41

39 4 0
                                    

Iskandar tersenyum nipis kearah Nora. Dalam hati mereka hanya Allah yang tahu.

"Lama tak jumpa. Apa khabar?" Tanya Iskandar sambil menutup pintu bilik wad.

Nora tak langsung menjawab. Dia blur sekejap.

"Ha? Alhamdulillah baik" Jawabnya. Mata mereka bertembung, bingung.

"Syukurlah. She is okay. Kepala, kaki dan tangannya koyak sikit. Tetapi sebab darah dah keluar lama, jadi dia perlu transfusi darah. Dah selesai pun semua. She will be okay!" Perjelas Iskandar.

Nora mengangguk perlahan. "Thank you!" Ucapnya sambil membelai rambut Naira.

Lama mereka berdiam sesama sendiri. Tak tahu nak borak apa.

Nora menunggu soalan cepu cemas pasal Naira keluar dari mulut Iskandar. Tetapi dia tak tanya pun.

"Okay lah, saya balik dulu. Have a good rest, Nora Farhana" Ucapnya sambil tersenyum, Iskandar juga membelai rambut Naira sebelum keluar dari bilik wad.

Selepas Iskandar keluar, baru Nora boleh bernafas.

"Fiuhhhhh. Awkward gila!" Tiba-tiba Munirah masuk dal bilik. Nora terkejut.

"Kak Muni? Sejak bila datang?" Tanya Nora.

"Sejak Iskandar ketuk pintu sebenarnya akak ada belakang dia. Tapi akak menyorok"

Nora hanya mengangguk kecil.

Munirah duduk di kerusi sofa depan katil Naira.

"Ini kejadian luar biasa ya!" Munirah masih tak percaya.

"Nak terkejut apa, ini hospital dia" Jawab Nora pur-pura tak terkejut. Padahal dia dah nak pengsan tadi. Dada nya berdetak laju, lebih laju dari Naim melamar nya pagi tadi.

Munirah mencebik. "Eleeeeeh. Dengan perasan sendiri boleh lah menipu, tapi dengan akak? Akak tak akan termakan ye semua tipu daya muuu" Ucap Munirah sambil gelak.

Nora tersenyum. "Padahal dia pakar bedah jantung, kenapa pula dia pergi ubatkan Ara" Ucap Nora.

Munirah menaruh baju Nora di dalam almari. "Dengar cerita, dia lalu di Emergency room tadi, so dia lah yang ubatkan Ara. Lebih-lebih lagi Iskandar tadi sumbangkan darah dia untuk Ara. Sebab sama type" Munirah selamba saja mengatakannya. Apabila Nora dah cuak dan gelabah.

"Ha? Apa dia kak? Akak tahu daripada mana?" Ekspresi wajah Nora menggelebah sungguh. Tak boleh disorok dah.

"Nurse tadi selalu tempat catering dengan akak. Tadi akak tanya mana bilik Ara dengan dia, so dia cerita semua lah"

Nora menepak dahinya. Kusut sangat tu.

"Mati lah kak, macam mana kalau dia..." Nora tak sanggup nak lanjutkan.

###

Selepas keluar dari bilik wad Naira. Iskandar menemui Nurse bernama Puteri tadi.

"Nurse, kalau hasil DNA tadi dah keluar hantar dekat bilik kerja saya ya" Pinta Iskandar.

"Dalam 1x24 jam akan keluar. Esok saya hantar doktor"

"Okay, good. Thank you!"

Iskandar tersenyum manis. Kemudian berhenti dan balik arah menemui Nurse tadi balik.

"Pasal baju dan gelang budak Naira tu, dah boleh hantar dekat bilik dia lah" Pinta Iskandar.

"Baik, doktor!"

Iskandar terus berjalan menuju parking kereta sambil tersenyum.

###

Nora menatap wajah Munirah seolah tak nak berkedip.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now