"

###

Selepas selesai majlis kecil-kecilan itu, kini giliran Nora dan Iskandar yang tersenyum sesama sendiri mengenang hari yang indah ini diatas balkon rumah Iskandar.

"Nora, I love you so much" Ucap Iskandar sambil mencium dahi Nora.

"I love you too, Encik Is" Balas Nora sambil memeluk Iskandar untuk kali pertama.

Mereka melepaskan pelukan kemudian sambil berpandangan selama beberapa saat.

"Saya tak tahu nak buat apa?" Soal Iskandar.

Nora gelak nipis. "Kita tukar baju lah dulu, panas lah pakai baju ni" Ucap Nora.

"Betul juga" Mereka terus masuk ke dalam bilik Iskandar.

###

Atisha pulang ke rumah dari pada majelis pernikahan Iskandar. Ia nampak kesal.

"Papa, Papa tak akan percaya dengan apa yang Tisha tengok hari ini"

Papa kepada Atisha itu masih membaca majalah apabila Atisha mencampak bag jenama Dior nya itu di atas sofa ruang keluarga.

"Apa dia, Sha?" Tanya Dato' Jefri.

"Iskandar dah kahwin" Ucap Atisha sambil membaringkan badan nya di atas sofa.

Dato' Jefri terus menutup majalah yang dibaca nya.

"Tisha jangan main-main"

"Untuk apa main-main pasal benda ni? Iskandar jemput Tisha datang rumah dia, rupa-rupanya majlis kahwin dia, Pa"

Dato' Jefri seperti kehabisan kata-kata.

"Kan Papa dah cakap dekat Tisha, agresif lah sikit" Ucap Dato' Jefri.

Tiba-tiba Datin Merina datang. "Tengok apa dah jadi? Lembik sangat! Pakai tudung dah, rawat Mama dia pun sudah. Tapi masih je tak boleh nak tackel dia. Paras rupa cantik, tapi?" Datin Merina duduk di depan Tisha.

"Mami, Papa... Iskandar tu susah nak di dekati. Macam-macam dah usaha Tisha buat. Tisha dah bertudung, rupa-rupanya perempuan yang dia pilih tak bertudung" Atisha gelak nipis.

Datin Merina gelak. "Kahwin dengan siapa dia?"

"Orang gaji dia. Orang yang jaga makan minum Aunty D"

Dato' Jefri gelak. "Tisha... Tisha macam mana seorang doktor kalah dari orang gaji? Papa tetap nak ambil sebahagian daripada saham hospital tu. Make sure, buat apa yang patut" Dato' Jefri terus naik ke atas sambil mencampak majalah yang sedari di pegang nya.

Atisha mengembuskan nafas berat.

"Mami? Macam mana ni? Dia dah kahwin dah!"

"Fikir lah sendiri. Kalau dah ada idea yang baik, baru boleh discuss dengan Papa. Mami tak tahu apa-apa, Mami nak hasil dia je" Datin Merina juga ikut naik ke atas.

Tinggal lah Atisha seorang diri di ruang keluarga. Atisha melepas tudung nya.

"Ishhhh. Aku pakai tudung supaya nampak ayu, nampak sopan. Panas aaahhh!!" Ucap Atisha.

###

Syikin tersenyum melihat Naim Firdaus yang sedari tadi melamun di depan setereng kereta nya.

"Ikhlas kan lah walau menyakitkan" Ucap Syikin sambil gelak.

Naim terus tersedar. "Saya okay je" Ucap Naim.

Munirah pula mencubit peha Syikin dari kerusi belakang "Ish dia ni"

"Saya gurau. Saya tahu Encik Naim memang dah ikhlas melepaskan Nora"

"Saya seronok hari ini sebab dia dah menemui bahagia."

"Naim, nanti jumpa lah dia yang lebih baik daripada Nora. Kak Muni yakin, orang berhati baik macam awak ni akan dapat orang baik juga. Nora memang baik, tapi bukan orang macam Nora yang Allah nak untuk awak, Naim"

Naim Firdaus tersenyum. Senyumnya kelihatab dari cermin kereta. "Saya belanja makan malam eh?"

"Itu saya nak!!" Ucap Syikin sambil senyum lebar.

###

Pagi hari selepas menikah..

Nora bangun pagi seperti selalu nya, begitu juga dengan Iskandar.

"Best nya ada orang teman tidur, sampai bila-bila" Ucap Iskandar sambil menggosok matanya sebelum mengambil air wudhu.

Nora tersenyum. "Rupanya awak lasak jugak. Hampir saya jatuh atas lantai"

Iskandar terus bangkit. "Ya ke? Alaaaa kantoi lah tebiat buruk saya, baru hari pertama"

Nora tersenyum. "Malam nanti, saya peluk awak kuat-kuat supaya saya tak jatuh. Kalau nak jatuh pun, jatuh sama-sama" Nora terus gelak.

"Awaaak!!"

"Saya nak kejutkan Mama dulu"

Iskandar menghentukan langkah Nora. "Awak, jangan sampai awak menyangka saya nak kahwin dengan awak sebab saya nak awak uruskan Mama. Saya kahwin dengan awak sebab saya betul-betul ikhlas nak jadikan awak yang halal untuk saya" Ucap Iskandar.

Nora naik diatas katil. Dipegangnya tangan Iskandar. Nora mengangguk. "Saya tahu. Asal awak tahu, saya pun ikhlas jaga Mama. Akhirnya, saya ada Mama juga selepas bertahun-tahun." Senyum Nora Farhana sangat manis.

Iskandar mengangguk. "Terima Kasih, sayang..." Kali pertama Iskandar menukar panggilan awak menjadi sayang.

"Saya pergi bilik Mama dulu ya, sayang?" Ucap Nora sambil tersenyum. Iskandar juga tersenyum malu.

Adakah bercinta selepas menikah sudah bermula?


Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now