9

36 5 0
                                    

Saat makan malam, jam menunjukkan pukul 8 malam. Nora belum pulang juga.

Sarah yang datang dari lantai atas selepas mandi dan solat itu tersenyum ke arah Nora. Nora yang tengah menyiapkan makan malam itu membalas senyuman Sarah.

"Apa menu malam ni?" Soal Sarah.

"Soto ayam dan nasi impit" Jawap Nora.

Sarah terus duduk di meja makan. "Uishhhh macam hari raya" Ucap Sarah.

Nora tergelak. "Puan Diana nak makan soto so saya masak lah"

Sarah mengangguk. Tiba-tiba Sarah tenung wajah Nora. Nora yang perasan itu pun terus mendekati Sarah sambil membawa cawan berisikan air sirap rose.

"Ada apa dengan wajah saya, Sarah?" Soal Nora sambil menyusun cawan atas meja.

Sarah senyum. "Nora nak tak jadi model Sarah?"

Kening Nora berkerut. "Ha? Maksud Sarah?"

"Sarah tengah belajar make up, nanti bila Sarah tak masuk kerja kita main solek solek, jom?"

Nora tersenyum kelat. "Saya paaaalinggg tak faham benda tu" Nora menggaru kepalanya.

Sarah ketawa kecil. "Nanti saya ajar. Awak model je. Awak duduk diam, saya yang buat kerja hehe"

"Ikut suka awak lah. Saya suka je"

###

Puan Diana datang bersama Iskandar.

"Borak apa tu? Seronok sangat Mama dengar" Ucap Puan Diana.

"Borak perempuan" Jawap Sarah.

Nora melanjutkan kerja nya.

"Silakan Puan, Soto Ayam as requested" Senyun Nora.

Puan Diana menghidu bau Soto dengan mengibaskan tangannya bak chef chef diluar sana.

"Bau pun sedap... Thank you Nora buatkan"

"Sama-sama Puan. Jemput lah makan semua" Ucapnya sambil duduk di samping Sarah, tepat dihadapan Iskandar.

"Sedap. Macam selalu" Puji Iskandar.

Nora tersenyum. "Terima Kasih" Jawapnya.

###

Hampir sebulan menjadi pembantu rumah. Ikatan yang kuat pun dah terjalin antara Nora dengan keluarga Iskandar.

"Awak balik nanti saya hantar, ok?" Pinta Iskandar.

Nora menggeleng macam biasa. "Tak apa Encik Is, saya balik sendiri macam biasa"

Iskandar menggeleng. "Saya nak pergi jumpa kak Muni, so saya hantar awak sekali. Bukan saja-saja..." Ucapnya sambil tersenyum nipis.

Nora terus mengetap bibirnya malu. Ingat memang nak pelawa Nora, rupa nya nak jumpa Munirah.

###

Nora dan Iskandar dah sampai di depan flat kediaman Nora.

"Tak apa ke letak kereta sini?" Tanya Iskandar.

"Hm... tak apa, hmm hari saya pengsan tu Encik Is letak mana?"

Iskandar terus gelak nipis. "Awak ni. Sebab awak diam je dari tadi so saya cari lah cara nak berbual"

Nora terus melepaskan tali keledarnya. "Encik Is tak ajak saya sembang pun"

"Ok. Lain kali saya awak sembang"

Nora membuka pintu kereta. "Lain kali? Encik Is nak hantar saya balik lagi?"

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now