7

42 4 0
                                    

Nora Farhana membuka pintu flat nya. Tiba-tiba Munirah sudah ada tepat di belakang nya.

"Eh Kak Muni..." Sapa Nora sambjl terus berusaha membuka pintu flat nya yang sememangnya semakin susah untuk di buka sebab dah berkarat.

Munirah tersenyum. "Macam mana kerja rumah orang?" Tanya Munirah.

Nora tersenyum. "Okaylah... Puan Diana baik orang nya. Adik dia pun sama"

Munirah mengangguk. "Bagus lah kalau macam tu. Tenang sikit hati Kak Muni."

Nora tersenyum dan akhirnya pintu terbuka.

"Dah makan dah?" Soal Munirah.

Nora mengangguk. "Dah. Dekat sana Alhamdulillah ada aje makanan. Kak Muni tu haaa dah makan ke belum?" Tanya Nora balik.

"Hek eleh kamu apa ke benda nyaaaa. Hang tahu sendiri aku ni paling pantang lapaq" Mula lah keluar dia punya logat tu dalam hati Nora.

Nora mengangguk. "Ya ya. Masuk lah. Kita sembang-sembang" pelawa Nora.

"Ada gossip ke?"

Nora tersenyum simpul. "Mula lah telinga Kak Muni tu membesar ye"

Munirah terus masuk ke dalam rumah Nora yang sempit itu.

Munirah terus duduk di atas katil Nora.

"Kak Muni, rupanya doktor Is tu tinggal dengan Mak dan adik dia je"

"Mesti sepi kan rumah diaorang? Mesti rumah dia besar gila"

Nora mengangguk. "Besar gedabak! Rumah dia cantik gila. Segar sangat sebab banyak pokok dalam rumah, macam hutan"

Munirah mengangguk. "Ya lah. Cuba tengok dekat TV tu, semua rumah orang kaya ni diaorang tanam pokok dalam rumah. Mahal-mahal pulak tu pokok diaorang"

Nora gelak. "Hidup ni kelakar gila, kan?"

"Orang macam kita ni, kena ingat mati selalu tau. Sebab kalau satu hari nanti tiada beras nak di tanak, tiada telur nak di goreng, atau tiada air nak diminum, kita kena siap untuk mati...ke  la  pa  ran!"

Nora duduk di atas lantai samping tilam nya.

"Nora pernah juga tak ada apa-apa nak di makan masa pertama kali sampai KL. Allah jumpakan Nora dengan seorang hamba bernama Munirah. Nora percaya, pertolongan Allah ada dekat mana-mana saja"

Munirah tersenyum. "Kamu memang anak yang baik. Betul orang kata, dewasa tak ditentukan dari umur. Masa pertama kali Kak Muni jumpa kamu saat kamu berumur 18 tahun, Kak Muni tahu kamu anak yang dewasa"

"Kena lah! Kalau Nora lembik, Nora tak akan ada di tahap ini. Walaupun masih jauh sangat harapan nak jumpa Mak, tapi Nora tengah cuba. Nora mesti akan jumpa Mak, bagaimanapun keadaannya nanti"

Munirah menepuk bahu Nora Farhana. "Jangan lupakan Akak tau?"

Nora menggeleng. "Kan Nora dah cakap, Nora akan masukkan nama akak dalam ahli waris Nora Farhana binti Abdullah suatu ketika nanti."

Munirah gelak. "Aamiin. Akak nak Kondo yang menghadap KLCC tau? Make sure sunset dia cantik!"

Nora gelak. "Siap boss!!"

"Dah Akak balik dulu. Malam nanti makan kat luar ye" Pelawa Munirah.

"Akak gaji yeee?"

Munirah mengangguk.

"Yasss!!" Nora tersenyum gembira sambil menghantar Munirah ke depan pintu flat nya.

###

"Nak makan dekat mana ni kak?" Tanya Nora semasa naik kedalam kereta Munirah yang hidup segan mati pun tak mahu itu.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now