21

45 4 0
                                    

Apabila Nora sibuk memak di dapur, Iskandar turun dengan cepat dari atas.

"Awak, kenapa terburu-buru?" Tanya Nora sambil melepaskan pisau di tangannya dan berjalan menemui Iskandar di depan tangga.

"Sayang, saya nak pergi hospital, ada urgent. Makan je nanti tak payah tunggu, okay?"

Iskandar mengecup dahi Nora. "I love you" Ucapnya sambil terburu-buru.

"Nak salam?" Nora menghulurkan tangannya, begitu juga dengan Iskandar.

"Saya pergi dulu, ya?"

Nora mengangguk. "Hati-hati drive!" Nora melambaikan tangannya kepada Iskandar.

Selepas itu, Nora melanjutkan masak ayam masak merah nya.

###

Jam menunjukkan pukul 1. Nora naik atas dan mendapati Puan Diana dah berjalan keluar dari bilik.

"Mama, makanan dah siap. Jom kita makan?"

Puan Diana tersenyum. "Mama turun dulu ya"

"Ya, Ma. Nora nak panggil Sarah dulu"

Nora mengetuk bilik Sarah, tetapi tiada jawapan. Nora buka sendiri dan tak terkunci.

Sarah tengah duduk di meja belajarnya tanpa buat apa-apa.

"Sarah, kenapa ni?" Soal Nora.

Sarah membalikkan badannya. "Nora, hmmm saya dapat kerja"

Nora tersenyum. "Alhamdulillah. Tahniah tau"

Wajah Sarah tetap saja tak bahagia.

"Patutnya awak happy" Ucap Nora bingung. Dia terus duduk diatas katil.

"Tapi dekat Terengganu. Saya takut Abang Is tak izinkan, you know lah sebab apa?" Sarah tertunduk.

Nora menarik nafas perlahan, kemudian melepaskannya dengan berat. "Nanti bila dia balik, awak cakap dekat dia. Kalau dia tak izinkan, saya pujuk dia nanti"

Lakaran senyuman tiba-tiba terukir di bibir Sarah. Sarah terus bangkit dan memeluk Nora. "Terima Kasih tau, company ni memang saya nak sangat jadi bahagian daripada diaorang. Tak sangka pulak dapat dan dipilih untuk cawangan diaorang dekat Terengganu. Maybe kalau dah lama kerja, boleh kot minta transfer dekat KL"

Nora menepuk pundak Sarah. "All the best to you! Jom kita lunch!"

###

Puan Diana sudah lebih dulu duduk di meja makan. "Lama betul?" Ucapnya sambil mengaut nasi. Nora dan Sarah hanya tersenyum.

"Nora, hari ini Mama ada treatment dengan Atisha tau?" Ucap Puan Diana apabila mereka asyik makan.

"Bukan ke dah habis, Ma?" Soal Sarah.

Puan Diana mengangguk. "Ada sekali lagi." Jawapnya. Sarah pun akur.

"Mama nak Nora atau Sarah hantar pergi klinik Atisha?" Soal Nora.

"Tisha yang datang sini" Jawapnya sambil tersenyum. Nora dan Sarah hanya mengangguk.

###

Memang benar, Atisha memang datang petang ini. Mereka berdua melakukan treatment di dalam bilik Puan Diana. Menurut Sarah, ini kali pertama Atisha datang rumah untuk check kesihatan Puan Diana.

Nora menunggu di bawah, dia duduk di sofa ruang televisyen menunggu Puan Diana habis treatment.

###

Atisha memulakan pekerjaannya. Puan Diana berbaring diatas katil sedangkan Atisha duduk di tepi katil.

"Aunty, apa perasaan aunty sekarang?" Tanya Atisha.

Arah Ke SyurgaWhere stories live. Discover now